Thursday, May 21, 2015

anak merindu ibu

ma.. nak makan apa...

ma.. nak masak apa utk berbuka hari ni .

ma.. nak pergi surau ke...

ma... bangun.. sahur....

ma..larat ke puasa hari ni...

ma... jom kita gi beli baju raya.. cari baju kurung ....

ma... nak kasut ke...

ma... nak beli kuih apa....

ma... nak pegi kedai ke....

ma... makanlah sikit...

ma... jangan la makan manis manis sgt...

ma... kena makan byk..baru ada tenaga...

ma...nak balik terengganu tak...

ma... nak pegi mana minggu ni...



ma..... rindu nak panggil mama...

posted from Bloggeroid

Sunday, May 17, 2015

suami soleh saya

sudah bertahun lamanya ahmad meninggalkan kami...

namun saya masih berbicara mengenainya... bercerita tentang kebaikkannya... dia juga manusia biasa... ada kekurangan dan kelebihan.. tapi suka saya ceritakan tentang kebaikkannya saja.. kerana itu akan membuatkan saya bahagia...

kenang yg baik baik saja..
fikir yang elok elok saja..
hati akan turut bahagia sama..
:-) :-) :-)

**saya tidak pandai mengenai sirah...tapi saya selalu terfikir mengenai isteri Rasulullah s.a.w...Saidatina Aisyah r.a.... pemergian Rasulullah... tidak melemahkan dia... malah membuatkan dia meneruskan perjuangan Rasulullah... semangat itu yg kita harus contohi... keperibadian yg begitu yang saya ingin ikuti...

««««««««««suami soleh»»»»»»»»»»»»»»»

suami yg selalu tolong anda jaga anak anak anda..
suami yg tidak kisah menukarkan lampin dan mandikan bayi anda..
suami yg sanggup pegang anak bila berjalan jalan di shopping mall...dan membiarkan anda shopping dengan senang hati...
suami yang tak kisah pinjamkan badannya untuk bersandar bila si ibu lenguh semasa menyusukan badan...
suami yang memasakkan masakan anda bila dalam pantang...
suami yang sama sama bangun bila anak menangis tengah malam...
suami yang bermain dengan anak anda bila saja pulang kerja...

itu suami soleh saya...
semoga kerana itu juga saya harapkan syurga buat dia...
amin...
#throwback

posted from Bloggeroid

Friday, May 15, 2015

Dilamar pada tahun 2013

wah.. caption tajuk.. suspen kan?!

tahun 2013 lepas...
pernah dilamar oleh syarikat penerbitan majalah untuk menulis artikel di ruangan majalah mereka....

hehehe...
tanpa ragu ragu saya terima untuk menulis di ruangan tersebut...
sebenarnya saya tak pasti dh publish ke belum sbb penerbit tak pula bagi saya copy dan saya pun tak pernah beli majalah mereka... hehe...

tapi apa pun..siapa yg pernah membaca ruangan tu dulu..saya harap dapat sedikit sebanyak membantu mereka yg supermom seperti saya meneruskan kehidupan.....

pandang ke depan..
dan teruslah berjalan....
meneruskan kehidupan


««««««««««««isi artikel mawar sempena hari ibu tahun 2013»»»»»»»»»»»»»»»»»»


Namaku mawar, aku punya seorang suami yang aku rasakan seperti dia adalah nafas hidupku, matahari yang menyinari kelopak kehidupan seharian ku. Aku menggelarnya “nafastari”.Kami bertemu di sebuah universiti yang kami belajar bersama-sama dan akhirnya membawa kami ke jinjang pelamin.

Setelah setahun kami berkahwin, kami dikurniakan seorang puteri yang kami gelar’Embun’. Embun adalah penyejuk rumahtangga kami. Tiga hari selepas kelahiran Embun, suamiku ditugaskan untuk berpindah dan bekerja di luar Negara. Agak berat untuk aku dan Embun yang masih kecil berpisah dengannya. Jadi kami mengambil keputusan untuk ikut bersama.

Bumi Islamabad, Pakistan merupakan bumi yang bersejarah dan penuh dengan warna kehidupan yang mencorakkan kebahagiaan kami sekeluarga. Hampir dua tahun kami di sana dan aku selamat melahirkan seorang lagi puteri yang wangi yang ku gelar “Kekwa”.

Mawar, Nafastari, Embun dan Kekwa sangat bahagia bersama walaupun kami di bumi yang asing, di bumi yang sedang bergolak dengan perang saudara dan perkauman. Berada di samping keluarga tercinta merupakan senjata yang paling selamat dan aman.

