Posts

Showing posts from 2010

sy & pantang bersalin

26 hari yang lalu saya telah selamat melahirkan puteri yang kedua,Marwa.. Bermakna saya sudah 26 hari dalam pantang..
Oh bercerita tentang pantang, saya harus menyusun sepuluh jari saya kepada orang2 tua kerana saya amatlah tidak patuh adab2 berpantang ni.. Saya ni memang agak degil dan suka mempersoalkan sesuatu..kalau saya rasa tak logik, saya takkan ikut.. Haha, sungguh keras kepala saya ni..
Soal makanan dlm pantang, seminggu pertama mungkin boleh kata saya memang agak particular.. Hanya makan lauk singgang, ikan bakar, sambal lada hitam bilis dan kadang sup ikan. Semua dimasak oleh encik suami yg baik hati lagi hensem.. Terima kasih ye sayang ;).. Mama sakit lutut pula sbb cuaca sejuk kot! Jadinya dia tak dpt nak tolong di minggu pertama.. Pagi2 pula hanya minum kopi dan cicah biskut cream cracker (jenama hup seng the best!).. Malam pun sama juga, minum kopi dan biskut.. Makan nasi cuma sekali.. Haha, memang sah2 tak kenyang, tapi nak jaga makan lah kononnya..
Seminggu pertama memang…

Bersalin di perantauan..

Image
Alhamdulillah... hari ini genap 11 hari aku berpantang, bermakna 11 hari jugaklah umur Marwa. Setakat ini semuanya baik2 je,terasa cepat sungguh masa berlalu. Perasaan risau, takut dan fobia seakan2 hilang bila tiba masa bersalin..
Aku masih ingat, pagi Ahad, 5 December 2010, selepas aku bangun solat Subuh, terasa seperti katil basah dengan air. Kemudian aku ke tandas, air jernih masih mengalir. Oh, mungkinkah air ketuban sudah bocor? Aku duduk di dalam tandas agak lama, air masih mengalir sedikit demi sedikit. Terus aku kejut encik suami dan bersiap2 untuk ke hospital. Sebelum ke hospital aku mandi dahulu supaya segar dan bertenaga nak bersalin nanti. Kemudian aku berjalan membuat 25 pusingan di laman rumahku dengan harapan supaya bukaan nak bersalin lebih cepat.
Sesampai di hospital, doktor kata bukaan hanya 3 cm, dan aku harus tunggu supaya sakit bersalin (contraction) lebih kerap. Semasa 3 cm aku tak rasa apa2 sakit pun lagi, air ketuban masih mengalir dan aku terpaksa memakai pad. …

Adiknya Embun

Image
Alhamdulillah.... 5 December 2010, 4.29 pm waktu Islamabad, Pakistan di Medicsi hospital, aku telah selamat melahirkan bayi perempuan dan Embun kini benar2 menjadi yang sulung.. :)
l Aku dan encik suami menamakan puteri yang kedua ini
WAN MARWA ;)
Setelah 7 hari Marwa dilahirkan, kami meraikan kedatangannya dengan mengadakan kenduri "aqiqah dan cukur rambut" . Masa Embun dulu kami tak berkesempatan buat kenduri, hanya sempat mewakilkan aqiqah kepada saudara di Malaysia untuk membuat kenduri aqiqah.. Alhamdulillah kenduri berjalan dengan lancar. Kebetulan ayah mertua ada di sini, dia lah yang memasak daging biri2 yang di aqiqahkan.. mama aku pula memasak lauk ayam merah dan nasi minyak.
ummi dan Marwa di hari kenduri
Kasih seorang kakak :)
menyiapkan tuan puteri sebelum dicukur
Marwa si tembam

Alhamdulillah, sekarang i'm a mother of two! ;)

Tentang Dia - Part 2

Sambung balik citer tentang dia..
***

Nak tahu apa jadi lepas dia mesej aku tu? hu.. aku memang sedikit terkejut, tapi aku rasional,aku berhasrat untuk kawan dulu, kenal hati budi dulu....dia pun setuju..
Tak sampai setahun kami kenal, kami bertunang dan 6 bulan lepas tu nikah... :)
Terus terang aku katakan, aku tak berapa tahu tentang dia dan keluarganya, malah kegemaran dia pun aku tak berapa tahu sepanjang kami berkenalan.. yang aku pasti, dia budak yang baik. Walaupun aku masih di tahun akhir study, aku tekad untuk bernikah dengan dia, sebab aku percaya, dia memang calon yang sesuai. Bila mana kita dah jumpa orang yang kita yakin dia baik dan boleh jadi suami kita, tak perlu ragu2 lagi untuk terimanya.
Tahun pertama perkahwinan kami memang mencabar.. seperti pasangan lain, aku pasti memang sukar mencari titik persamaan antara dua pihak yang berbeza latar belakang keluarga. Aku dibesarkan di kota, dia pula dengan cara konservatif di daerah persisiran pantai. Budaya keluarga kami memang…

