Posts

Showing posts from August, 2011

Baju raya

Image
Tahun 2008 pertama kali  beraya bersama suami tercinta


Tahun  2009 pertama  kali beraya bersama Embun, dan raya di perantauan..

Tahun  2010 lepas kami beraya di perantauan juga..tengah pregnantkan Kekwa 6 bulan...sekeluarga berbaju kelabu hitam...

Dan tahun ini..dah plan nak beraya kat Malaysia.. dah 2 tahun tak balik raya, jadi nafastari sempat membelikan kain untuk dibuat baju raya untuk kami berempat.. kami beli material di Faisalabad, Pakistan januari lepas.. saya yang memilih warna tema keluarga kami tahun ini... dan warnanya.."blue black"... asalnya saya mahukan kelainan, kononnya mahu nampak elegant and simple dengan warna blue black.. rupanya ianya warna kami berkabung tahun ini... huwaaaaa.....
Raya dah tak best.... huhuhuhu... tahun ni pertama kali embun menyambut raya di malaysia... dan pertama kali juga bagi kekwa... tapi pertama kali juga untuk kita menyambut tanpa ayah... nanti kita jumpa ayah kat kubur ya... ummi harap ummi dapat control emosi ummi bila ziarah ku…

“rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ”

Membaca artikel ini dan inibenar2 menginsafkan dan menyuntik semangatku untuk terus hidup di dunia yang sementara ini...

apalah sangat dugaan dan ujian hidupku ini jika dibandingkan dengan kehilangan yang pernah Rasulullah alami.. Beliau harus menghadapi kematian demi kematian orang yang disayanginya...namun beliau tetap hidup dengan hati yang penuh juang.. berjuang demi kita! umatnya...

Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  
kisah-kisah rasul yang ada bukanlah cerita dongeng tapi cerita benar yang penuh dengan hikmah. Setiap kejadian masa lalu dijadikan iktibar buat kita hadapi hidup kini.

“rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!

"Kamulah isteri saya yang TERBAIK dalam 13 orang isteri saya"

Sudah menjadi kebiasaan si isteri akan mencium tangan suami bila suami hendak pergi kerja dan pulang kerja.. namun ianya tidak biasa bagi pasangan Mawar Nafastari.. hahaha.. pelik ke? ianya benar.....
sebab apa saya berkata macam tu? setiap kali nafastari hendak ke pejabat, pasti saya akan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia,  namun sebaliknya akan berlaku!
bila saya menghulurkan tangan nak salam cium tangan dia,dia akan kata, "alah, tak payah nak jadi typical malay, salam cium tangan suami.." dan dia  terus sambut tangan saya dan cium tangan saya dahulu.. hehe..
Saya juga jarang masak sarapan untuknya.. kadang rajin buat, kadang malas juga.. teruk betul saya ni.. hihi. kadang sarapan dah terhidang atas meja, dia akan kata. "eh, i dah lambat...tak sempat nak makan.. bye.." hm... selalunya begitula.. dan saya akan jadi hampa.. sediakan sarapan dan akhirnya dia tak makan pun...tapi kadang-kadang juga saya sengaja bekalkan sarapan buat dia untuk dibawa ke pejabat…

Ramadhan bersamanya

Syukur dapat berpuasa kembali bersama keluarga yang telah membesarkan aku...namun jauh di sudut hati rindu yang amat menebal kepada suamiku Wan Ahmad Fadzil bin W.Mohd.....
Rasanya tidak lengkap hidup ini tanpanya di sisi.. terasa hambar, kosong dan sarat dengan kerinduan... Tapi aku harus terus berdiri dan berjalan di bumi ini dan meletakkan dia di dalam hati.. sentiasa di dalam hati aku... Kadang rasa nak rebah, dan tidur lama-lama untuk melupakan perasaan yang sarat dengan rindu ini. Aku tidaklah seperti dulu, mungkin luarannya ceria depan ibu bapaku, saudara mara, anak-anak... hatiku menangis rindukan kehadiran dia, gelak tawa nya, lawak bodohnya, nasihatnya, bebelannya...
Dua tahun kami berpuasa dan beraya di perantauan.. jauh dari keluarga, namun itulah nikmat yang Allah berikan padaku dan dia.. "nikmat privacy" untuk kami habiskan masa sebagai suami isteri di dunia ini. Teringat ramadhan yang kami sambut bersama-sama dengan solat jemaah bersama-sama, masak bersama-sama..…

