Posts

Showing posts from July, 2009

Ketam saya suka!

Image
Sup Ketam simple Hari ini aku dah kehabisan idea nak masak apa, tambahan pula, dgn bahan yg limited, kontena blum smp, jadi hanya da bahan2 asas sahaja. Cara2 memasak sup ketam adalah seperti berikut: Bahan-bahan 1. ketam dibelah dua - ikot suka nak byk mana 2. 3 ulas bawang merah - dimayang 3. 2 ulas bawang putih - diketuk 4. sedikit halia - diketuk 5. stok ayam 6. daun bawang - dipotong 7. garam - sesedap rasa 8. air - ikot byk mana sup anda mahu Cara-cara Masukkan kesemua bahan dan tunggu hingga didih, baru masukkan daun bawang. Siap! Simple tak?;p

Cerita Sebelum Selepas dan Sekarang Vol 2

SELEPAS

Selepas aje bersalin, aku turun darah dengan banyaknya.. Doktor dan nurse panik waktu tu. Laki aku plak dah keluar bawak baby ke wad bersalin. Aku dalam keadaan separuh sedar.. Aku dapat rasa yang doktor muda yang sambut kelahiran baby aku panggil doktor senior untuk pantau keadaan aku. Tiba2, aku rasa macam perut aku dikorek2.. Sakit sangat tuhan aja yang tahu. Kemudian perut aku ditekan2 sbb mereka nak keluarkan semua darah supaya takda lagi darah yang tertumpah. Aku sangat lemah dan sakit waktu tu. Lebih sakit dari keluarkan baby. Kemudian sesi jahitan pun dibuat. Mujur aku kena jahit sikit je, tapi tetap berasa.. phobia!


Lepas kena jahit, aku kena pantau selama 3 jam di bilik bersalin tu. Aku dalam keadaan separuh sedar lagi. Kadang aku tertidur dan mimpi kena korek lagi perut aku. Seriau, jadi macam mimpi ngeri yang tak sudah2.. Dalam tidur pun terasa sakit sangat kena korek dan jahit.. 3 jam kemudian, aku dihantar ke wad. Dua jam aku di wad, nurse suruh aku bangun ke tanda…

Cerita Sebelum, Selepas dan Sekarang

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal ni, tapi asyik tergendala je sbb ianya memerlukan mood dan masa yang agak sesuai untuk aku tulis pasal ni. Em pasal apa ye? jen jen jeng... sapa boleh teka? aku nak cerita pasal apa? For the intro, aku flash back skit cerita dulu2,

waktu tu aku di tahun 3 semester kedua kat universiti. Sebelum aku bertunang, seorang kawan aku- 'makcu' bertanya kat aku;

makcu : er, ko dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab nanti? ko pasti nak kawin?
aku : yep, pasti! (dengan yakinnya.. hehe)
makcu : ko dah ready nak jadi seorang ibu? melahirkan anak??...
aku : inshaAllah, semua org kahwin pasti nak anak kan? :)

dan.. yess, alhamdulillah, makcu, i made it!
now i am a mother!
dan... skarang aku nak share pengalaman aku menjadi ibu. :)

SEBELUM

Sebelum bersalin, atau lebih tepat aku bole kata, masa mengandung lah, macam2 alahan aku kena dan telah pun aku tulis kat blog ni kat entri yang dulu2. Kena plak duduk hospital masa aku mengandung 7 bulan sbb placenta previa.Ha…

All Time Fav Cartoon.

Image
My little Embun dah genap 3 bulan hari ini.. Sekarang ni dia dah pandai tengok tv. Kalau kami pasang tv, mesti budak kecik ni akan dengan kusyuknya tengok skali. Hehe.. jadi kadang2 aku pasang channel Nickelodeon. Channel ni all time fav channel aku masa aku kecik2 dulu. Well, takla kecik sgt, tapi zaman teenager dulu2..

Hari ini tiba2 aku terlayan cerita kartun 'Rugrats'.. cerita kartun yang aku mmg tak penah miss masa aku tingkatan satu dulu. Masa tu bahasa inggeris aku tak terer mana. skang ni nak kata terer pun takla, tapi masa tingkatan dulu, bila tengok kartun bahasa inggeris pun bukan paham pun apa dia kata. cuma rasa seronok tengok gambar2 yang colorful.

Episod kali ni tentang "The Stork".. Bila dah paham bahasa ongputeh ni seronok plak layan kartun. sebab rupanya kelakar la kartun ni. Episod ni pasal budak nama Angelica ni curious tentang mana datangnya baby. Dia tanya parents dia, "where the baby came from?".. then mak ayah dia pun tak tahu nak expl…

Basikal

Seingat aku, aku mulai ada basikal masa umur aku 4 tahun. Masa tu mama aku belikan basikal warna pink, ada bakul kat depan dan ada dua roda kat belakang. Disebabkan aku terlalu nakal masa kecik, aku cepat2 nak cabut roda kat belakang tu. konon2 dah terer naik basikal roda dua je. hehe..

