seperti tajuk di atas, SAYA HARUS KURUS!
Kenapa saya harus kurus? sebab,
1) byk baju aku dah tak muat
2) senang bergerak, rimas ah peha berlaga.. (hohoho.. gemuk sungguh aku skg smp peha berlaga)
3) supaya tak nampak lebih tua dari laki aku...
isk, mana boleh nampak tua dari sepatutnya kan! ;p
4) mahu jdik hot mama gitu! hahaha.. yela, dh ada dua org anak, harus kelihatan lebih anggun la.
5) supaya mereka2 yang berharap aku tetap gemuk tu akan rasa kesal ! ngeh ngeh... ;p
erk, bukan bermakna tak kurus itu tak menarik.. cuma..
kesian lah kan baju aku tu.. takkan nak beli baju baru kot? baju ngandung plak terover besar lak skg.. tak sesuai.. hu..
nak tahu tak, masa aku mengandungkan Embun.. aku tak pula sibuk2 fikir nak kurus cepat..berat aku naik sebanyak 22kg! dan lepas tu turun semula asal selepas Embun umur 11 bulan... Sebenarnya masa lepas bersalinkan Embun, aku takde masa pun nak fikir pasal diri sendiri. Masa tu kami baru dpt tahu kena tukar ke Islamabad. Jadi aku busy memikirkan urusan nak pindah. Semasa kami tiba di Islamabad, umur Embun baru 44 hari.. dan aku masih ingat waktu tu berat aku 56kg. Kemudian makin menurun smplah 48kg.. tibe2, ngandung balik! ;p
Masa ngandungkan Kekwa (Marwa), berat aku naik 23kg ! Skg ni Kekwa berumur 39 hari, dan berat aku baru 59kg.. ades... progress slow sungguh...
bagaimana ni?? saya harus kurus! Sekian.
mula2 sy pun pernah berfikiran seperti mawar, tetapi setelah membaca 1 entry kawan, sy insaf dan set semula matlamat nak turunkan berat badan lebih atas faktor kesihatan..
ReplyDeletebacalah entry ni..
http://anaqi.com/blog/?p=752
paling sy suka ayat dia -
"Wanita yang sedikit gempal, chubby, lebih menyerlahkan ciri keibuan dia berbanding skinny women..Anak-anak akan nampak seorang ibu, bukan seorang ahli koporat atau bintang. A comfort place. You should be proud. Bukan la gemuk yang memudaratkan. Just normal chubbiness indicating that you are a mother, you have given birth."
alhamdulillah, sy telah berjaya kembali ke bentuk asal, hasil dari berpantang dgn sebaiknya semasa dijaga oleh ibu mertua..
walaubagaimanapun, sy terasa bersalah pula bila kembali ke pejabat dan ramai mengatakan sy nampak lebih muda n bos pun puji cantik padahal sy tidak berbedak langsung untuk ke pejabat..(sy mmg jenis akan terasa bersalah kalau terlebih cantik depan org lain selain suami)
P/s :apapun selamat berjaya mawar
takpa, nnt u jaga itu budak 2 org plus jaga suani lg pasti kurus punya..
my tips, habis pantang, still amalkan pakai barut..bykkan berjalan kaki..
yg penting sihat dan sentiasalah berusaha untuk kelihatan segar..
Nur,
ReplyDeleteSampai skarang pon saya masih x dapt berat macam dulu..payah btol..sekarang 60kg ++ lagi..tapi..rasa malas nak diet..ntah la..
Semoga awak berjaya kuruskan badan n jadi inspirasi kepada saya tuk krus juga..
Permatasoffhas.
sy pon nak kuruss mmmm hehehe
ReplyDeletesaye pon nak kurus!!
ReplyDeleteMawar,
ReplyDeleteAnggerik dapat sms pagi tadi waktu Malaysia Ahmad telahpun meninggal dunia kerana kemalangan. Xtahu bagaimana nak contact Mawar except daripada link daripada blog arwah. Takziah buat Mawar sekeluarga. If you need any help, just let me know.
Adik Mawar,
ReplyDeleteBersabar dan tabah la dik di atas ujian Yang Maha Kuasa..Semoga adik jadi seorang ibu yang kuat demi anak2 yang comel..Semoga arwah suami ditempatkan Allah di kalangan orang2 beriman...Ameeeenn..
Puan Mawar,
ReplyDeleteSemoga Allah berikan kesabaran kepada Puan Mawar dan keluarga. Mudah-mudahan Allah berikan ketabahan dan kekuatan untuk terus hidup.
Wan Ahmad Fadzil adalah seorang sahabat yang baik. Saya mengenali beliau selama belajar di UIA dulu. Dan beliau merupakan orang yang sangat tulus dan baik. Semoga Allah tempat di bersama-sama orang yang baik. Banyak doakan untuk beliau.
Sebenarnya, memang tidak disangka, rupanya pertemuan di Madinah tahun lalu merupakan pertemuan terakhir saya dengan beliau.
Namun, Allah sangat sayangkan beliau. Mudah-mudah kasih sayang Allah terus menerus berkekalan kepadanya.
Banyakkan sabar dan zikir.
Doa yang paling baik diamalkan:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
Saya tak dapat hubungi Puan untuk ucapkan takziah. Ini saja coretan yang dapat saya tulis.
Abdul Rahman
Madinah