5 Mac 2009,Khamis, Kuala Terengganu – Aku ditahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah lagi!!!.. Huhu… Kali ni mungkin lama aku kena tahan di wad. Kedudukan placentaku masih di bawah dan disebabkan kandungan aku sudah mencecah 33 minggu, makanya aku ditahan di hospital untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti pendarahan. 2 minggu lagi ujian ultrasound akan dibuat untuk melihat kedudukan uri@placenta. Kalau sekiranya uri masih dibawah, minggu yang ke-36 aku akan dibedah. Jika uri dah naik, maka aku boleh bersalin normal seperti yang diidamkan oleh semua ibu yang mengandung. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku dan anak dalam kandunganku. Ya Allah, semoga aku dan kandungan aku selamat.
Kali ini aku sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan di hospital. Cuma bila mengenangkan mungkin berminggu-minggu lamanya aku kena duduk di hospital membuatkan aku rasa sedih dan terkongkong. Layanan di sini kadangkala membuatkan aku mahu pulang dan berehat di rumah sahaja. Ada jururawat yang baik, tapi ada juga yang kurang sopan dan suka marah2. Bila berhadapan dengan jururawat yang agak kasar dan kurang sopan, aku terpaksa pekakkan telinga dan berhati batu. Jika dilayan perasaan sakit hati ini mungkin akan membuak-buak.
Aku berharap hari-hari akan berlalu dengan cepat dan aku selamat bersalin. Hehe. Bila melihat ramai yang sudah bersalin membuatkan aku sangat cemburu dan rasa nak bersalin cepat. Tak sabar rasanya nak bergelar ibu. Entri ini aku taip di hospital tetapi akan diupdate oleh suami aku- nafastari. Aku amat berharap hospital ini menyediakan khidmat wireless untuk pesakit. Hehe.. Ok, setakat ini dulu, nanti I’ll update more!
sabar yer mawar...Innallaha maa'na...
ReplyDeletebaya! take care..kte akan slalu doakan kesihatan awk & baby insyaAllah..be strong ummi!
ReplyDeletedoa n recite yassin... insyAllah.. we will always pray for u...
ReplyDeletesalam perkenalan mawar,
ReplyDeleteawak ada visit blog kita kan psl PP? well, i know exactly how u feel. mmg kena kuatkan smgt dan sabar byk2... masa kita kena tahan wad sbb PP thn lps tu, hari2 rasa nak nangis sbb x syok nya la duduk di wad. layanan ok, but tension sbb x bole buat apa2 takut turun darah lg.
yg paling x syok ialah 'room mates' silih berganti, dan skjp je dah bole bawa balik baby sdg kan masa tu rasa cam nasib kita ntah macam mana pon x tahu lg kan? byk kali terdetik dalam hati, bersalin premature pon x pe, tp ni masa dah agak hilang sabar la... tp of course, better bersalin bila baby dah matang sbb baby premature ni byk komplikasi. dan percaya lah, bila dah deliver baby nnt, dah lupa dah segala kesusahan masa peknen nih...
kita in the end terpaksa operate coz PP yg disangka naik rupanya x naik habis, but Alhamdulillah, semua ok... how you get there (operate vs natural)is not important, as long as you get there safely, right? ;)
byk kan berckp2 ngan baby minta kepala dia pusing bwh n stay there (ke jln yg benar, hehe) dan berdoa la agar uri tu naik ke atas. i'll pray for u, all the best!
ps: like u, i also suka baca blog/web surfing masa kat wad (pki broadband), tp x slalu bwk laptop, sbb susah la nak keep an eye, takut hilang plak laptop tu, so kdg2 husband dtg melwat tghari, and then dia balik opis, ptg dtg melawat lg dia amik balik laptop tu hehe... sorry komen pjg, but i'm so moved to share my story with someone who's going thro it rite now. hope it helps :)
Sabar jer la adek oi...
ReplyDeleteBanyakkan zikr Ya sobr...
Ya Latiff
Ya Hayyu Ya Qayyum