Friday, October 11, 2013

Wish list 2013 - part ii

masih ingat entri saya yang lalu?

WISH LIST 2013

impian saya yang pertama itu, ALHAMDULILLAH sudah tercapai!
berkat doa dari semua dan juga pinjaman ilmu yang diberikan kepada saya untuk menjawab soalan periksa , makanya dengan izinNya saya lulus!!! syukur, syukur , syukur...
rezeki anak-anak... :)

impian saya yang kedua?
terpaksa ditunda, tidak dapat memenuhi impian tersebut sebab cuti tahunan semakin kurang dan budget tak mengizinkan.. hehe.. inshaAllah, ada rezeki nanti, sampailah jua saya dan anak-anak ke sana...

tak terhitung rasanya nikmat Allah beri pada kita kan?
kadang kita menangis meminta sesuatu yang kita tiada, sedangkan kita tak pernah bergembira dengan apa yang kita ada... Astagfirullah, mudah lupa kita ni kan?

Benarlah kata-kata di bawah ini;




moga kita menjadi orang yang sentiasa SABAR SEPANJANG USIA atas segala senang dan susah..

dream your dream!

Thursday, October 10, 2013

FACE THERAPY

kalau cakap pasal orang perempuan.. yang paling diorg concern adalah bahagian muka... kadang boleh berhabis banyak untuk muka... dan saya tak terkecuali.. cuma bezanya mungkin saya bukan jenis yang suka make up.. sbb allergik dgn compact powder...

sejak beberapa bulan ni, kehidupan saya agak memenatkan.. mungkin kerana mama dah kurang tinggal dengan saya di Kluang kerana dia check-up di HUKM, makanya tinggallah kami tiga beranak. Balik kerja, melayan karenah anak-anak seorang diri, tanpa teman nak berbual, tapi mujurlah Embun dan Kekwa sudah petah bercakap. Ummi tidak sunyi lagi.. Riuh rumah dan tunggang langgang dibuatnya! :)

Penat jangan cakap.. kadang sampai tertidur bila melayan mereka berdua sedang asyik berbual tentang rakan sekolah mereka (taska).. dan kadang juga mood saya turun naik, kadangkala saya jadi seperti ibu yang merajuk nak lari dimakan batu belah batu bertangkup! kadang saya sepeti singa yang mengaum marah bila anak-anak terlalu menguji kesabaran... dan kadang saya juga seperti keanakkan melayan saja kehendak mereka... dijadikan seperti buai, meja, kuda, motor, gelongsor dan apa saja yang mereka mahukan.. ummi rela kerana melayan keletah anak-anak buat diri ini rasa begitu bahagia..

apa lagi yang saya inginkan? Allah berikan yang terbaik buat kita, kita cuma harus menghargainya... usahlah difikirkan apa yang kita tidak punya.. apa yang kita kurang, kerana itu semua hanya akan melemahkan jiwa yang bahagia....

berbalik semula cerita muka... (menyimpang pula saya!) Seharian penat membuat kerja routine... buat saya kadang mengeluh sendirian, maka saya cuba lakukan sesuatu yang mungkin buat saya tenang dan suka... maka saya telah menemui hobi baru! Face therapy!

apa tu face therapy?

hehe.. nantilah saya upload gambarnya ye!

jumpa nanti....
terima kasihlah sudi baca.. hihi


Wednesday, October 2, 2013

Saturday, August 17, 2013

Monolog galeria

Rindu melihat anak2 di pangkuan kamu... rindu melihat senyuman kamu yang menyenangkan hati, rindu pandangan kamu yang memikat jiwa 

kamu seorang suami yang baik... menantu yang soleh... mama pun tidak pernah melupakan kebaikan kamu terhadapnya
kami semua masih merindui kamu...

saya rindukan kehidupan kita yang sederhana di bandar kuala terengganu.. ketenangan melihat pantai bersama-sama...berhujung minggu bersiar di pantai berdekatan kampung halaman kamu yang cukup mendamaikan

sungguh saya rindukan suasana membuat umrah bersama-sama kamu.. kamu tanpa banyak mengeluh sanggup mendukung anak sulungmu ke mana saja kita pergi

kehidupan hidup di bumi pakistan bersama kamu adalah kenangan yang paling indah sepanjang hidup saya bersama kamu.... 

percutian terakhir kita empat beranak... melaka bandar yang bersejarah akhirnya menjadi destinasi bersejarah buat kita...

selalu saya tunjuk gambar embun bermain bersama kamu.. supaya dia merasa bahawa ayahnya ada selalu dihatinya...

akan saya cuba didik dan bentuk anak2 kita menjadi anak yang solehah.. 

anak yang akan selalu mendoakanmu sayang.....

moga doa anak2 ini menjadi penolongmu....

doa anak yang solehah menjadi penerang kuburmu....

kakak dan adik akan selalu bersama

sayang selamanya kerana Allah Taala

saling menjaga kebajikan masing-masing

dan akan berpegang pada 'wasiat tauhid' yang kamu tinggalkan buat anakmu

ummi akan menjaga anak-anak ummi sebaik mungkin kerana Allah... dan isterimu ini akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kita sekeluarga di akhirat nanti...

inshaAllah..
inshaAllah
inshaAllah



Saturday, July 27, 2013

i'm back.. heh, celoteh sikit lah!

