Tertulislah kisah tentang bunga mawar, di tengah belukar yang penuh dengan duri...
Saturday, March 7, 2009
Hospital oh hospital…
Kali ini aku sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan di hospital. Cuma bila mengenangkan mungkin berminggu-minggu lamanya aku kena duduk di hospital membuatkan aku rasa sedih dan terkongkong. Layanan di sini kadangkala membuatkan aku mahu pulang dan berehat di rumah sahaja. Ada jururawat yang baik, tapi ada juga yang kurang sopan dan suka marah2. Bila berhadapan dengan jururawat yang agak kasar dan kurang sopan, aku terpaksa pekakkan telinga dan berhati batu. Jika dilayan perasaan sakit hati ini mungkin akan membuak-buak.
Aku berharap hari-hari akan berlalu dengan cepat dan aku selamat bersalin. Hehe. Bila melihat ramai yang sudah bersalin membuatkan aku sangat cemburu dan rasa nak bersalin cepat. Tak sabar rasanya nak bergelar ibu. Entri ini aku taip di hospital tetapi akan diupdate oleh suami aku- nafastari. Aku amat berharap hospital ini menyediakan khidmat wireless untuk pesakit. Hehe.. Ok, setakat ini dulu, nanti I’ll update more!
Maybe it’s a girl!!
“em, Nampak macam perempuan je!”
Aku tersenyum gembira bila dia memberitahuku jantina anakku. Tetapi perasaan berdebar dan ingin tahu kedudukan placenta lebih banyak berbanding jantina. Aku tidak berhenti berzikir dalam hati bila doktor memeriksa perutku. Aku masih berharap agar placenta itu sudah naik. Akan tetapi, doktor akhirnya bersuara,
“placenta awak ni masih di bawah…”
Aku berasa sangat hampa dan kecewa waktu itu. Rasa seperti ingin menangis tapi aku tahan je. Kemudian doktor itu zoom muka baby dan buat pertama kali aku melihat muka baby dalam ultrasound. COMEL SANGAT!!!!!!!!! Dia nmpk tembam dan sebelah tangannya menutup muka. Jadinya aku hanya dapat melihat separuh mukanya. Subahanallah, indahnya ciptaanMu. Hati aku terubat sikit bila melihat wajah baby. Pandai juga doktor itu mengambil hati aku. Hehe..
Tapinya, petang itu aku terpaksa bermalam di hospital …
Hospital oh hospital…..
Tuesday, March 3, 2009
Lapar
rasa macam nak golek2 atas katil mcm tenggiling menghilangkan rasa sakit perut yang kononnye lapar.. huhu
Monday, March 2, 2009
32 weeks 3 days
1. Letih
Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah: * Tidak datang haid. * Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif. * Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah. *Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil. * Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
Masa mula2 pregnant, aku memang cepat letih dan selalu je nak tidur. Hehe.. masa tu masih di Uia, balik kelas je, mesti letih sampai tertido2. Bila malam pula, lepas isya’ dah collapse.
2. Loya2 dan muntah
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi. Bagaimanapun kadang-kadang ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya loya ini tidak diketahui, mungkin ia berpunca dari bertambahnya hormon seks yang dihasilkan ketika hamil. Loya biasanya hilang menjelang
minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi
Yep, aku mengalami alahan muntah2 dan loya tekak waktu hamil 2 bulan.. waktu tu time bulan ramadhan, puasa tinggal 7 hari disebabkan muntah di siang jari. Rasa loyanya lah tekak ni plus tak selera makan. Bayangkan bulan puasa, time lepas makan sahur dan berbuka mesti muntah balik makanan yang masuk dalam perut. Masa tu tak timbang pun berat gue berapa. Sure kurus. Haha.
3. Kerap membuang air kecil
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing
Huhu, kerap kencing tu jangan citerla.. masa awal2 hamil, hamper 8kali ke toilet waktu malam. Asyik terjaga malam sebab nak terkucil je. Rasa rimas sangat asyik kena ke toilet.. symptom ni berlarutan sampai la sekarang. Cuma sekarang tak seteruk mula2 dulu..
4. Kebas tangan dan kaki
Turut dikenali sebagai Sindrom Carpal Tunnel.
Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:
1.Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.
2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.
3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.
Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah: * Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
Aku mengalami kebas di kaki waktu malam dan lepas bangun dari tidur. Jari tangan dan pergelangan tangan kadang2 rasa lemah. Sampaikan nak berus gigi pun tangan terasa lemah je nak berus. Huhu.. kebas2 ni hilang selepas dah masuk trimester ketiga… alhamdulillah.. mujur hilang cepat sakit tangan dan kaki ni. Kalau tak, seksanya.. huhu..
5. Gatal-gatal
Di akhir kehamilan adalah biasa jika anda terasa gatal-gatal. Ia hanya melibatkan tempat-tempat yang terdapatnya tanda regang di abdomen. Gunakan krim atau minyak zaitun untuk menghilangkan tanda regang tersebut. Losyen Calamine juga boleh digunakan untuk melegakan keadaan. Bagi gatal-gatal yang teruk anda perlukan ubat antihistamin untuk menghilangkannya dan membantu anda tidur di waktu malam.
Aku mengalami gatal2 di perut yang amat sangat. Mungkin sesiapa yang terbaca entry pasal ’tok bidan’ tahu yang aku penah berjumpa tok bidan disebabkan perut naik ruam2 merah yang sangat gatal. Penah juga guna losyen calamine, tapi tak jadi apa2. Kadang2 letak bedak baby nak ilangkan rasa gatal dan perit. Tapi still tak jadi apa. Alhamdulillah, mujur tok su mek cik memberi ubat penawar dan yang penting segala penawar datangnya dari Allah s.w.t
6. Placenta Previa
Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim. Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan
bukaan rahim atau os.
“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu. Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,'’ jelasnya.
Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal. Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu. Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan. Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.
PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal. Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui. Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan. Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim. Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung. Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan. Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.
Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Marginal PreviaUri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.
2) Partial PreviaUri menutupi sebahagian bukaan rahim.
3) Total previaUri menutup keseluruhan bukaan rahim.
Aku mengalami pp sejak 26 minggu.. dan sekarang masih belum diketahui samada placenta itu masih di bawah atau mungkin sudah naik? Subahanallah, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan Dialah Maha Penyembuh segala penyakit. Aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal.. mudah2an baby dan aku selamat.. amin
7. Anemia
Jenis anemia yang lazim, terjadi apabila badan tidak memperolehi ferum yang mencukupi untuk membina sel darah merah tambahan yang diperlukan ketika hamil. Mengambil makanan yang kaya ferum selalunya dapat mencegah anemia jenis ini. Ini termasuklah daging merah, makanan laut, hati, kekacang, sayuran hijau dan bijirin yang diperkaya dengan ferum. Tambahan ferum boleh diambil sewaktu hamil kerana keperluan ferum ketika ini adalah lebih tinggi daripada yang biasa terkandung dalam diet. Namun mengambil ferum tambahan akan menyebabkan najis lebih gelap dan lebih keras, oleh itu anda perlu meningkatkan pengambilan cecair dan serat di dalam diet anda. Pastikan anda menyimpan pil ferum di tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat juga jenis anemia yang lebih serius dan jika dikesan ketika pemeriksaan awal di makmal, kehamilan anda akan diawasi dengan teliti.
Baru minggu lepas aku dapat tahu aku kekurangan darah. Maknanya aku harus lebih banyak makan makanan yang berzat besi untuk menambahkan darah. Yep, mungkin aku kena lebihkan sayuran dan makan kerang. Huhu
8. Pertumbuhan bulu
Perubahan hormon juga menyebabkan rambut ibu menjadi lebih lebat, kadangkala mungkin tumbuh pula bulu-bulu di bahagian-bahagian yang sebelum ini tidak m empunyai bulu. Pertumbuhan bulu-bulu baru ini dipanggil ‘hirsutism’ dan ianya akan hilang setelah enam bulan anak dilahirkan.Keguguran rambut juga mungkin berlaku dalam masa tiga bulan selepas kelahiran. Ini adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan kerana keadaan rambut pada badan ibu sedang kembali kepada keadaan sebelum mengandung. Tidak ada ubat yang dapat digunakan untuk menghalang keguguran rambut ini selepas kelahiran anak. Untuk kehadiran bulu-bulu di bahagian-bahagian lain badan, ibu-ibu boleh mencabutnya ataupun berhubung dengan pakar-pakar kecantikan jika ia tidak hilang selepas
enam bulan.
