Wednesday, August 10, 2016

tips untuk gembira buat yang tiada pasangan. ewah!

bila perasaan sedih mula singgah dalam hati,
tarik nafas dalam dalam.. dan kawal perasaan dengan
-ignore sahaja orang sekeliling
-bila ternampak pasangan suami isteri tgh layan anak-anak mereka, buat buat tak nampak je supaya kita tidak terlalu memikirkan kekurangan kita..
-cuba alihkan perhatian tengok orang lain yang bawak anak tanpa suami.. mgkin suami diorang sibuk, at least kita yg dh takde suami ni tahu dah takde,camane nak teman jejalan kan.. kalau yg suami sibuk, sian plak diorang kan...
-bila terpandang keluarga bawak mak yg sudah tua jejalan, dalam hati kena banyak banyak doakan mak yang dalam kubur, semoga Allah ampunkan segala dosa dosanya.
- elakkan pergi reunion kalau hati belum kuat atau mood swing, nanti tak pasal pasal makan hati sendiri... kalau hati kuat, dan mood tengah okay, join je lah reunion tu , mana tahu dapat gembirakan hati.. 
kesimpulannya...jangan duk jalan-jalan sangat aih.. hehehe.. dan sbnrnya kita adalah apa yang kita fikirkan.. kalau kita fikir kita nak sedih,sedihlah kita..kalau kita fikir kita bahagia,bahagialah kita.. fikiran kita,kita yang kawal, jadi pilihlah, nak jadi orang yg bahagia atau orang yg berduka?
dua-dua pun ada hikmahnya,
ketika sedang berduka,ada muhasabah di dalamnya,
ketika sedang gembira, ada senyuman diukir di wajah kita..
pilih lah apa saja yg membawa kebaikan kepada kita!

Thursday, June 30, 2016

mimpi dalam mimpi

posting kali ni agak panjang, lama tak menulis panjang panjang...saja nak share cerita...

****************************************

semalam kami bertiga berbuka di luar... dalam perjalanan nak balik ke rumah,tengah memandu,tiba tiba ada kereta memandu sangat laju di sebelah saya dan spontan saya berkata,"oh,sayang...nak kemana laju laju tu?"

si embun mula bertanya,"umi,kenapa umi panggil dia sayang?"

"saja je.. habis tu nak panggil apa? kereta tu laju sangat.."jawab saya

"oh,nadaa tahu.. mesti umi ingat kan ayah kan? dulu umi panggil ayah sayang kan?" tanya nadaa mengusik ingin tahu..

tersenyum saya mendengar soalan si kecil ni.. "mana ada,ayah lah yang panggil umi sayang... umi panggil ayah,'awak...' je... tak pun.. 'ahmad'.."

si kecil kekwa tiba tiba mencelah perbualan... "eeee...isk,wawa tak suka ayah! wawa tak suka orang panggil umi sayang... "

lucu benar reaksi si kecil embun dan kekwa...seronok sungguh mereka mengorek rahsia cerita cinta umi dan ayah... walaupun mereka membesar tanpa ayah,hati mereka tetap meronta ingin mengenali ayah mereka..

anak-anakku,umi doakan kamu berdua sentiasa tabah dan sabar dalam hidup... hidup kita antara sabar dan syukur... kita harus sabar menghadapi dugaan hidup... dan kita juga kena selalu bersyukur apa yang kita ada..

itulah kunci kebahagiaan yg sebenar... sabar dan syukur ya anak-anak umi sayang......

*****************************************

mungkin selepas perbualan dengan anak anak malam tu,terfikir sampai terbawa di dalam mimpi...

di suatu bangunan tempat kerja,saya terserempak dengan sahabat pakistan saya,

"hey,hi..what are you doing here?"

"assalammualaikum,hi,madam... i'm working here in malaysia... good to see you!"

"yea,me too!"

"oh yes,madam,could you please help me mam, I need to go to this company ,but I do not know how to get there, here is the letter"

saya melihat surat itu dan tertera alamat syarikat dan no tel di situ...

"ok,look at this address,you can just use gps or maybe u can call this number?"

"yes,thank you mam... "

"before I forgot, I need to tell you, mr wan ahmad is here also! he's right there !"

dia melihat saya dengan mata yang berkaca-kaca.. "oh really?"

"yes,there he is! "sambil menunjuk ke arah kelibat ahmad...

ahmad berjalan ke arah kami,dan tersenyum mesra.. ahmad dan kawan pakistan kami bertegur sapa... selepas itu,saya masuk ke dalam ofis untuk mengambil barang...ahmad tunggu di luar...