Tentang Dia

Aku masih ingat, masa tu aku baru ingin mendaftarkan diri masuk ke UIAM, gombak.. Sedang bosan menunggu giliran nak mendaftar, sambil2 tu tgk keadaan sekeliling.. tiba terpandang seorang mamat ni.. berbaju oren, berseluar slack krim keputihan. Orangnya kelihatan comel dan sedap dipandang. Masa itu aku cuma senyum sendirian.. heee..
Sekali lagi aku ternampak mamat berbaju oren itu,. untuk memudahkan lagi cerita, aku gelar mamat baju oren ni,"dia". Dia ditugaskan membawa mangsa2 orentasi yang kena darhea ke klinik. Kebetulan pula, aku pun kena darhea, jadi dia lah yang terpaksa membawa aku ke klinik. Kami berjalan ke klinik, dan bila habis check up di klinik, dia menyapa aku dan berkata, "boleh balik sendirikan?"... apa lagi yang harus aku jawab, selain senyum dan angguk.. walhal aku tak tahu jalan balik pun sebab belum familiar lagi kawasan universiti tu..
Hari2 berlalu dengan pantas, minggu orientasi sudah habis, aku pun dah mula masuk kelas.. Tapi yang peliknya ha…

False Alarm..Tik Tok Tik Tok..

Dua hari lepas, aku btul2 rasa mcm nak beranak je.. hehe.. Malam tu aku sakit pinggang yang teramat sangat.. tak tertanggung rasa sakit pinggang tu... pastu plak kena cirit birit lagi... isk, kuar masuk toilet, bangun duduk dari katil, dengan pinggang yg sakit smp ke *tut*... memang rasa sangat nak beranak cepat2.. kesian encik suami tak boleh tido jugak dia dengar keluhan aku sambil tolong urut2 belakang...
Esok paginya kami ke klinik, memang kebetulan appointment pagi tu dengan doktor.. jadi bila doktor scan tgk, baby position ok, kepala dah ke bawah, air ketuban semua cukup, placenta alhamdulillah normal, cuma.. pergerakan baby sangat slow.. kebetulan baby tido kepenatan agaknya malam semalam asyik jalan dan bangun duduk ke toilet je... huhu... memang suspen... doktor siap kata kalau dia tak nmpk gerakan lagi, aku kena trus pegi ke hospital bersalin untuk pantau baby nye heart beat... luckily, syukur.... after almost 10 minutes baby pun gerak skit, so tak perlu lagi ke hospital...
P…

Counting days..

Sekarang aku masih lagi mengira hari utk bersalin..kalau ikut tarikh EDD, genap sebulan je lagi aku akan bersalin... dan, kalau ikut ultrasound, aku akan bersalin hari natal!!hohoho perasaanku, tidak sabar !!! dan TAKUT!!! huhu... takut nak bersalin... sampai termimpi2 bersalin, meneran.. huhu.. sangatlah sakit, smp dlm mimpi tu pun rasa sakit... huwaaaa... YaAllah, permudahkanlah aku bersalin dan selamatkanlah anakku ini....
Cik Embun sekarang semakin bijak dan nakal!.. geram sgt dgn budak kecik tu.. kadang nak penyet2 je.. comel!( ahaha.. puji anak sendri... ) hm, dia skg dh pandai minum susu botol sndri, makan sndri, minum pakai cawan, pandai menyepah, mengemas pun kadang2 pandai jugak... ;p pastu dia dah pandai nak pakai socks dan kasut sendiri.. haha... memang menghiburkan melayan telatah cik embun sekarang ni. Cuma, dia semakin berat dan aku tak larat nak dukung, tambahan tgh membuyung.... bila lihat telatah embun, rasanya ada anak ramai macam dia pun takpe.. :)
cuaca kat islamabad…

