Tuesday, January 11, 2011

Saya harus Kurus!

ye,
seperti tajuk di atas, SAYA HARUS KURUS!

Kenapa saya harus kurus? sebab,
1) byk baju aku dah tak muat
2) senang bergerak, rimas ah peha berlaga.. (hohoho.. gemuk sungguh aku skg smp peha berlaga)
3) supaya tak nampak lebih tua dari laki aku...
isk, mana boleh nampak tua dari sepatutnya kan! ;p
4) mahu jdik hot mama gitu! hahaha.. yela, dh ada dua org anak, harus kelihatan lebih anggun la.
5) supaya mereka2 yang berharap aku tetap gemuk tu akan rasa kesal ! ngeh ngeh... ;p

erk, bukan bermakna tak kurus itu tak menarik.. cuma..

kesian lah kan baju aku tu.. takkan nak beli baju baru kot? baju ngandung plak terover besar lak skg.. tak sesuai.. hu..

nak tahu tak, masa aku mengandungkan Embun.. aku tak pula sibuk2 fikir nak kurus cepat..berat aku naik sebanyak 22kg! dan lepas tu turun semula asal selepas Embun umur 11 bulan... Sebenarnya masa lepas bersalinkan Embun, aku takde masa pun nak fikir pasal diri sendiri. Masa tu kami baru dpt tahu kena tukar ke Islamabad. Jadi aku busy memikirkan urusan nak pindah. Semasa kami tiba di Islamabad, umur Embun baru 44 hari.. dan aku masih ingat waktu tu berat aku 56kg. Kemudian makin menurun smplah 48kg.. tibe2, ngandung balik! ;p

Masa ngandungkan Kekwa (Marwa), berat aku naik 23kg ! Skg ni Kekwa berumur 39 hari, dan berat aku baru 59kg.. ades... progress slow sungguh...

bagaimana ni?? saya harus kurus! Sekian.



Selamat Hari Raya 2023