Thursday, June 9, 2011

Mati itu dekat, Hidup itu InshaAllah

Pakistan sebuah negara yang bergolak, bom di mana2.. bila mendengar saja perkataan 'bom' kita sudah takut.. terasa mati itu sangat dekat. Aku pernah menulis tentang pengalaman pertama aku mendapat perintah berkurung kerana ancaman bom seminggu selepas aku tiba di Islamabad. Dan nafastari juga pernah menulis tentang hal yang sama.

Mulanya aku hendak ke mana-mana pun rasa sangat takut. Di situ ada ancaman bom, di mana-mana ada askar yang memegang senapang besar, rakyatnya boleh membeli pistol atau senjata di kedai biasa dan tidak perlu lesen pun! Oh. keadaannya sungguh menakutkan! Namun,kata orang "alah bisa, tegal biasa".. Sudah lali dengan ancaman bom, sudah lali dengan pemuda bersenapang panjang di mana-mana. Seingat aku, sepanjang aku di sana, 2 kali aku dengar dentuman bom, dan sekali aku merasa gegaran bom itu.

Kalau sudah sampai masa, kita akan mati bila-bila..
di mana, bila dan bagaimana, itu urusan Tuhan kita. Selagi diberi nikmat hidup, gunakanlah untuk kebaikan dan cegahlah kemungkaran. (Peringatan untuk diri sendiri juga).

Bencana alam tak kurang hebatnya melanda bumi Pakistan itu. Pernah beberapa kali aku merasai gegaran gempa bumi. Seingat aku,

1. semasa aku sedang menyusukan Embun, tiba2 katil bergoyang, ingatkan hantu!, haha... tiba2, encik suami berlari ke bilik dan terus bertanya, "nur, tv bergoyang!, u rasa tak apa2 bergoyang?" Keesokkan harinya kami mendengar berita mengatakan ada gempa bumi di negara jiran, Afganistan. Gegarannya sampai ke Islamabad!

2. sedang membaca buku di bilik, tiba2, bergegar lagi rumah. Lampu chandelier di bilik berbunyi dan almari baju Embun sedikit beralih kedudukan. Terus sahaja en suami menyuruh aku memakai tudung untuk bersiap2 keluar jika berlaku gegaran lagi.

Sejak itu, aku akan memastikan aku memakai pakaian yang sopan di rumah. Sekiranya berlaku sesuatu tanpa diduga seperti gempa bumi atau bom di kawasan rumah, boleh la aku berlari keluar rumah tanpa rasa segan.

Wednesday, June 8, 2011

Jogging sekitar Sector E7, Islamabad


Sekarang aku masih lagi dalam mood, 'flashback'
segala2nya masih segar dalam ingatan.. kenangan hampir 2 tahun di bumi asing Pakistan, banyak memberi aku pengajaran dan pengalaman.

Akan aku huraikan sedikit demi sdikit kenangan itu supaya nanti Embun dan Kekwa lebih mengenali tempat mereka dibesarkan bersama ayahnya itu. Walaupun banyak sudah entri tentang Pakistan telah ditulis oleh Nafastari dan Mawar, namun masih banyak juga kisah yang tersimpan menjadi kenangan kami.

Kali terakhir posting entri aku sebelum pulang ke Malaysia, tentang Saya nak KURUS

haha.. nak kurus ke skg ni? oh tidak lagi! lupakan terus niat aku untuk kurus sebab dulu tujuan nak kurus lebih kepada nak jaga penampilan dan setanding dengan encik suami yang kurus itu. huhuhu... sekarang, takpela... i happy je macam ni.. ;p

teringat pasal nak kurus sgt dulu tu lepas bersalinkan Kekwa, masa tu dalam 33 hari tak silap, aku ajak encik suami pergi jogging!

kuang kuang kuang... ampun ye kepada yang berpantang 44 hari tu.. i pegi jogging 33hari.. hahaha..extremly desprate nak kurus konon!

Encik suami dengan paksa rela teman aku pergi jogging sekitar kawasan rumah tu. Embun dan Kekwa tidur petang tu, jadi tok mama tolong jagakan. Mulanya kami main badminton depan rumah, lepas tu silau kena sinar matahari, aku pun ajak dia pergi jogging..


Seronok!

Jogging macam pasangan remaja2.. kadang2 nak je suruh dia gendong aku masa tu.. hihi.. tapi kesian, aku dah la berat dan gemuk.. terus tak jadi nak suruh.. hihi.. kami jogging sampai la nak masuk azan maghrib.. balik umah tengok Embun dan Kekwa masih lagi tidur.. Sempat ummi dengan ayah pergi dating kejap.. Terima kasih Embun dan Kekwa kerana tidur, terima kasih tok mama kerana tengokkan mereka dan beri peluang untuk ummi dan ayah dating buat kali terakhir.. huhu....


Monday, June 6, 2011

Embun bedtime story


Author: Adeeba Jafri
Pulisher: Goodword Books (2004)

Once there was a young Muslim girl named Alia. Alia lived with her mother, father and little brother Asad. Alia's mother and father were very good Muslims. They said their prayers, helped their family and neighbours and fasted during the month of Ramadhan.

One day, Alia and Asad went to the park with their mother. At the park, Alia made a new friend. Her name was Julia. Alia and Julia played together and became good friends.

When it was time to go, Julia waved goodbye to Alia and ran to her mother. Julia's mother was not wearing a hijab! Alia knew that her mother wore a hijab to cover her hair, but she didn't understand why Julia's mother wasn't wearing one.