lamanya tak update...
rekod.. hampir sebulan lebih takde entry baru..
hehe...mana mawar pegi eh?
ada je.. sape duk friend kat facebook tu nampak lah mawar duk update status sokmo..
heee.. bloging plak tak sempat. sian blog ni..

sebab apa?
saya akan post blog guna laptop.. dan saya sgt jarang on laptop lately..
tak sempat... masa saya penuh dgn aktiviti kerja ofis, kerja rumah dan jaga anak..
bila time free je, badan dah letih terus tertido... tak sempat nak buka laptop ..
online kat hp je.. tu pun kejap2 je tgk..

tahun ni masa saya dipenuhi dengan kursus.. ulang alik kl-kluang..
kalau bawak kete tu boleh kuruskan badan, mgkin badan sy dah kurus..
malangnya tidak! hahaha

dan kerja kat rumah tak pernah habis..
anak-anak semakin bijak 'mengemas' mainan dia..
ummi dia plak suka nak beli mainan utk diorg.. pastu sendiri nanges nak kemaskan balik..
huwaaaa...

embun dan kekwa dah beso dah.. kekwa dah pandai nak berceloteh.. suka nak dengar citer dia..
fav ayat dia "ni lah....bukan lah.. itulah.." hee.. apa pun msti 'lah' kat blakang ayat dia..
cute!! pipi dia masih tembam.. mmg nak gigit selalu.. hehee

embun? dia pun sama.. dah 'kakak' sangat...
bila adik dia buat apa-apa, dia lah tukang nasihat...
dan tukang buli jugak! hehe...
adik-beradik mana yang tak bergaduh kan? :)

apa pun saya senang hati dan bersyukur dikurniakan dua orang anak yang comel dan bijak ni...semoga diorg membesar menjadi anak yang solehah dan berguna...

okay. sambung later.. nak buat kerja rumah yang tak pernah habis ni.. huhu






Saturday, May 25, 2013

Infinity

Suka saya ingatkan kata2 ini pada sahabat semua...dan juga pada diri saya sendiri

Cinta pada bunga, bunga akan layu

Cinta pada manusia, manusia akan mati

Tapi cinta pada Allah adalah


Cinta yang kekal abadi


Dalam kehidupan kita selalu diberi pilihan... terserah pada kita untuk memilih yang mana...
"option" yang diberi terlalu luas bagi manusia,, setiap orang... tak kira kecil, besar, tua atau muda...
hidup je, mmg kena buat pilihan...

paling simple, nak makan apa untuk hari ni?
pilih ikan? udang? ayam? atau tak mahu makan pun boleh!
semua tu kan pilihan yang kita semua ada....

macam tu jugak kehidupan...

apa yang saya lihat,.. apa yang saya belajar... apa yang saya dapat, selepas  sejarah hitam itu adalah suatu 'hikmah' yg sukar saya ceritakan, namun  mungkn  saya telah dan  sedang terjemahkan dengan tulisan2 saya di laman blog ini..

******************************************************

Saya memilih untuk bangun demi anak-anak saya... saya memilih untuk teruskan kehidupan walaupun susah.. walaupun payah... walaupun saya sendiri tak tahu saya mampu atau tidak.. saya harus.. saya kena.. saya tekad untuk teruskan kehidupan ini untuk anak-anak saya yang masih kecil.. mereka sndiri tidak mengerti erti kekurangan itu.. malah saya sndiri akan terapkan dalam jiwa mereka, mereka tidak kurang apa pun kerana kita ada Allah di mana-mana... 

jiwa tidak akan kosong dan sunyi jika kita selalu ingat Allah ADA melihat dan mejaga kita...

hati tidak akan risau dan takut jika sepenuh harap mengharapkan pertolongan Allah...

fikiran akan selalu tenang jika selalu memikirkan yang baik- baik dan terbaik itu adalah perancangan Allah..

saya masih ingat kata-kata che (ibu mertua saya)... ketika anaknya meninggal, dia terlalu sedih dan berkata,
" kita sayangkan dia, Allah lagi sayangkan dia, anak-anak ni Allah kasi pinjam je kat kita... pinjaman je semua ni... Allah nak tarik bila-bila masa saja...."

waktu tu saya hanya memikirkan kesihatan che.. che tidak boleh terkejut, risau penyakit angin ahmar dia datang semula...che lumpuh sebelah badan sejak saya kenal Ahmad lagi... Ahmad kata, sudah lama che lumpuh sebelah badan, tapi che kuat.. dia mampu bangun dan buat kerja sndiri lagi.. masih mampu menjahit pakaian dia sndri wpun hanya sebelah badan yang bekerja, saya sangat kagum dengan ketabahan che... malah, saya sndiri sgt terharu che telah menolong saya jahit kain batik kerana menantu dia ni tak reti jahit.. (sungguh memalukan saya ni! huhu) Sekarang che pun dah tinggalkan kami... Sesungguhnya semuanya, segalanya yang kita miliki kepunyaan Allah... Dia beri PINJAM kasih sayang keluarga untuk kita menikmati kehidupan dunia yang SEMENTARA...

cinta pada manusia, manusia akan mati

cinta pada Allah, cinta yang kekal abadi



satu hikmah mengenal diri.... dengan kejadian semalam.....

Terlalu banyak nikmat Allah beri pada saya dan semua manusia.. sungguh malu saya padaNya kerana masih saja lalai, masih banyak yang perlu saya gali ilmu Allah yang MAHA LUAS yang dipinjamkan kepada kita ....







Selamat Hari Raya 2023