Sepanjang kehamilan, aku mengalami beberapa alahan.. huhu… baru ku tahu mengandung ni bukan mudah.. apa lg kalau nak melahirkan nanti.. nervousnya! Hm, nak share sikit pengalaman aku sepanjang mengandung ni aku mengalami...
1. Letih
Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah: * Tidak datang haid. * Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif. * Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah. *Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil. * Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
Masa mula2 pregnant, aku memang cepat letih dan selalu je nak tidur. Hehe.. masa tu masih di Uia, balik kelas je, mesti letih sampai tertido2. Bila malam pula, lepas isya’ dah collapse.
2. Loya2 dan muntah
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi. Bagaimanapun kadang-kadang ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya loya ini tidak diketahui, mungkin ia berpunca dari bertambahnya hormon seks yang dihasilkan ketika hamil. Loya biasanya hilang menjelang
minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi
Yep, aku mengalami alahan muntah2 dan loya tekak waktu hamil 2 bulan.. waktu tu time bulan ramadhan, puasa tinggal 7 hari disebabkan muntah di siang jari. Rasa loyanya lah tekak ni plus tak selera makan. Bayangkan bulan puasa, time lepas makan sahur dan berbuka mesti muntah balik makanan yang masuk dalam perut. Masa tu tak timbang pun berat gue berapa. Sure kurus. Haha.
3. Kerap membuang air kecil
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing
Huhu, kerap kencing tu jangan citerla.. masa awal2 hamil, hamper 8kali ke toilet waktu malam. Asyik terjaga malam sebab nak terkucil je. Rasa rimas sangat asyik kena ke toilet.. symptom ni berlarutan sampai la sekarang. Cuma sekarang tak seteruk mula2 dulu..
4. Kebas tangan dan kaki
Turut dikenali sebagai Sindrom Carpal Tunnel.
Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:
1.Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.
2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.
3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.
Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah: * Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
Aku mengalami kebas di kaki waktu malam dan lepas bangun dari tidur. Jari tangan dan pergelangan tangan kadang2 rasa lemah. Sampaikan nak berus gigi pun tangan terasa lemah je nak berus. Huhu.. kebas2 ni hilang selepas dah masuk trimester ketiga… alhamdulillah.. mujur hilang cepat sakit tangan dan kaki ni. Kalau tak, seksanya.. huhu..
5. Gatal-gatal
Di akhir kehamilan adalah biasa jika anda terasa gatal-gatal. Ia hanya melibatkan tempat-tempat yang terdapatnya tanda regang di abdomen. Gunakan krim atau minyak zaitun untuk menghilangkan tanda regang tersebut. Losyen Calamine juga boleh digunakan untuk melegakan keadaan. Bagi gatal-gatal yang teruk anda perlukan ubat antihistamin untuk menghilangkannya dan membantu anda tidur di waktu malam.
Aku mengalami gatal2 di perut yang amat sangat. Mungkin sesiapa yang terbaca entry pasal ’tok bidan’ tahu yang aku penah berjumpa tok bidan disebabkan perut naik ruam2 merah yang sangat gatal. Penah juga guna losyen calamine, tapi tak jadi apa2. Kadang2 letak bedak baby nak ilangkan rasa gatal dan perit. Tapi still tak jadi apa. Alhamdulillah, mujur tok su mek cik memberi ubat penawar dan yang penting segala penawar datangnya dari Allah s.w.t
6. Placenta Previa
Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim. Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan
bukaan rahim atau os.
“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu. Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,'’ jelasnya.
Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal. Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu. Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan. Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.
PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal. Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui. Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan. Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim. Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung. Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan. Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.
Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Marginal PreviaUri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.
2) Partial PreviaUri menutupi sebahagian bukaan rahim.
3) Total previaUri menutup keseluruhan bukaan rahim.
Aku mengalami pp sejak 26 minggu.. dan sekarang masih belum diketahui samada placenta itu masih di bawah atau mungkin sudah naik? Subahanallah, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan Dialah Maha Penyembuh segala penyakit. Aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal.. mudah2an baby dan aku selamat.. amin
7. Anemia
Jenis anemia yang lazim, terjadi apabila badan tidak memperolehi ferum yang mencukupi untuk membina sel darah merah tambahan yang diperlukan ketika hamil. Mengambil makanan yang kaya ferum selalunya dapat mencegah anemia jenis ini. Ini termasuklah daging merah, makanan laut, hati, kekacang, sayuran hijau dan bijirin yang diperkaya dengan ferum. Tambahan ferum boleh diambil sewaktu hamil kerana keperluan ferum ketika ini adalah lebih tinggi daripada yang biasa terkandung dalam diet. Namun mengambil ferum tambahan akan menyebabkan najis lebih gelap dan lebih keras, oleh itu anda perlu meningkatkan pengambilan cecair dan serat di dalam diet anda. Pastikan anda menyimpan pil ferum di tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat juga jenis anemia yang lebih serius dan jika dikesan ketika pemeriksaan awal di makmal, kehamilan anda akan diawasi dengan teliti.