Sebulan lebih je lagi

Image
Pejam celik, dah hampir 34minggu aku mengandung anak kedua ni.. hihi.. last week check up doktor kata maybe its a girl! :)
Nama baby girl dh lama kami ada, cuma baby boy je tak capai kata sepakat lagi,.. hehee.. maknanya if its really a girl, mudahlah kerja kami nanti... cakap pasal nama, mesti ada yang tertanya2 nanti anak saya ni warganegara mana kan? lahir kat Pakistan plak tu,hehee... of course la dia akan jadik Malaysian! dont worry guys, she will not be a Pakistani Citizen. Semua procedure kelahiran dan borang kewarganegaraan akan diuruskan oleh encik suami, so takde masalah la..
Sudah sebulan jugaklah mama aku di sini... so far, alhamdulillah.. dia ok2 je, seronok je dia dibawa berjalan ke sana ke mari... hihi.. kami memang kaki jalan.. setiap hari mesti keluar rumah, tak boleh duduk diam dalam rumah.. haha.. last weekend kami ke bandar Gujrat, cuci mata tgk perabot bersama dengan rombongan Malaysian yg duduk kat islamabad ni.. Seronok jugak jalan2 ramai2 sekali sekala. Kalau iku…

update sikit lah! ;p

Hallo readers!

Lama sungguh rasanya aku tak update blog ni.. Sekarang makin malas nak buat apa2, keje uk mengutip mainan dan segala brg yg disepahkan oleh mek embun.. Huhu.. Kadang tu aku saje je biar, tak larat dah nak mengutip.. Mak buyung dh sarat, nak bangun duduk pun mengah2 je..

Lagi 8 minggu to go!! Chaiyok2 wahai mawar... Doakan aku selamat dan dapat melahirkan baby yg sihat.. Amin, InshaAllah.. Minggu depan ada ultrasound check up, hopefully kali ni dapat la tahu gender baby.. Hohoho.. Agak2 baby apa ek? Hihi

Nama pun blum cari lagik.. Dah ada la dua tiga nama tapi takde yg berkenan betul2 lagi, any sugesstion?? Mestilah namanya Wan ..... Tapi dua suku kata je balakang nye mcm cik embun, namanya simple dan senang disebut, juga ada makna.

Aku telah pun kidnap mama aku datang ke Islamabad ni.. Hehe.. So far dia tak bosan lagi duk sini sbb ada je kami bawak dia jalan2.. Pastu rezki mama jugak dapat tgk perkahwinan org pakistan.. Nanti kalau rajin aku update pasal perkahwinan org sin…

eid mubarak

Image
Tahun ni adalah tahun kedua aku sekeluarga beraya di Islambad Pakistan.. Rasanya tahun lepas aku tak bercerita bagaimana perayaan hari raya eidulfitri disambut di sini.. Sotahun ni aku nak citer skitlah..

Pagi2 raya sebelum pergi solat sunat eidulfitri, aku bersarapan dulu, sediakan juadah raya yg simple2 je.. Untuk makan dua setengah org.. Mek embun tu kira setengah lah portion dia.. Hihi.. Raya kali ni aku masak rendang, nasi impit, kuah kacang dan lontong.. 1st time buat lontong.. Sedapnye! Ceceh.. Puji diri sndri plak.. Tak malunye! ;p tp bila kat negeri orh ni.. Kite masak apa pun rasa sedap je tekak ni..

Dah habis makan2, bergambar sefamily plak kat umah.. Pastu br lah bergerak ke Rumah Malaysia, iaitu kediaman ambasador Malaysia di Pakistan.. Semua Malaysian akan berkumpul dan solat sunat raya di sana.. Di imam oleh student madrasah kat Pakistan ni.. Kebanyakan student blaja kat Karachi.. Depa cuti , duduk lah kat sesetengah rumah org malaysia kita kat sini..

Selepas solat kami be…

Bulan memasak ke .....

Ramadhan mubarak to all my readers..

:)

Buat kali kedua saya berpuasa di perantauan... dan kali kedua jugaklah saya akan beraya di perantauan... huk huk huk...

Sedih pilu hati ini bila mengenangkan bulan puasa ni terpaksa ke dapur membuat juadah berbuka yang diidamkan sendiri.. pandai2 la nak hidup kat negara orang kan.. tak ada bazaar ramadhan macam di negara kita.. yang ada cuma stall jual kuih muih yang hanya 3 jenis- samosa, pakora dan roll...