Insiden jatuh basikal terlalu banyak kali sampai aku tak ingat dah berapa kali. Tapi yang paling aku ingat, aku naik basikal dengan jiran aku nama dia 'uda'.. (dia sebaya dengan abang aku). aku duduk dekat belakang, dia bawak pastu tetiba jatuh. Habis betis aku kena rantai basikal tu dan kaki aku tersangkut dekat roda belakang. Sampai sekarang parut jatuh basikal masih ada. :)

Kat sini aku nak citer betapa berjasanya basikal kepada aku. Waktu tu aku darjah 6, masa tu jadual harian aku sangat penuh. Pagi pegi skolah kebangsaan, petang sekolah agama, lepas balik sekolah agama, aku kena pergi kelas mengaji, then aku ke pusat tuisyen. Haha.. masa kecik2 dulu, hari minggu je aku dapat main. (walhal, k…

Ummi Nadaa

Image
time ni kena admit kat hospital sbb placenta previa. masa tu dah prepare dah nak kena bedah12 April 2009. Berdebar dah masa ni.. huhu

Alhamdulillah, kuasa Allah mengatasi segalanya.. aku selamat melahirkan Embun dengan normal pada 15 April 2009. Masa tu macam tak percaya dah jadi ibu, feel like crying. Bau Embun sangat wangi saat pertama kali aku mencium dia di bilik bersalin.. Subahanallah.. Saat menyusukan dia buat kali pertama pun tak tergambar perasaan.. Now i know how my mother's feeling towards their children.. So sayaaaang !! ;-)


Saat di kampung Bari Besar, sedih juga time ni sebab last time nak spent masa dengan keluarga mertua before leaving to Pakistan. Masa in tengah nak mandikan Embun si comei.. hihi..comei kan dia? ;p
Embun bersama2 sepupunya Muhammad Rafiq( yang lahir dua hari lebih awal dari Embun) baru lepas mandi. Rafiq anak Umi Nurahadi, mungkin skang dah kena tukar jadi Nurafiqhadi kot?! hehe...
waktu ni di Shah Alam rumah mama saya.. Dalam gmbar kat atas ni kawan2 …

Kesian kulit aku...

air di sini tidak sebersih di malaysia, air dekat paip rumah nmpak pada luarannya macam ok je, macam jernih, bersih.. tapi bila dibiarkan di dalam baldi, kita akan nmpak kesan minyak macam terapung skit dan ada pasir di bawah baldi (walaupun baldi itu sebelumnya takde pasir) tersangatlah geli dan rasa kotor bila tgk air macam tu. tapi nak buat macam mana. itu aja sumber air yang kami ada. itu pun setelah ditapis, masih ada kotoran juga. kami di sini terpksa membeli air mineral untuk masak air, atau masak apa2 makanan. tak boleh guna air paip la nak masak air.. sbb nanti confirm kena malaria. Di sini mereka menganggap malaria itu satu penyakit yang normal. kalau kat negara kita, malaria tu dah kira kronik juga la.. huhu.. pakistan oh pakistan..

air paip kat sini juga ikot musim.. bila panas, air yang mengalir pun jadik panas.. tapi bila dibiarkan buka lama2, akan jadi suhu normal semula. huhu.. masa ni la baru nak menghargai air. bila di negara sendiri tak pernah sedar kepentingan air y…

Kunjungan ke Faisal Mosque

Image
Faisal Mosque sangat berdekatan dengan rumah kami rupanya.. tak sampai 5 minit naik kereta boleh sampai ke sana. Selepas en amad solat maghrib di masjid berdekatan kawasan kejiranan kami, dia pun mengajak aku dan Embun ke Masjid Faisal. Dia teringin nak solat isya' kat sana dan aku pula teringin juga berjemaah di sana. tapi aku terlupa yang sekarang kami dah ada anak kecil. jadi, hasrat untuk berjemaah sekali tak jadila..

Di masjid tu ramai sangat pengunjung. bole ke aku panggil pengunjung? sebenarnya lebih banyak orang jalan2 melihat masjid dari berjemaah bersama. sebab itu aku kira mereka tu macam pengunjung je. Dah habit orang Pakistan berkhelah dan melepak di atas rumput, makanya tidak peliklah jika kami sampai, kami lihat ramai yang duduk berkhelah dan melepak di atas rumput berhampiran masjid tu. Kebanyakkan orang yang datang ke masjid tu biasanya orang yang luar dari Islamabad. Mereka juga bangsa Pakistan cuma berlainan daerah. Jarang pelancong asing datang ke sana.

Malam itu…

Embun's fav song :)