Monday, July 20, 2020

Mama pergi di bulan Disember, 2014

Salam,

I'm back!

nak back on track again what i have missed.

cerita santai-santai saja di sini ya. 


Al kisah kehidupanku setelah berpindah semula ke Shah Alam.

Tahun 2014- Julai, saya dapat tukar semula ke Shah Alam dan tinggal di rumah mama dan papa saya.

Tahun 2014- December, 

Mama saya meninggal dunia. Bermulalah kisah hidup saya yang baru. Kehidupan tanpa Mama, kehidupan di Shah Alam dengan nafas baru dan kehidupan sebagai seorang ibu yang anaknya mula bersekolah. Embun sewaktu itu 6 tahun, belum sempat Mama lihat cucunya pergi ke sekolah rendah. Dulu saya pernah merancang dengan Mama, nanti Embun sekolah, Tok Mama akan tunggu di rumah dan tengok cucunya naik van sekolah. Saya pula sudah memberitahu Tok Mama supaya jangan bersusah payah masak masakan tenghari, saya akan cuba untuk menyiapkan makanan untuk Mama dan anak-anak sebelum ke sekolah.

Kita manusia hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan. Perginya Mama pada tahun itu mematikan segala impian saya ingin melihat Tok Mama bersama cucu-cucunya menunggu van sekolah. Terlalu banyak rancangan manusia buat, dan terlupa akan hakikat sebenarnya semuanya dengan izin Tuhan.

Kun Faya Kun. Allah Kata Jadilah ia, maka Jadilah. 

Seminggu dan seterusnya minggu-minggu tanpa Mama di sisi agak muram dan suram. Saya akur ketentuan Ilahi, menerima dengan hati yang rapuh namun pasrah dan redha. Saya yakin Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. Allah tetap Jaga kami walau Mama tidak di sisi. Kenyataan hidup yang Allah beri lagi untuk saya lebih memahami bahwa kehidupan ini letaknya pergantungan secara total pada-Nya semata-mata. 

Saya dan kakak saya mengukir impian dan menyibukkan diri dengan tugasan dan kerja harian kami supaya kami tidak terbawa-bawa dengan kesedihan yang menimpa kami. Sungguh bukan mudah menerima hakikat orang yang paling rapat pergi sekelip mata.

Saya sendiri, telah mengalami keperitan itu dua kali dan dua kali juga rasa yang berbeza. Pemergian ibu dan suami masing-masing punya nilai yang berbeza. Saya akur kerana semua ini Pinjaman Tuhan.

Kasih sayang manusia itu Pinjaman dariNya.

Kita cuma hamba yang menagih dan ingin berkasih sayang, yakini Allah, maka kasih dan sayang Allah lah yang kita seharusnya terus tagih dan cari. 

Allahu, ampunkan segala dosa-dosaku..terlalu banyak kesilapan dan kekurangan diri ini ..

memang benar kata-kata yang saya pernah baca,

"Manusia itu sebenarnya tidur, dan benar-benar bangun apabila mati."












3 comments:

  1. Kali terakhir sy membaca tulisan puan mgkin 10 tahun yg lalu. Di mana waktu itu suami puan baru saja pergi mengadap Ilahi. Waktu itu sy slalu mengikuti kisah hidup puan bersama puteri2 tercinta. Hari ni saya tiba2 teringat akan kamu bertiga. Semoga hidup puan dan anak2 sentiasa bahagia dalam lindungan dan rahmat Allah. Semoga Allah sentiasa memberi pertolongan pd puan dan anak2.

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023