Pertumbuhan bulu di bahagian perut dan tempat yang tak sepatutnya sangatlah meng’stress’ kan aku. Huhu.. tapi takpela, symptom mengandung la katakan.. asal baby selamat dan sihat sudahla..
9. Tompok-tompok gelap atau hitam
Ketika mengandung, para ibu mungkin menyedari kehadiran tompok atau bintik kegelapan (kehitaman) pada payudara, puting dan juga di celah kangkang.Ini adalah kerana paras melanin yang meningkat iaitu komponen yang memberikan warna pada rambut dan juga kulit.Kira-kira 90 peratus wanita mengandung akan mengalami tompok-tompok kehitaman ini sementara mereka yang berkulit gelap akan menunjukkan kesan-kesan melanin dengan lebih jelas. Tompok-tompok kekelabuan sekitar mata, hidung dan pipi pula dipanggil “chloasma” ataupun dikenali sebagai “topeng mengandung”. Hampir 70 peratus mereka yang mengandung akan mengalami perubahan kulit ini. Sekiranya terdedah kepada matahari secara berpanjangan, warna tompokan ini akan menjadi lebih jelas serta gelap. Oleh itu, ibu-ibu harus mengehadkan pendedahan muka pada matahari sekiranya tidak mahu tompokan ini menjadi lebih jelas kelihatan.
Tompok2 hitam jelas kelihatan di muka aku waktu awal2 pregnant dulu. Sekarang ni ada juga, Cuma dah kurang. Bahagian belakang leher dan ketiak memang ketara hitamnya. Huhu.. huduh je rasa.. waaaa…
10. Keputihan
Semasa mengandung, masalah keputihan boleh menjadi semakin banyak sehingga timbul rasa tidak selesa. Ini disebabkan perubahan paras hormon badan menyebabkan terdapatnya pertambahan pengaliran darah di kawasan vagina dan pertambahan flora organisma normal di kawasan vagina. Pastikan discaj vagina ini tidak bertukar menjadi berbau atau berubah warna seperti kehijauan/kuning atau gatal kerana ini bermakna puan mesti mendapatkan rawatan untuk jangkitan vagina. Jagalah kebersihan diri, gunakan seluar dalam dari kain kapas/cotton dan pantiliner/sanitary napkins. Elakkan memakai seluar panjang dari kain nylon. Jangan gunakan cecair pembersih vagina (douche) semasa mengandung kerana ini boleh membahayakan puan.
Hm, masalah keputihan jangan cakapla.. lately, bila dah masuk trimester ketiga ni makin banyak. Masa kat hospital dah kena masuk ubat kat ‘toot’ sebanyak 3 kali. Huhu.. tapi masih ada lagi. Kalau time letih dan terlalu banyak berjalan,
makin banyak makhluk keputihan ni.
11. Sakit tulang punggung
Sakitnya susah nak gambarkan.. bila duduk or tidur pun masa terasa sakit tulang punggung.. huhu.. memang takde ubat.. ubatnya SABAR je la.. huuuuuuuu
12. Pendarahan
Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran. Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.
Aku mengalami pendarahan 2kali sepanjang mengandung ni. Mula-mula time 8minggu pregnant. Masa tu doktor kata kemungkinan disebabkan pemakanan yang pedas2 atau stress. Hehe, mana taknya, sehari sebelum pendarahan tu, gue n suami makan nando’s.. masakan pedas. Kali kedua pula sewaktu 26 minggu. Tanpa apa2 sebab, bila scan rupanya placenta kat bawah, makanya baru tahu penyakit ‘placenta previa’. Huhu..
13. Kulit berminyak
Lately kulit muka aku sangatlah berminyak.. bila google2, rupanya memang symptom mengandung juga kulit berminyak ni.. hehe.. takpela.. dugaan demi dugaan.. semoga dugaan ini penghapus dosa.. Amin..
Thursday, February 26, 2009
Tiga
hehe.. i'm so typical women yang takut
- gemok
- hitam
- jerawat
haha.. wpun aku cukup takut dgn 3 benda ni.. tp aku dah hadapi ketiga-tiganya.. huhu.. apa boleh buat..
gambar di sebelah kiri - waktu 5 bulan pregnant.. heh, da tembam! dlm 60kg kot..

