Saya mula berblog tahun 2008 kalau tak silap saya….
Itu pun atas desakan Nafastari menyuruh saya menulis.. katanya, bila kita menulis, kita dapat menyampaikan idea kita secara tak langsung dapat mengajak orang berbuat kebaikan.. kita juga boleh berkongsi cerita kita untuk dijadikan iktibar atau pedoman untuk orang yang membaca.. itulah konsep nafastari, "menulis bukan kerna nama".. dia menulis kerana memperjuangkan hak dan idea dia yang pernah bercita2 mahu menjadi "SUARA Rakyat"…
Saya pula menulis kerana bersetuju dengan idea dia…
Dan saya juga punya idea tersendiri untuk menyampaikan dakwah.. tiap hamba disuruh menjadi DAIE..
Saya akui kerjanya besar, saya sendiri rasa kerdil hendak melakukan tugas dakwah.. kerana ceteknya ilmu agama saya, ceteknya pemikiran saya..
Jadi saya jadikan blog ini medan saya sampaikan idea saya secara santai.. Cerita kehidupan saya dan cerita idea saya mengenai kehidupan..
Namun, mgkin sekarang tujuan saya menulis sekarang sudah sedikit menyimpang, kerna saya menulis utk lebih kepada meluahkan perasaan berbanding menyampaikan…
Teringat saya pada kata2 lecturer saya di uiam dulu, Ustaz Mustafa Omar..
Beliau kata,"tiap manusia Allah ciptakan level yang berbeza2, jadi untuk kita bercakap atau menyampaikan sesuatu itu, biarlah sama dengan levelnya"
Contoh bagi kita untuk bercakap dgn anak kecil, perlulah kita bernada seperti anak kecil juga supaya apa yang disampaikan pada anak itu mudah diterima…
Saya aplikasikan penyampaian saya di blog ini melalui cara santai supaya saya harap idea dan penulisan saya mudah dibaca dan diterima pembaca…
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Membawa kereta dengan laju tiba2 terbabas, dan kemalangan…
Kereta terbakar, terus dihantar ke hospital…
Perlahan2 nyawa ditarik,
Sedikit, sedikit dan sedikit…
Tika ditarik nyawa, terdengar suara tangisan keluarga merintih pemergian itu…
Kuat kedengaran suara tangisan mereka, namun nyawa yang ditarik itu tidak dapat berbuat apa2…
Lalu masuk ke dalam satu alam yang lain…
Berjumpa mereka yang telah pergi…
Namun tak siapa mahu berjumpa dengannya…
Neneknya yang telah pergi langsung tidak mahu melihat mukanya…
"Inilah dia, orang yang baca Quran dengan menunjuk@, aliff, baa, taa… tapi Allah tak suka, sbb bukan kerana Dia, kerana dia suka suaranya , bacaannya yang lancar, pergilah kau, Kami tak suka orang begitu"
Ibunya pula…
Memalingkan muka daripada memandang wajah anaknya itu…
Dia ditempatkan di bawah khemah, ramai pelakon dan artis di kawasan itu..
Kelihatan mereka bergelak ketawa dan mereka sama2 ketawakan dia..
"itulah dia orang yang sukakan dunia artis, nah, engkau duduklah di sini bersama2 kami di sini"
Dijalan ke tempat lain,
Sebuah tangan menghulurkan beg tangan emas kepadanya,
"ambillah Dunia Harta ini kau punya"
Ramai2 ketawakan dia,
"itulah dia, manusia yang suka pujian manusia lain"
Sambil menangis di tepi hujung khemah itu,
Teresak2 menangis…
"Di mana Tuhan ku? Kenapa aku tidak dapat bertemu Dia"
Kerana kamu mahukan pujian manusia, Tuhan tidak mahu bertemu denganmu….
"Sungguh aku melakukan sesuatu kerana Tuhan, alangkah bagusnya jika ini hanya mimpi.. tolonglah, aku mahu keluar dari mimpi ini, sungguh aku menyesal dengan dunia ku,……."
-Terjaga-
Alhamdulillah……..
Sungguh aku tidak mahukan pujian manusia, pandangan manusia, tapi hanya pandangan Allah….
Wahai Tuhan tempat kami berlindung, aku menyandarkan diriku padaMu, dan janganlah Engkau menghinakanku saat kematianku, dan selamatkanlah aku dari rasa takut di dalam kubur…..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Salam Mawar....insyaAllah dijadikan pedoman..tima kasih ats perkongsian...:)
ReplyDeleteSalam kenal Mawar, pengisian yang amat bermakna...keep on writing.
ReplyDeletesebenarnye pengalamn itu paling indah
ReplyDeletedan arwah adalah guru y terbaik dlm hdp akk kan?
Betul lah Nur, arwah Paa pun adalah org yang mula-mula mengalakkan akak tulis blog. Tiba-tiba akak rasa rindu akan tulisan arwah. Rindu pada komen2 dia...huhu. Semoga arwah tenang disana. Dan semoga Nur pun terus diberi kekuatan oleh Allah swt untuk terus menulis...akak tumpang baca pun dah kira ok kan...
ReplyDeletethanks nur...perkongsian yang penuh dgn pengisian :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...perkongsian yang sangat bermanfaat..
ReplyDeleteterpegun..terima kasih kerana mengingatkan..insyaAllah disemat dlm hati...
ReplyDelete