"sorry, saya ambil handbag tadi.." ahmad hanya tersenyum melihat saya... kami berjalan beriringan berpegangan tangan... bahagia sekali melihat dia ketika itu...

"ahmad,kenapa awak makin tinggi ni? lepas masuk hospital tu ada buat operation kaki jadi lagi tinggi ke?"
ahmad hanya tersenyum lagi.... kami berjalan menuruni tangga...dan menuju ke arah embun dan kekwa...

"ahmad,ni la nadaa dan marwa..." saya kenalkan anak anak kepadanya...
dia duduk baring sebelah marwa dan mencium pipi marwa yang tembam tu..
dia memandang redup wajah marwa dan tersenyum bahagia...

dan saya terjaga.... mimpi rupanya!...
saya di ofis waktu tu.... dan saya terjaga lagi!  sudah pukul 6 pagi!

Allah,mimpi di dalam mimpi rupanya!

alhamdulillah..Allah hadirkan dia dalam mimpi di bulan mulia ini...sungguh,kami rindu dia...

#diariramadan
#mimipimawar
#bloggermenulis

¿ada bakat jadi penulis tak? hahahaha

Friday, June 10, 2016

Mendidik embun dan kekwa, kuncinya harus Sabar

ustaz kata... kunci nak jd ibubapa ni... kena ada "sabar"

nak besarkan anak anak kena banyak "sabar"

sungguh,kdg terlanjur marah dan menjerit jerit dan memukul si kecil sbb selalu buat perangai...
ke manakah hilangnya sabar itu nur?
di manakah letaknya 'sabar itu cantik' seperti yang kau selalu ucap dalam hati itu?

anakku embun dan kekwa,

umi marah sebab umi sayang,
umi meninggi suara sebab umi ingin kamu jadi anak yang mendengar kata,
umi tegur sebab umi mahu kamu berdua tahu mana yang salah,mana yg betul.

tp umi selalu lupa,

kamu masih anak anak kecil,
yang perlu dimanja lebih daripada dimarahi selalu...
kamu anak yatim yg perlukan kasih yang lebih daripada anak anak yg punyai bapa,

maafkan umi,

umi cuba menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat kamu berdua,

maafkan umi,

umi kena belajar untuk lebih SABAR

'sabar separuh daripada iman..
kamu muslimah perlu ada iman..
iman... kunci ke jannah...yang kau idamkan selalu untuk bertemu Nya..berkumpul dgn orang yg kau sayang.. '

sabar itu cantik,nur! -nafastari

Friday, February 19, 2016

ProjekBuku2016- buku 1 : Opah Gangnam Style

dua tiga hari ini saya mengembara ke KOREA bersama #opahgangnamstyle 






sebuah buku yang amat santai dibaca,sarat dengan mesej yang berguna dan pengalaman yang menarik di korea. buku ini juga sedikit sebanyak mengajar kita untuk berbahasa korea.. fefeeling cakap korea pula bila membacanya..

must read book guys!
bahasanya mudah ,ringkas dan santai.. terasa rapat dengan opah...

terima kasih dik kerana sudi bertukar buku dengan akak hari #booksgivingday di karangkraf hari tu...sungguhpun dirimu jauh lebih muda...tapi pengalaman kamu membuatkan kamu seorang yg sangat matang...semoga berjaya dunia akhirat buat kamu....

#opahgangnamstyle
#hikmahyangtersirat
#bookgivingday2016
#perkampunganpenulis2016

projekbuku2016- buku 2 : Travelog ET: Kembara Afghanistan


ke korea sudah bersama ‪#‎opahgangnamstyle‬ selama dua hari setengah...
(saya membaca ketika waktu rehat pejabat dan petang ketika menunggu embun pulang sekolah rendah)

17 Februari 2016 , jam 1931

saya FLY ke AFGHANISTAN pula la bersama
‪#‎traveloget‬
‪#‎kembaraafganistan‬
inshaAllah...doakan saya selamat di AFGHANISTAN..
smile emoticon
 18 Februari 2016, tepat jam 6:25 petang... saya sudah habis mengembara bersama ET ke AFGHANISTAN..

#traveloget
#kembaraafganistan




sesuatu yang unik..sangat unik..seorang pengembara wanita..mengembara secara solo ke negara AFGHANISTAN... dicatatkan di dalam buku travelog E.T .. buku ini membawa kita mengembara bersamanya ke negara asing.. walaupun katanya dia pergi mengembara solo..tetapi dia pulang dengan membawa kita mengembara bersama di dalam buku ini...cerita ditulis secara detail... satu persatu perjalanan et di sana...terima kasih e.t beri saya peluang berada di AFGHANISTAN...