Saya boleh katakan yang bulan ramadhan kali ni adalah bulan memasak bagi saya..
e eh, hari2 tak masak ke? hihi.. masak jugaklah.. cuma bulan ni special skit, sebab mengidam macam2.. wakaka..( alasan je benornya... nafsu makan tu melampau.. )

Sepanjang puasa kali ni, alhamdulillah saya sebagai mak buyung berpuasa juga.. memandangkan cik embun sudah pandai minum susu tepung- enfagrow, (yup, settle masalah saya nak kasi dia minum botol) dan dia pun dh pandai tidur sendiri tanpa menyusu badan, makin mudahlah saya nak meneruskan puasa. Ye la kan, kalau…

Saya kagum dengan encik suami saya

Image
Semalam saya mencuba satu resepi baru.. "burger Malaysia"...
saya ambil resepi dari fotopages kawan yang pernah tinggal di Islamabad, dan kini dia di Dublin.
Terasa sangat terliur melihat gambar yang dipamerkan di fotopages dia tu.. dan saya pun mahu mencubanya!

Setelah menyalin resepi, saya menyuruh encik suami membeli beberapa bahan untuk saya membuat kuih itu. Dan dengan terujanya saya mahu mencuba menguli doh roti burger. Sambal bilis telah saya buat semasa memasak nasi lemak. Makin mudahlah kerja saya. Cuma membuat roti burger dan letakkan inti sambal bilis serta sedikit hirisan timun di dalamnya.

Semasa saya mahu menguli doh roti burger, encik suami cuma melihat dengan reaksi yang pelik. Lalu dia pun berkata, "macam tu ke you uli?"
dan saya membalas dengan bangganya, "yup, this is my first time in my whole life i menguli tepung dengan tangan"
Dia pun pergi meninggal dapur dan membiarkan saya menguli..

Setengah jam selepas saya membiarkan adunan yang…

Anak islamabad

hello again!

memandangkan entri yang lepas saya sudah meluahkan kerisauan saya dan dilema saya... akhirnya saya telah menemui jalan yang saya kira itulah yang paling baik setakat ni...

saya akan bersalin di Islamabad... inshaAllah... harap dipermudahkan semuanya...
dan saya akan import mama saya datang ke sini untuk jaga saya lepas bersalin nanti.. yay!!!
mama saya setuju je.. syukur.. dapat mama yang best lagi sporting.. tenkiu2.. love u mum.. :)

dan encik suami tak perlu lagi risau tentang berjauhan dengan anak kesayangannya itu.. cik embun.. cewah, padahal umminya pun tak sanggup nak pisah lama2 dgn encik suami.. nanti kelam kabut dibuatnya, mana nak tgk embun, mana nak tgk adik si embun.. dan mama sy tak lah penat sgt nak tgk dua cucu sekali gus kan...

semoga segalanya berjalan lancar... dan dipermudahkan olehNya... amin...
er, sakit nak bersalin sama je kan kat mana2 pun? ;p

saya harus kuat! chaiyok!!!!

dilema

Skang kandungan aku dah nak masuk 5 bulan.. Bulan depan masuk 6 bulan.. Bermakna aku ada sebulan je masa untuk menentukan kat mana aku harus bersalin..

Malaysia@shah alam atau di islamabad??

Kalau nak naik flight, kena sebelum kandungan aku 7bulan.. Jd bulan depan je penentunya!!! Huuu..

Kalau bersalin di malaysia,
Mama ada jaga
Ada tukang urut

Tapi,
En suami takde,
Kemungkinan dia tak balik masa aku bersalin dan aku terpaksa tgk embun dan adiknya.. Mampu ke aku?
Dulu yg mandikan embun baru lahir pun ayahnya...
Kos nak balik malaysia sgt mahal.. Pergi sahaja dalam RM2000 lebih.. Bayangkan tambang en suami kena bayar kalau dia kena ulang alik malaysia-pakistan... Huhu.. Laki aku bukan jutawan..

Kalau bersalin kat pakistan,

Kos rawatan ditanggung..
En suami ada tgkkan embun sementara aku jaga adiknya..

Tapi... Takutnya lah bersalin kat negara pakistan yg serba -teet- !! Hm, Dan sape nak urut aku lepas bersalin nnt? Hmmm...


[Posted with iBlogger from my iPod touch]

Berbunga riang, senyum sampai ke telinga

Cewah, tgk title je mesti orang dah tertanya2.. kenapa gembira sgt nih?

hehehe...

sebabnya... saya telah jumpa cinta hati baru.. waka waka!! ceritanya begini, masa tengah borong dvd, jumpa la satu dvd yang tengah hot kat pawagam kat Malaysia. Masa balik hari tu tak sempat pun nak pegi tengok wayang.. rasanya lebih dua tahun kot aku tak tengok wayang... last sekali tgk wayang masa pregnantkan si embun.. masa tu kandungan baru beberapa minggu..lepas dari tu, terus dah tak pegi panggung wayang lagi..

