Posts

Showing posts from March, 2012

Peristiwa Ahad, minggu kedua bulan Mac

Pada suatu hari ahad, saya dan anak-anak keluar sarapan pagi di pasar pagi di Shah Alam. Kami menyinggah di gerai ‘char keow teow’ dan saya telah berjanji dengan dua orang sahabat saya, Fila dan Wan untuk sarapan bersama-sama. Kami berjalan-jalan untuk mencari kasut dan tudung di gerai pasar pagi itu.
Tiba-tiba, saya ternampak kasut yang sangat cantik. Saya mengambil keputusan untuk membelinya.
Selepas itu, kami berjalan lagi ke gerai-gerai yang lain. Kami menyinggah pula di gerai tudung, dan saya mendapati bahawa plastik kasut yang dibeli oleh saya sebentar tadi tiada di tangan saya. Puas saya mencari namun bukan rezeki saya untuk memakai kasut itu. Kasut itu hilang entah ke mana.
Oh my! I have to stop writing like budak sekolah buat karangan… dah tak pandaila tulis macam buat karangan masa sekolah dulu2…
Okay, berbalik kepada cerita di atas, kesimpulannya, ahad yang lepas saya balik Shah Alam dan pergi pasar pagi or “carboot sale” di seksyen 13.. beli kasut, tiba entah macam mana kasut …

Embun, Nampak ayah tak?... wawa??

Sudah setahun dia meninggal dunia… namun segala ingatan dan kenangan tentang dia masih lagi segar dalam hati dan ingatan mawar…hati ini tidak pernah berhenti menyintai dia.. malah setiap hari semakin tebal rindu aku padanya…
Allah hadirkan dia dalam mimpi aku semalam yang merupakan genap setahun pemergian dia…syukur, Alhamdulillah..Subahanallah, Dia yang lebih mengetahui rahsia alam ghaib, sedangkan kita manusia biasa hanya mempunyai ilmu yang sedikit tentang ilmu ruh….
Allah berfirman dalam surah Al-Israa', ayat 85. Yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

pertemuan dengan dia di dalam mimpi itu sudah cukup buat aku rasa bahagia sekali… Alhamdulillah, walau ianya Cuma mimpi…
Aku mimpi dia datang menyelamatkan aku dari seorang lelaki yang mahu dekat dengan aku...nafastari memegang tangan aku dan berkata kepada lelaki itu, “inilah isteri saya…