Dan gambar di sebelah kanan ni waktu zaman bertunang. berat dalam 48 kg camtula.. heh
Em, pasal hitam plak.. waktu duk kat negeri pantai timur ni aku dah makin gelap skit.. bila balik shah alam mesti org tegur,"nape ko makin gelap?" aiyoo.. sentitip tau!.. hehe
JERAWAT? musuh utama masa sekolah rendah dan menengah dulu.. aku start ada jerawat masa darjah 5.. which mean masa usia 11tahun.. huhu.. sampaila aku tingkatan 4.. jenuh nak ilangkan parut2 jerawat yg serupa batu tu.. hehe.. dan selalu bila hari raya, kena marah dengan makcik n pakcik kat kampung sebab muka merah2 berjerawat. uik, salah aku plak jerawat tu nak tumbuh, mana la aku leh halang2 dia dari tumbuh kan? ;p
em, pastu masa tingkatan 4 aku dapat formula sendiri nak ilangkan jerawat.. sebab aku dah TENSION dgn muka yg lebam2 jer plus org duk mengata jek pasal jerawat aku.. bosan.. heh..
then, ni la formulanya..
- bedak sejuk
- daun pegaga
- air limau nipis
gaul semua bahan, jangan campur air langsung.. guna air perahan limau nipis aje.. then, daun pegaga tu kena tumbuk2 bagi lumat skit, mula2 pakai 9 helai, then 7, then 5, then 3, pastu selawat masa letak kat muka.. pastu pakai la 9 helai balik.. rotate smp la puas hati jerawat akan jdik kering.. pastu muka menggelupas skit.. tapi sbnrnye elok untuk tukar kulit..
untuk menghaluskan lagi kulit yg da kering lepas guna bedak sejuk+daun pegaga+limau nipis tu, guna plak lendir daun lidah buaya. Lendir tu letak kat muka, basuh lepas 15 minit guna air suam.. Alhamdulillah mujarab... tapinya kena konsisten la... aku dulu buat treatment tu smp berbulan2 juga..
smpkan abang aku penah cakap..
"asal muka ko macam askar je? asyik tepek daun kat muka je".. hehe....
tapi skang ni.. dia leh tanya lak "eh, dulu ko byk jerawat kan? macam mana leh ilang?.. heh
Sekian.. :)
Monday, February 16, 2009
Muak
Aku sudah muak dengan hiburan di tv...
- terlalu banyak cerita sinentron indonesia
- rancangan hiburan seperti nyanyian terlalu banyak..
- rancangan berita yang berat sebelah
ada benarnya, jika kita hendak melakukan apa2, perlulah berSEDERHANA sahaja. jika berlebihan orang akan MUAK!..
Sunday, February 15, 2009
I've been tagged by Firjah
- Umur saya akan mencecah 24tahun bulan ogos nanti..
- I can't wait to see my baby.. hehe.. another 10weeks to go.. inshaAllah
- Memakai cermin mata sejak berusia 12tahun.
- Saya akan mula aktif mencari kerja selepas habis pantang.
- Dan saya juga harus continue my driving class sampai LULUS. (after habis pantang juga)
- Saya amat gemar makan ketam.
- Saya suka mengemas dan menghias rumah tapi bab memasak kurang skit.. hehe..tapi kalau nak bagi suami makan tu bole la...
- Berharap satu hari nanti dapat pergi camping kat hutan bersama anak dan suami.
- Teringin nak backpacking bersama suami dan baby.. (kalau suami nak bawak la... ;p)
- Sangat geli dengan ulat dan ular.
- Sukakan warna hijau, cyan, baby blue dan putih.
- Ingin mencuba bermain squash kalau ada kesempatan
- Suka minum nescafe panas. Kalau travel nescafe 3in1 yg mild mesti ada dalam beg.
- Bercita-cita ingin mengambil exam professional bila dah keje 3tahun.
- Favourite tv show - Oprah show, Tomtom bak!, Mari Bertaranum
- Em.. dah tak tahu nak tulis apa lagi ekk......
-
Seronok sekali apabila en suami memberitahu bahawa dia akan berkursus di Malaysia pada bulan Februari. Kami tidak menjangkakan akan pulang k...
-
i got the job! :) tadi pergi interview...ada lebih 20 kot candidate tadi... lama menunggu,, tp saya orang yang 1st skali datang...pagi2 ke...