Citer apa ek? cuba teka lah!!!

takpe2, tak perlu fikir panjang, meh saya kasi tahu je... cerita "Eclipse" lah!!!

Tahun lepas, masa balik konvo, aku ada belikan Twilight SAGA utk my sister- cik Aeney...
beli 4 biji buku tak sampai pun RM150.. dalam rupee lebih kurang RSs3475.. kalau nak lagi accurate, dalam RM133 .. Masa belikan buku utk Cik Aeney, aku takde lagi minat nak baca buku tu.. Sebab aku tgk tebal sgt, tgk DVD je lah...

So aku dah follow citer Twilight, New Moon dan separuh je ci…

wuduk with soul

Sekadar nak share sedikit ilmu yang ada, sekadar nak peringat diri sendiri dan sekadar nak kongsi pandangan, kali ni aku nak citer skit lah pasal wuduk.

Wuduk atau dengan nama lain mengambil air sembahyang.. Satu kewajipan sebelum nak menunaikan solat. Kalau takde wuduk tak sah la solat kite. Betul tak kawan2? Hehee

Point aku yang sebenarnya adalah cara kita berwuduk tu.. Bagi aku, mestilah dengan hati yang kusyuk! Bukan sahaja solat kena kusyuk, tapi dengan berwuduk pun hati kena kusyuk. Sebab tu ada yang mengatakan adab berwuduk, kita tidak boleh bercakap2 smbil mengambil wuduk. Kerana dikhuatiri mengganggu kekusyukkan kita dalam berwuduk.

Em macam mana nak kusyuk wuduk ni?

Pertamanya, niat dengan hati yang ikhlas..

Bila membasuh muka, niatkan ke dalam hati bahawa ,
Semoga kita menjadi orang yg soleh yang terpancar di mukanya..
Beristighfar atas segala kesalahan yang dilakukan oleh anggota muka seperti mata,hidung, dan mulut.
Mata- adakah kita telah melihat sesuatu yang berdosa? Ist…

Botol susu

Sekarang Embun sudah ada 5 batang gigi. pertumbuhan gigi dia agak lambat jika hendak dibandingkan dengan sepupu2nya yang lahir pada tahun yang sama. Sekarang nak tumbuh lagi satu, bermakna akan ada enam batang gigi..

Sejak ada gigi ni memang senang nak menyuap dia makan. Dia akan makan apa sahaja yang disuap, bila dia tak suka rasa makanan tu, dia akan buang semula. Jadi agak mudah untuk travel bersama si kecik ni sekarang kerana aku tak perlu lagi menyiapkan bubur untuk dia. Nasi pun dia dah makan sekarang.

Cuma yang merisaukan aku sekarang, bila menyusu badan, kadang kala dia akan menggigit!!! ouch!!! sakitnye Tuhan aja yang tahu. Sampai kadang aku boleh naik meradang dan merajuk dengan si kecik ni. hahaha.. memang menguji kesabaran bila jadi seorang ibu, tambahan pula 24jam melayan karenah si dia. Mujurlah aku sendiri yang mengasuhnya dari kecil. Tak dapat aku bayangkan jika pengasuh yang menjaganya. Sabarkah pengasuh itu? takut dia mengapa-apakan si kecik bila dia ligat bermain dan …

Pregnant kali ni...

Salam...

Pejam celik dah hampir setahun lebih kami di Islamabad ni dan lagi 162 hari je lagi aku bakal menimang cahaya mata yang kedua.. jen jen jeng.... berdebar sungguh bila teringat saat2 nak bersalin tu.. boleh tak nak mengandung je, tapi yang bersalin laki aku? hahaha..

Sekarang ni dah masuk second trimester, Alhamdulillah, setakat ni takde apa2 lagi masalah selain loya2 masa awal2 minggu pregnant tu dan sedikit urine infection.. ohoho.. kencing kotor la.. tapi itu adalah masalah normal bagi perempuan hamil, jadi saya takla risau sgt.. (ye ke??) .. apa pun syukur alhamdulillah kali ni tak rasa lembik, tak banyak problem cam bleeding or wat so ever.. setakat ni la.. hm, kadang sampai aku boleh terlupa yang aku ni mengandung.. hohoho

Memang berbeza betul pregnant kali ni sebab masa mengandungkan cik embun dulu,
1. saya tak suka gosok baju
2. saya tak kisah penampilan saya selekeh
3. saya cepat penat dan marah2
4. saya suka makan makanan manis
5. sgt suke minum nescafe ais
6. pernah bleedin…

After a long break..

