Posts

Showing posts from March, 2009

Hospital oh hospital…

5 Mac 2009,Khamis, Kuala Terengganu – Aku ditahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah lagi!!!.. Huhu… Kali ni mungkin lama aku kena tahan di wad. Kedudukan placentaku masih di bawah dan disebabkan kandungan aku sudah mencecah 33 minggu, makanya aku ditahan di hospital untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti pendarahan. 2 minggu lagi ujian ultrasound akan dibuat untuk melihat kedudukan uri@placenta. Kalau sekiranya uri masih dibawah, minggu yang ke-36 aku akan dibedah. Jika uri dah naik, maka aku boleh bersalin normal seperti yang diidamkan oleh semua ibu yang mengandung. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku dan anak dalam kandunganku. Ya Allah, semoga aku dan kandungan aku selamat.

Kali ini aku sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan di hospital. Cuma bila mengenangkan mungkin berminggu-minggu lamanya aku kena duduk di hospital membuatkan aku rasa sedih dan terkongkong. Layanan di sini kadangkala membuatkan aku mahu pulang dan berehat di rumah sahaja. Ada ju…

Maybe it’s a girl!!

Khamis lepas aku buat ujian ultrasound. Tujuan ultrasound dibuat sebab nak tengok kedudukan placentaku. Aku amat berdebar kerana sekiranya placenta masih di bawah, aku akan ditahan di hospital. Sepanjang waktu menunggu giliran nama dipanggil aku berdoa dan berzikir moga2 placenta sudah naik. Bila sampai di bilik ujian ultrasound, doktor senyap buat beberapa minit. Kemudian dia bersuara,
“em, Nampak macam perempuan je!”

Aku tersenyum gembira bila dia memberitahuku jantina anakku. Tetapi perasaan berdebar dan ingin tahu kedudukan placenta lebih banyak berbanding jantina. Aku tidak berhenti berzikir dalam hati bila doktor memeriksa perutku. Aku masih berharap agar placenta itu sudah naik. Akan tetapi, doktor akhirnya bersuara,
“placenta awak ni masih di bawah…”

Aku berasa sangat hampa dan kecewa waktu itu. Rasa seperti ingin menangis tapi aku tahan je. Kemudian doktor itu zoom muka baby dan buat pertama kali aku melihat muka baby dalam ultrasound. COMEL SANGAT!!!!!!!!! Dia nmpk tembam dan se…

Lapar

Saat ini aku sangat lapar.. walhal baru 2jam lepas aku makan nasi, kemudian buah epal, dan baru 5 minit sudah makan bubur jagung... tapi perutku memulas2 rasa lapar.. pedih.. mcm tak makan seharian..

rasa macam nak golek2 atas katil mcm tenggiling menghilangkan rasa sakit perut yang kononnye lapar.. huhu

32 weeks 3 days

Sepanjang kehamilan, aku mengalami beberapa alahan.. huhu… baru ku tahu mengandung ni bukan mudah.. apa lg kalau nak melahirkan nanti.. nervousnya! Hm, nak share sikit pengalaman aku sepanjang mengandung ni aku mengalami...

1. Letih

Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah: * Tidak datang haid. * Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif. * Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah. *Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil. * Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.

Masa mula2 pregnant, aku memang cepat letih dan selalu je nak tidur. Hehe.. masa tu masih di Uia, balik kelas je, mesti letih sampai tertido2. Bila malam pula, lepas isya’ dah collapse.


2. Loya2 dan muntah

Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi. Bagaimanapun kadang-kadang ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 min…