Baru minggu lepas aku dapat tahu aku kekurangan darah. Maknanya aku harus lebih banyak makan makanan yang berzat besi untuk menambahkan darah. Yep, mungkin aku kena lebihkan sayuran dan makan kerang. Huhu
8. Pertumbuhan bulu
Perubahan hormon juga menyebabkan rambut ibu menjadi lebih lebat, kadangkala mungkin tumbuh pula bulu-bulu di bahagian-bahagian yang sebelum ini tidak m empunyai bulu. Pertumbuhan bulu-bulu baru ini dipanggil ‘hirsutism’ dan ianya akan hilang setelah enam bulan anak dilahirkan.Keguguran rambut juga mungkin berlaku dalam masa tiga bulan selepas kelahiran. Ini adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan kerana keadaan rambut pada badan ibu sedang kembali kepada keadaan sebelum mengandung. Tidak ada ubat yang dapat digunakan untuk menghalang keguguran rambut ini selepas kelahiran anak. Untuk kehadiran bulu-bulu di bahagian-bahagian lain badan, ibu-ibu boleh mencabutnya ataupun berhubung dengan pakar-pakar kecantikan jika ia tidak hilang selepas
enam bulan.
Pertumbuhan bulu di bahagian perut dan tempat yang tak sepatutnya sangatlah meng’stress’ kan aku. Huhu.. tapi takpela, symptom mengandung la katakan.. asal baby selamat dan sihat sudahla..
9. Tompok-tompok gelap atau hitam
Ketika mengandung, para ibu mungkin menyedari kehadiran tompok atau bintik kegelapan (kehitaman) pada payudara, puting dan juga di celah kangkang.Ini adalah kerana paras melanin yang meningkat iaitu komponen yang memberikan warna pada rambut dan juga kulit.Kira-kira 90 peratus wanita mengandung akan mengalami tompok-tompok kehitaman ini sementara mereka yang berkulit gelap akan menunjukkan kesan-kesan melanin dengan lebih jelas. Tompok-tompok kekelabuan sekitar mata, hidung dan pipi pula dipanggil “chloasma” ataupun dikenali sebagai “topeng mengandung”. Hampir 70 peratus mereka yang mengandung akan mengalami perubahan kulit ini. Sekiranya terdedah kepada matahari secara berpanjangan, warna tompokan ini akan menjadi lebih jelas serta gelap. Oleh itu, ibu-ibu harus mengehadkan pendedahan muka pada matahari sekiranya tidak mahu tompokan ini menjadi lebih jelas kelihatan.
Tompok2 hitam jelas kelihatan di muka aku waktu awal2 pregnant dulu. Sekarang ni ada juga, Cuma dah kurang. Bahagian belakang leher dan ketiak memang ketara hitamnya. Huhu.. huduh je rasa.. waaaa…
10. Keputihan
Semasa mengandung, masalah keputihan boleh menjadi semakin banyak sehingga timbul rasa tidak selesa. Ini disebabkan perubahan paras hormon badan menyebabkan terdapatnya pertambahan pengaliran darah di kawasan vagina dan pertambahan flora organisma normal di kawasan vagina. Pastikan discaj vagina ini tidak bertukar menjadi berbau atau berubah warna seperti kehijauan/kuning atau gatal kerana ini bermakna puan mesti mendapatkan rawatan untuk jangkitan vagina. Jagalah kebersihan diri, gunakan seluar dalam dari kain kapas/cotton dan pantiliner/sanitary napkins. Elakkan memakai seluar panjang dari kain nylon. Jangan gunakan cecair pembersih vagina (douche) semasa mengandung kerana ini boleh membahayakan puan.
Hm, masalah keputihan jangan cakapla.. lately, bila dah masuk trimester ketiga ni makin banyak. Masa kat hospital dah kena masuk ubat kat ‘toot’ sebanyak 3 kali. Huhu.. tapi masih ada lagi. Kalau time letih dan terlalu banyak berjalan,
makin banyak makhluk keputihan ni.
11. Sakit tulang punggung
Sakitnya susah nak gambarkan.. bila duduk or tidur pun masa terasa sakit tulang punggung.. huhu.. memang takde ubat.. ubatnya SABAR je la.. huuuuuuuu
12. Pendarahan
Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran. Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.
Aku mengalami pendarahan 2kali sepanjang mengandung ni. Mula-mula time 8minggu pregnant. Masa tu doktor kata kemungkinan disebabkan pemakanan yang pedas2 atau stress. Hehe, mana taknya, sehari sebelum pendarahan tu, gue n suami makan nando’s.. masakan pedas. Kali kedua pula sewaktu 26 minggu. Tanpa apa2 sebab, bila scan rupanya placenta kat bawah, makanya baru tahu penyakit ‘placenta previa’. Huhu..
13. Kulit berminyak
Lately kulit muka aku sangatlah berminyak.. bila google2, rupanya memang symptom mengandung juga kulit berminyak ni.. hehe.. takpela.. dugaan demi dugaan.. semoga dugaan ini penghapus dosa.. Amin..
Terima kasih di atas info yang berguna ini.
ReplyDeleteTerima kasih kak. Semoga Allah melindungi hidupmu dan buah hatimu. Semoga Allah meredhai setiap langkah perjalananmu.
ReplyDeleteSy sakit2 blakng n kebas lenguh kaki tgn..tu pun tanda awal ke
ReplyDeleteRuam2 di perut tu guna ubat ape?
ReplyDelete