Monday, August 27, 2012

Soalan Cepumas itu... saya jawab


rasa macam nak demam... demam rindu! huhuhu....
sabar wahai hatiku.......

hidup ni singkat, hidup ni singkat, hidup ni singkat..
mati itu dekat, mati itu dekat, mati itu dekat...

"wpun kekasihku mati, cinta itu kekal abadi"~mohabbatien.........

ada orang tnya saya,
"smp bila nak mcm ni? cuba buka hati utk org lain.."

haish... soalan apakah itu????
saya bagi markah negative infinity utk soalan itu...
tak patut dan tak relevan! haha...

saya rasa, anak dara kat luar tu ramaaaaaiiiii lagi yg belum kahwin, belum berpunya... so... apa kata kasik chance kat diorg rasa nikmat perkahwinan pula kan? dan saya berharap cinta saya smp bila-bila untuk suami saya Wan Ahmad Fadzil......

saya doakan kawan2 saya , sahabat2 saya temui jodoh yang baik yang dapat membimbing mereka ke Syurga Allah, yang dapat sama2 mengenal cinta Allah... itulah yang terbaik...

harapan saya,pada diri saya,
saya cuma mahu lakukan yang terbaik sebagai ibu, sebagai anak, sebagai adik, sebagai hamba Allah...dan harapan terbesar saya semestinya untuk mencintai suami saya kerana Nya....oleh itu, saya sedang berusaha meletakkan cinta saya ke jalanNya... dengan merapatkan hubungan keluarga, menjaga amanah yang ditinggalkan oleh si dia.... menjaga diri saya sepertimana saya menjaga diri saya semasa dia masih ada...dan kalau org bertanya, saya selalu berkata, "Saya dah berkahwin"... dan selamanya tetap begitulah hakikatnya.........

ini harapan dan juga doa saya... sentiasa...
jodoh rahsia Allah, kita manusia tidak harus sombong untuk meminta padaNya..
salahkah saya meminta padaNya untuk terus mencintai si dia yang telah pergi menemuiNya?

-----------------------------------------------------





21 comments:

  1. bercerai mati ni biasanya bg perempuan susah skit nak kawen baru nak2 aruah seorang suami yg tersangat baik..semua org nak jumpa balik suaminya di syurga abadi nanti..lainlah bercerai hidup biasanya hati terbuka juga nak mendapat suami yg lebih baik apapun orang lain tak berhak membuat keputusan utk kita..bukan mudah seorang balu utk berkahwin baru byk yg perlu difikirkan terutama kebajikan anak2..

    kalau dalam keadaan sekarang nur rasa ok je semua cukup rasanya elok pokus pada kehidupan yg ada skrg ni kan..

    takut nanti yg dikejar xdapat yg dikendong berciciran..bahagia yg dicari derita pula yg menanti..
    tak salah pun nak hidup bersama kenangan itu lebih2 lagi jika ianya kenangan yg indah tuk dikenang sampai bila..:)

    ReplyDelete
  2. salam nur,
    pedulikan dengan soalan2 cepumas itu..memang sungguh tidak relevant dan jawapan yang diberikan sangtalah relevant..setujuuu!!!..
    semoga nur dan anak2 bahagia selalu dan terus tabah mengharungi hidup ini..hampirilah Dia, dan memohonlah pada Dia..hanya kepadaNya tempat kita bergantung..

    -nur-

    ReplyDelete
  3. jangan cepat marah kak..maybe org y tnye tu prihatin.

    ya susah jadi ibu tunggal..

    tapi semuanya berkait dengan jodoh..

    mungkin ada satu masa hati akak terbuka untuk lelaki lain..

    semua tu kuasa Allah..

    life is your choice, kalau itu akak nak, terpulang.

    Yang tanggung, yang alami, yang rasa, yang derita, yang merindu semuanya akak.

    doakan akak terus kuat tanpa suami tapi bersama anak2 amin =)

    ReplyDelete
  4. Salam

    Anda adalah seorang isteri yg baik dan sgt setia..sgt beruntung arwah suami anda memiliki isteri yg sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya dan berusaha untuk menyintanya smpi akhir hayat.as a mother of 2 kids, I knw its really hard to be when there is no "husband" with us..but no matter how hard it is, he just can't be replaced with someone else..

    Alfatihah to wan ahmad fadzil.

    ReplyDelete
  5. salam kenal..

    nur..bg saya itu adalah Ujian Allah buat kamu..
    sejauh mna halangan itu datang, mudahan nur dan ur sweet lil' princesses sentiasa dilindungi Allah dan dikelilingi orang sentiasa menyanyangi kamu..
    bg mereka yg tidak hadapi boleh beri 1001 kata-kata, baik negative mahupun positive, hanya nur dan anak2 je menempuhi perjalanan singkat ini..

    mudahan nur kekal berblog n smg kesulitan ini menjadikan nur tabah dan cekal dalam hadapi Ujian Allah..

    sekian

    ReplyDelete
  6. semoga cinta awak sampai ke syurga..amin..terharu baca entry ni..

    ReplyDelete
  7. semoga bersatu kembali di syurga abadi...