Sembilan puluh hari usia Kekwa, kami mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air melawat keluarga dan seterusnya memperkenalkan puteri wangi kami kepada saudara mara di Malaysia.

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung Nafastari, tiba-tiba seekor kuda datang merempuh kereta kami dan kemalangan itu meragut nyawa nafastari, ayah Embun dan Kekwa. Bahagia yang kami rasakan seakan-akan hilang bersama nyawanya yang pergi malam itu.

Waktu itu usiaku 25 tahun, Embun 1 tahun 11 bulan dan Kekwa hanya 90hari. Sesungguhnya kita semua kepunyaan Allah s.wt. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan.

Aku harus meneruskan kehidupan bersama puteri-puteriku yang masih kecil. Kelopak mawar gugur dengan banyaknya setelah hilangnya sinar mentari daripada Nafastari. Namun, kehidupan Mawar diceriakan dengan Kekwa dan perasaan hiba mawar disejukkan dengan Embun.

Embun kini sudah mencecah usia 4 tahun dan adiknya Kekwa berusia 2 tahun setengah. Syukur Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan daripada keluarga dan sahabat, kami sekeluarga masih mampu tersenyum dan meneruskan kehidupan walau tanpa seorang imam dalam keluarga kami.

Embun begitu bijak dan seperti mengerti apa yang berlaku. Kadangkala muncul juga soalan mengenai ayahnya dibibirnya.
“Kakak nak jumpa ayah” ngomel si kecil embun

Aku cuba menarik nafas dan dalam masa yang sama menahan sebak lalu menjawab soalan puteri sulungku,
“Boleh, kakak boleh jumpa ayah, tapi kakak kena jadi budak baik dulu, dengar cakap ummi, selalu solat, selalu doakan Ayah, nanti boleh jumpa Ayah kat syurga!”

Embun senyum keriangan dan membalas, “Syurga?, kakak nak masuk syurga!!”

Subahanallah, Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui betapa rindunya anak kecil ini terhadap ayahnya. Aku sebagai ibu hanya mendoakan anak-anakku tabah dan sabar dalam menghadapi segala cabaran dan ujian dunia ini.

Sesungguhnya tempat kita yang sebenar-benarnya bukanlah di dunia, pemergian ayahmu membuktikan bahawa dunia ini tempat yang sementara buat kita semua.

Aku juga akan berusaha untuk terus bangun dan bangkit demi dua puteri comel ini. Mereka perlukan aku sebagai pembimbing, sahabat dan pendidik. Aku harus memainkan peranan sebagai ibu dan ayah kepada mereka. Setiap hari aku berdoa agar diberikan kekuatan dan kesabaran yang berpanjangan dalam mendidik dan memikul tanggungjawab membesarkan mereka.

Aku percaya Embun dan Kekwa adalah anak yang istimewa yang Allah telah berikan kekuatan hati dan jiwa yang kental sejak dari kecil. Mereka membesar dan bermain seperti anak-anak lain , mereka tidak kurang apa pun malah mereka lebih dari segi kasih sayang.Siapa pun yang melihat mereka pasti akan berasa berasa sayang pada mereka. Allah juga Maha Kasih pada mereka kerana mereka dididik seperti kehidupan Rasulullah, yang merupakan anak Yatim sejak kecil. Untungnya si kecil ini bukan? Mereka adalah anugerah Allah buat Mawar dan selamanya menjadi buah cinta Mawar dan Nafastari

Kini usiaku 28 tahun, mungkin masih jauh perjalanan hidupku di dunia ini, dan mungkin juga tidak! Allah yang lebih Mengetahui .Nafastari meninggalkan dunia di waktu usianya mencecah 28tahun. Kita tidak tahu berapa usia kita hidup di dunia ini, namun apa yang kita perlu tahu, kita perlu jadi yang terbaik dan melakukan yang terbaik dalam kehidupan kita seharian.

posted from Bloggeroid

sel otak berhubung :embun yang sulung

soalan nadaa hari ni: 15052015




nadaa: umi.. kenapa motor mcm basikal umi?

umi : er.... (camne nak jawab ni... )

nadaa: umi.. kenapa?

umi : em..cubalah tanya soalan yg lebih logik utk umi jawab...

nadaa : em...jawablah umi... kenapa motor mcm basikal? (sgt curious)

umi: sbb motor kan kecik...(jawapan asal jawab... huhu)

nadaa: oooooooo.....

(em..nasib baik dh tak tanya dh....dah puas la tu dpt jawapan...adoi..nak kata minum susu enfagrow... dah empat tahun lepas... masih lagi sel sel otak berhubung..kenapa ini..kenapa itu....)

#kisahumidannadaa



posted from Bloggeroid

Selamat Hari Raya 2023