:-)

p/s:sungguhpun begitu,saya benar benar berharap e.t nnt akan mengembara bersama pasangannya satu hari nanti..janganlah jalan sesorang..huhuhu...

Friday, February 12, 2016

Embun Kekwa the explorers - Hong Kong trip 2015

impian menjadi kenyataan!

wishlist  !!!  - done :)

Alhamdulillah.... 

terlaksana juga impian saya ingin membawa anak anak mengembara melihat dunia...
percutian 4 hari 3 malam di HONG KONG pada tahun 2015 merupakan pengalaman yang indah buat kami.  

eh?

tahun 2015 punya cerita lah! kenapa baru nak update sekarang?

hihihi... BETTER LATE THAN NEVER kan? hahaha.. 

sebenarnya dah hampir lupa journey masa di sana..


 hampir setahun lepas punya cerita ! tapi sedikit sebanyak yang saya ingat, saya cerita di sini ya?

orang kata bila kita sibukkan diri kita, kita akan lupakan perkara yang menyedihkan kita. December 2014, kematian mama saya buat saya rasa semakin sunyi dan hilang tempat memapah.. saya lemah dari segi mental ..saya seperti lumpuh kedua dua belah kaki... yang saya ada masa tu hanya dua orang puteri saya dan kakak saya yang duduk serumah dengan saya sekarang. waktu tu saya cuma rasa ingin berlari jauh dan ingin melihat dunia dari perspektif yang lain. Saya ingin berfikir dan muhasabah diri di tempat yang asing.

Kakak saya,( yang embun dan kekwa gelar 'alang' ) merupakan seorang wanita yang suka mengembara.



Dia cuma lebih tua dua tahun sahaja daripada saya. Tetapi dia cukup berpengalaman dalam 'backpacking' dan dia juga orangnya lincah dan peramah. Pantang ada tiket murah ke luar negara, dia akan cuba mencari peluang untuk membelinya dan pergi mengembara. Dijadikan cerita, birthday Embun jatuh pada bulan April dan tiket ke Disneyland , Hong Kong murah pada waktu itu, terus sahaja kakak saya membelinya dan mengajak kami ke sana!

Syukur, diberi pengalaman yang berharga, melihat  negara orang sambil belajar sesuatu yang baru di sana. Kami tidak mengikuti mana mana agensi pelancongan, hanya penunjuk arah kami cuma 'Alang'.
Alang membeli tiket kami melalui xpedia.com (hotel dan flight) . kos seorang yang rm540 untuk 4hari 3malam. Perjalanan kami di sekitar Hong Kong hanya menggunakan ETS seperti LRT di Malaysia. Train di sana sangat efficient !




Semoga tahun ni kami ada rezeki lagi berjalan ke negara lain pula. amin...












FACE THERAPY -PART 2

Salam...

first of all.... AMPUN sangat-sangat!! lamaaaaaaaa sangat nak continue part 2 entri lama ni

entri tahun 2013, bulan oktober tentang   Face Therapy   < ---- please click this link

masa dulu update pasal tu sebab tengah excited guna produk muka yang baru... rasa dia seolah olah pegi buat facial kat kedai facial.. (perasaan je, walhal tak pernah seumur hidup saya pergi salon buat facial) sebab apa saya cakap tu... sebab bila pakai produk tu dulu rasa muka ni segar je... macam lepas pakai tu rasa muka ni cantik je.. muahahahaha...

bila dah jatuh cinta kat produk facial yang saya kata tu... saya pun repeat membelinya setelah habis... dah hampir dua kali pakai sampai habis... bila kali ketiga... mula rasa dah tak sesuai dengan muka..muka jadi kering sangat ...lepas tu jerawat satu dua biji akan tumbuh....

produk apa yang saya pakai sebelum ni?

tara~~~

  ini lah produk yang saya  cuba nak share tahun 2013 hari tu... hahaha

sebab best pakai produk ni masa tu... 3 in 1 lagi... senang.. nak jadi scrub bole.. nak buat daily facial pun boleh... jadi mask pun boleh.. memang best!

cuma biasalah kan.. kulit muka semakin hari semakin tua... dah tak sesuai rasanya memakai produk ni... jadi selepas percubaan yang ketiga, saya dah mula beralih arah... menukar produk yang lain...