When she got home from the park, Alia told her mother about her new friend Julia.
"Mama, Julia's mother does not wear a hijab. Mama, why do you wear a hijab!"
"I wear a hijab because i'm a Muslim. That is my duty", her mother replied.

Alia thought about this for a little while.But then.. "Mama, why do Muslim women wear a hijab?"
Alia's mother smile and said, "I will show you something that will help you understand why i wear a hijab."

Alia's mother took the children to a garden. In the garden, they saw a beautiful rose bush. The flowers in the garden looked so beautiful that Asad reached out his hand to pick one. "Ouch!" he said, and he quickly pulled his hand back. "Mama!" Asad said, rubbing his fingers,"thorns!"

"Mama, why are the stems covered with thorns?" Alia asked.

Her mother said, "The thorns protect the flowers from harm. Every rose has thorns on its stem."

Alia thought about what her mother was saying. The she looked at her mother who was wearing her hijab. Alia's mother smiled and said, " Yes, Alia, the Muslim women must wear a hijab because it is a commandment from Allah swt. HE gave this commandment to women to protect them from harm. Just as the thorns protect the rose in the garden. the hijab is one of the ways that Allah swt protects beings in this world who are beautiful."

Alia gave her mother a hug. "Mama, i'm glad that you wear a hijab."
"why Alia?" asked her mother.
"When you wear a hijab, I know that Allah swt is taking care of you and tha's good because you are beautiful to me."

:)

Lagu untuk Embun dan Kekwa


PUTERIKU SAYANG

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


Saturday, June 4, 2011

Gugurnya kelopak Mawar

Sudah 3 bulan dia pergi meninggalkan kami... hati ini, fikiran ini tidak henti2 memikirkan dia.. masih ralat mulut ini memanggilnya atau menggelarnya 'arwah'... panggilan itu sungguh berat untuk aku menyebutnya.. biarlah aku terus memanggilnya encik suami.. kerana bagiku dia tetap encik suamiku..

Hari berlalu dengan pantas, segala urusan sudah dalam proses..alhamdulillah, checklist done! :).. sekarang tinggal untuk aku melangkah ke depan demi Embun dan Kekwa.. buat masa sekarang aku mahu habiskan belajar memandu SAMPAI LULUS.. dan lepas tu baru memikirkan soal kerja. Tak mengapalah, pelan-pelan.. satu per satu... inshaAllah.

Kenangan yang ditinggalkannya terlalu banyak yang indah2, apa lagi yang harus aku kesalkan? terima kasih Allah.. dengan kenangan itu aku pegang dan teruskan hidup ini. Namun, ianya tidak mudah.. apa yang biasa dahulunya, kini aku terpaksa membiasakan diri tanpanya...

Aku masih ingat dia pernah mencari sweater kegemarannya tetapi tidak jumpa.Sebulan selepas pemergiannya,aku ke Islamabad menguruskan perpindahan barangan peribadi dan rumah kami ke Malaysia semula..Sedang aku mengemas baju2nya, aku terjumpa sweater yang dicarinya.. lantas dengan spontan aku berkata, "ha,ni dia baju yang awak cari!"..

aku terdiam selepas aku berkata demikian.. air mata mulai gugur selepas itu,aku bercakap seorang rupanya.. sudah menjadi kebiasaan aku membebel2 dengan dia kerana dia suka meletak barang merata-rata.

dan kadangkala, sewaktu aku sedang memasak atau membuat air, terngiang-ngiang di telingaku seperti dia berkata2, "cik nurrrrrrrr, u masak apa tu??...."...

dan bila saat aku menonton televisyen, kadangkala ada topik2 yang aku mahu bualkan,hampir saja aku mengeluarkan kata2 , "tengok tu ahmad...seronokkan, nanti kita pergi situ ya".terus saja hati ini berasa sayu, kerana dialah tempat aku berkongsi segala-galanya..

oh, sukarnya.. kerana dia di mana-mana!

Thursday, June 2, 2011

Dialog

Cerita 1

Embun: wawa... ayah, ayah! (sambil menunjukkan gambar ayahnya kepada wawa)
Kekwa: ha..ha... (sambil mengambil gambar dan mejilat-jilat gambar )

:)

Cerita 2

Tok mama: Nurin, papa kamu mana?
Nurin: papa keluar, tak balik lagi
Tok mama: Nurin, kamu tahu, Embun sangat bijak, dia ambil gambar ayahnya dan tunjukkan pada Kekwa adiknya, "ni ayah!"
Embun: (tergesa-gesa berlari ke dalam rumah)
Kemudian keluar dengan tangannya membawa gambar ayah dan menunjukkan kepada Nurin...




EMBUN.....................
kamu buat ummi terharu!
:)

Wednesday, June 1, 2011

Lulus LAGI !

Alhamdulillah...

Setelah berkali2 amik lesen L... kali ketiga ni pun masih lulus... seperti yang saya ceritakan di entri sebelum ini, - kayuh pelan-pelan
(mintak dijauhkan sikap riak dalam diri.. nauzubillah...)

syukur, syukur, syukur!!

dan moga2 kali ni dapat meneruskan sampai BOLEH MEMANDU...
demi Embun dan Kekwa...
ummi akan terus berjuang! Aja2 fighting! :)
nanti boleh ummi bawa kamu berdua jalan2, pergi sekolah...
boleh bawa tok mama skali.. yay.. takde la tok mama yg bawak ummi lagi...
(sangat malu dgn diri sendiri sbb kadang mama sy yg drive, sy duk tepi)

mesti boleh.,.. mesti boleh.. mesti boleh....
Allah, tolonglah saya.... saya mahu berdikari dan harus berdikari...........




Selamat Hari Raya 2023