Image
Hi, i'm back!

break? hehe.. aku pun ada cuti da... sape kata housewife takde cuti? seronok sekali kerana dapat cuti lama.. 3 minggu!!! tak payah masak, tak payah buat keje rumah, relaks2 je, jalan2, shopping2, hehehe.. shopping sakan... beli benda2 yang tak wujud di Pakistan ni.. hoho.. apa lagi, stok makanan untuk bulan puasa nanti lah! dan sedikit baju untuk anak dara saya ni. hehe..

cuti saya pegi mana? cuti ke kampung sendiri lah! balik Malaysia!!! syok..... sampai tak sedar masa berlalu dengan begitu cepat.. dan sekarang aku di Pakistan semula.. huhu.. back to my routine la... boring life... :(

enjoy some pic of cik embun di Malaysia.. hehehe

budak takut air..

suke sangat dapat pegi shopping mall..


Embun with tok mama

Kepada yang membuat tempahan kain

Salam..

Kepada kawan2 yang telah membuat tempahan kain dengan saya, amat berterima kasih saya ucapkan...

dan saya akan sampai di Malaysia 12 June 2010.. jadi sila hubungi saya untuk menuntut kain masing2 ya...

saya masih menggunakan num lama... 013-273_ _ _ 6 tu...
okay? nanti kita jumpa kat mana2 dan bolehla dapat kain tu dan membuat bayaran sekali.

c u!! :)


p/s: syok nye balik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Cotton lagi!

Image
Atas permintaan ramai sekali lagi cotton ditawarkan, anda boleh menempahnya secara online sekarang! Walaubagaimana pun, tawaran ini hanya dibuka kepada rakan-rakan dan saudara-marakepada Mawar Nafastari & Nafastari sahaja. Harap maklum.

Tempahan boleh dibuat di ruangan comment di bawah. Siapa cepat, dia dapat! Tempahan dijangka akan tiba di Malaysia pada pertengahan JUNE 2010. Fabrik yang telah ditempah akan disahkan oleh kami dan akan segera ditandakan sebagaibooked(instead of available). Bayaran boleh dijelaskan semasa barang diterima nanti.

Kurta = baju tradisional Pakistan, juga boleh dibuat baju kurung.
Syarwal = seluar, juga boleh dibuat kain untuk baju kurung.
Dupatta = selendang besar, ukurannya sama besar dengan fabrik bahagian Kurta.


COTTON PAKISTAN

040 (booked- sofiah)
3 pcs (Kurta + syarwal+ dupatta) RM55.00


041 (available)
3 pcs (Kurta + syarwal+ dupatta) RM95.00


042 (booked- sofiah and aifa)
3 pcs (Kurta + syarwal+ dupatta) RM50.00


043 (available)
3 pcs (Kurta + sya…

Tempah Cotton & Chiffon Sekarang!!!

Image
Cotton kembali dan kali ini bersama-sama dengan chiffon, anda boleh menempahnya secara online sekarang! Walaubagaimana pun, tawaran ini hanya dibuka kepada rakan-rakan dan saudara-marakepada Mawar Nafastari & Nafastari sahaja. Harap maklum.

Tempahan boleh dibuat di ruangan comment di bawah. Siapa cepat, dia dapat! Tempahan akan tiba di Malaysia pada pertengahan JUNE 2010. Fabrik yang telah ditempah akan disahkan oleh kami dan akan segera ditandakan sebagaibooked(instead of available). Bayaran boleh dijelaskan semasa barang diterima nanti. Terima kasih, selamat menempah! ;-)

Kurta = baju tradisional Pakistan, juga boleh dibuat baju kurung.
Syarwal = seluar, juga boleh dibuat kain untuk baju kurung.
Dupatta = selendang besar, ukurannya sama besar dengan fabrik bahagian Kurta.


COTTON PAKISTAN
020 (booked by Emma)
3 pcs (Kurta + syarwal+ dupatta) RM75.00



021 (available)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM40.00



022 (available)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM40.00



023 (bookedby Sofiah)
2 pcs (Kurta + syarwal)…