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah..cinta mawar cinta sejati sejati KERANA ALLAH..

    ReplyDelete
  9. Terharu lagi...selalu jadi silent reader..rasanya baya xkenal akak..atau mungkin perasan akak..hahaha..kita sama kenal di UIA tapi xdelah rapat.tp akak memang dh ikuti perkembangan baya di FB sebelum arwah pergi..dan akak tahu perjalanan kisah baya dan ahmad..

    Akak terkejut bila tngok status baya pada hari pemergiaan arwah..sebab akak tahu waktu tu baya pulang ke terengganu..terkejut..tapi itulah perancangan Tuhan, kan?
    Sungguh terkesan dihati..ramai juga kawan2 akak yang terkesan dengan kisah baya..sampaikan akak tulis satu post pasal pemergian arwah..jika sudi,
    http://cahayanorisz.blogspot.com/2011/04/terkesan-di-hati.html

    akak doakan..
    baya tabah dan terus kuat..
    akak doakan semoga Allah terus-terusan menyuburkan rasa kasih cinta baya pada arwah ahmad..
    akak juga doakan Allah mengurniakan semangat untuk baya hadapi hari-hari dengan dua anak dara yang comel..
    dan terus hidup dengan kenangan arwah Ahmad...
    terus bercinta dik..
    walaupun dia jauh di sana..
    amin ya rabbal alamin...

    ReplyDelete
  10. org yg bercakap x rase ape yg kite rase kak..saye rase sangat annoying dengan soalan mcm tu..actually akak dgn mak saye senasib..jadi saye sangat memahami..saye harap dapat jadi pencinta setia mcm mak saye dan akak :) -silent reader-

    ReplyDelete
  11. Ermmmmm...buakn setakat akak je yang tak de perasaan nak kahwin, saya yang bace blog akak ni pon rase tak nak bagi akak kawin lain.heheeeeee.

    Dont worry, nanti jumpe jugak husband akak Waktu tu dah takkan terpisah selamanya. Sabar :)

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah, Nur akan jumpa arwah di syurga nanti. Moga Allah izinkan, makbulkan doa Nur...

    ReplyDelete
  13. moga cinta mawar terhadap ahmad akan terus harum subur sampai syurga..amiin

    ReplyDelete
  14. lbh krg ja jwpn kita nur...saya plak bg jwpn, "biar la..bg ko oghe lain la ..."...

    ReplyDelete
  15. moga kalian bertemu d syurga sana...nafastari pasti berbangga punya isteri seperti mawar...;-)

    ReplyDelete
  16. Nur,
    Ahmad tggu nur.. Bayangkan perasaan ahmad yg menunggu nur tp nur x tiba jika nur bkn lg milik ahmad.. Ahmad menunggu nur di sana..

    ReplyDelete
  17. Salam.. Allah, saya sedang ber-blog walking dan sedihnya saya baca kisah2 yang berada dalam blog ini. Moga Allah berikan kekuatan, kecekalan, dan kesabaran dalam menempuh hari2 yang mendatang. Saya tahu ia luka yang dalam, biarlah Allah mengubatinya. Kehilangan org yang tersayang merupakan satu ujian yang sukar, namun ia ada mesej tersirat dari Ilahi. Teruskan bercinta dengan dia sehingga ke syurga, ameen. Sungguh dia tiada ganti buat dirimu. p/s: Keep up the good writing.

    ReplyDelete
  18. Salam...Nur,
    InsyaAllah...Mudah2an Allah makbulkan doa Nur. Perempuan biasanya susah nak cari pengganti...cukuplah anak2 ada untuk berikan kekuatan meneruskan kehidupan. Saya yakin Nur kuat...

    ReplyDelete
  19. Salam Nur

    Nur sesungguhnya Nur seorang wanita yang tabah terlalu Tabah...
    Perjalanan hidup Nur serupa perjalanan hidup Ibu saya...dan sayaterlalu faham dan mengerti apa yg Nur rasakan sekarang... sewaktu saya berumur 3 thn dan adik saya 1 thn...ayah syah meninggal dunia...Sekarang usia sy sudah 32thn dan Sehingga sekarang ibu tetap cinta,kukuh dan kekal dgn jalinan perkahwinan dgn arwah ayah sehingga kini...Saya berdoa moga sya juga menjadi seorang wanita tabah dan seorang isteri yg solehah seperti Ibu sy dan juga seperti Nur....Nur percaya ada kebahagian dan sinar yg menanti Nur dan anak2 Nur....Nur sesungguhnya Wan ahmad fadzil amat dan terlalu bertuah mempunyai seorang isteri yg bernama Nur Baya,seorang wanita yg taat pd Allah s.w.t,suami,ibu bapa dan agama,seorang wanita yg solehah dan setia seperti Nur...

    Doa saya,Semoga Nur sentiasa tabah,tenang dan sentiasa bahagia disamping 2 puteri Nur yg comel2 amanah dan harta yg tidak ternilai dgn apa2 yg ada didunia ini yg diamanahkan oleh suami Nur pd Nur...

    Nur Baya u my idola.

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023