orang perempuan memang kebiasaannya akan concern pasal bahagian kulit muka... orang kata bukan saja nak cantik, tapi untuk tampil yakin bila berhadapan dengan orang. betul tak? saya pernah alami muka yang berjerawat batu dan merah merah muka sampai nak jumpa orang pun segan. Pernah juga keluar jerawat yang ada mcm putih putih air macam nanah..ish, pengalaman ngeri seorang remaja perempuan lah bila ada jerawat macam tu kan. Kita akan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai sebabnya orang akan mula tunjuk reaksi yang macam " eh, kenapa muka ko penuh jerawat? " ada yang takut nak dekat pun ada, seolah olah boleh berjangkit plak jerawat bila duk dekat.. haih...

apa yang saya buat untuk hilangkan jerawat tu?

saya pernah share dekat blog ni dulu..tak silap pada tahun 2008.. masa mula mula saya berjinak dalam dunia blogging.. Tajuk entri : TIGA

alhamdulillah, hilang parut dan jerawat saya dulu tu sebab petua orang orang tua bagi tu memang mujarab..

* bedak sejuk + perahan limau nipis + daun pegaga

hari pertama - 7 helai daun pegaga.. ( elok tumbuk bersama bedak sejuk dan perahan limau nipis) sambil letak kat muka, selawat dan doa supaya muka cepat sembuh daripada jerawat

hari kedua- 5 helai daun pegaga dan ulang teknik yang sama

hari ketiga- 3 helai dan teknik yang sama

ulang semula 7 helai... sampai jerawat mula hilang

*  biasakan memakai bedak sejuk di waktu malam
( pastikan cadar dilapik tuala or anything sebab bila bangun pagi memang akan bertaburan dedaun itu dan bedak)

* dah bangun pagi, cuci muka guna air biasa dan lepas tu ambil DAUN LIDAH BUAYA ( dulu mama saya tanam, jd saya ambil je dalam pasu), daun lidah buaya dibelah dua, lendir tu sapu kat bahagian muka, biarkan dalam 15 minit dan lepas tu basuh muka guna air biasa or air suam.. ( effect dia akan rasa gatal sikit, tapi tahan lah sikit ye, nak muka hilang parut kan?)

sekian sahaja petua FACE TERAPHY mawar

lain kali saya share lagi!

xoxo!


p/s: sekarang mawar hanya guna produk pencuci ini

:)




     




Embun dan kekwa

melihat gambar anak anak sudah mula membesar hati terasa sebak...





zaman menyusu anak..menukar pampers anak...menyuap bubur dan membancuh susu...mengelap lantai bedak bertaburan...mengemop lantai yg melekit sebab nasi lauk kicap telur tertumpah..tidak tidur malam menjaga anak menangis malam.... tidak senang duduk di dalam rumah....menggoreng ikan sambil mendukung anak...tidur yg tidak lena kerana anak bangun bermain di tengah malam...esoknya kerja lagi...

mengurus anak ke taska... membawa kereta hanya bertemankan anak yg masih kecil...ke depan ke belakang mereka buat kereta mcm playground...

oh..zaman itu telah berlalu... rupanya penat itu ada manisnya...bila kini dikenang semula...indah sungguh pengalaman berharga itu....

sekarang pula...di era zaman anak mula bersekolah...mula pandai merajuk dan hendak dipujuk..anak sudah pandai menunjukkan emosi dan hendak dibelai... anak mula bertanya itu dan ini... masih banyak lagi yg perlu saya belajar...untuk mendidik anak anak syurga ini...

semoga Allah beri aku hidayah dan petunjuk serta ketabahan dalam mendidik mereka menjadi khalifah Allah....

#moodsebakplak
#ehemoplak
#makmaksangat


Saturday, January 30, 2016

embun dan kekwa menjadi chef

hi... embun and kekwa is back!!! and video below shows they are making bread butter pudding..
 enjoy watching!!!

Wednesday, January 27, 2016

Tahun 2016

Salam,

sudah tahun 2016

cepat masa berlalu

tidak menoleh ke belakang

namun terus saja melangkah ke depan



januari 2016 sudah hampir di penghujung

rasa masih baru masuk ke tahun 2016

embun sudah darjah satu, bermakna sudah 7 tahun

kekwa yang wangi pula masuk 6 tahun

mawar pula?

eh,

tahun ini tiga puluh satu tahun rupanya

sudah mula tua lagi pelupa

terus melangkah ke depan

menuju hari yg PASTI

Selamat Hari Raya 2023