Nuffnang di blog

Ada beberapa readers tanya kenapa saya tak letak iklan nuffnang or google adsense kat blog saya ni kan? hihihi...
sebenarnya saya PERNAH letak dulu-dulu.. zaman blog saya takde siapa pun baca, atau mungkin ada pembaca, tapi silent reader je.. jadi masa tu jugak saya tak berapa faham macam mana nak letak nuffnang dan kegunaan dia.. lama-lama saya faham dan saya rasa tak sesuai pula blog saya letak nuffnang kerana 
saya tak ramai readerstajuk2 yang dikongsi kebanyakan hal biasa2,untuk kongsi ilmu dan pengalaman tak mahu la ambil apa2 keuntunganlepas pada saya dah fikir dulu tu, saya pun buang iklan tu dari blog saya..
kemudian sekarang ni saya tengok ramai pula yang letak kat blog mereka, tak salah pun sebenarnya, tak rugi apa pun malah menguntungkan mereka. :)
cuma, pendapat saya berlainan sedikit dari orang lain.. biarla kamu mahu kata saya ni pelik atau apa, haha...saya rasa mawarnafastari tak sesuai diletakkan iklan2 segala,atas sebab2 yang saya masih pegang di atas.. cuma mungkin follow…

Rela, Redha dan Harapan

Rela
Dirimu diambil dan dipulangkan padaNya yang berhak ke atas dirimu... kepadaNya yang menciptakanmu, kepadanNya yang memberi hati, ruh dan jasad kepadamu, KepadaNya yang telah menyatukan hati mu dan hati aku, KepadaNya yang menulis segala perjalanan hidup manusia.
Redha
Pemergianmu ke tempat menunggu, tempat disoal segala amalan, tempat terhentinya dosa namun masih ada pahala yang mengalir untukmu bagi yang mendoakanmu, amalan baik semasa hidupmu, sedekahmu yang kamu berikan pada yang memerlukan kerana Allah Taala. Redha pengakhiranmu di dunia ini sebagai suami dan ayah yang terbaik untuk diriku dan anak-anakmu.
Harapan
Disatukan kembali di alam itu, disambut dengan pelukan erat olehmu. Diberi kehidupan syurga yang abadi, bersama-sama menjaga amanah yang diberi.
*tidak salah mengharapkan syurga, namun takutlah jika diberi neraka...

Kerongsang Marwa

Image
*Tolong promote
SIAPA BERMINAT, BOLEHLAH MSG ATAU HUBUNGI ROMIZI.. (abang sulung saya)

Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku

Tertarik dengan penulisan seorang sahabat di blognya, pengisian yang penuh bermakna..
memetik ayat di blognya,

Cinta pada bunga, bunga akan layu
Cinta pada manusia, manusia akan mati
Tapi cinta pada Allah adalah
Cinta yang kekal abadi


Benarlah, cinta yang kekal abadi itu hanya cinta hamba kepada Tuhannya.. Saat di mana kita lahir ke dunia, kita sudah kenal cinta Allah.. dan saat kita mati dan akan dibangkitkan semula, hanya cinta Allah yang akan menjadi penolong kita. 


*moga2 hubungan kita dengan Allah sehari-hari semakin dekat, dan selalulah hubungiNya di talian 24434, free of charge!, extra panggilan tekan 2, boleh contact lama2 skit.. ;)

Permata hati bongsu Mawar

Image

job... where r u?

bila agaknya saya dapat kerja ni ye... hmm.. sedihnya hari2 duk menunggu panggilan... bukan takde panggilan, yang dapat, transport pula masalah... yang ditunggu2 takde panggil pula.. huhu... kalau lepas raya ni takde jugak panggilan, i kerja part time kfc depan rumah ni je la dulu.. hukhukhuk...
jom main kira-kira dengan saya!
kos pengangkutan saja sudah lebih rm20 kalau dikira2 untuk ke tempat kerja yang saya dipanggil..di kawasan perumahan saya tiada bas untuk ke stesen komuter, terpaksa naik teksi.. ke stesen je rm8, naik komuter rm2.10 ke sentral, kena pula tukar lrt ke.. rm2.00 lagi.. pergi balik dah berapa?  bayangkanlah rm24.20 x 21 hari bekerja.. dah rm, cmpur kalau anak2 nak kena tinggal lagi. kalau taska rm300 seorang.. dah rm600 di situ.. 
Tok mama kan ada? aih... memangla tok mama ada, tapi tok mama saya berusia 63tahun, sudah uzur, nampak sihat,lepas raya ni nak operate mata dan telinga pula.. dan sekarang ni dia sakit2 lutut, orang tua, larat mana lah sangatkan nak jaga bud…

Istanbul destinasi impian

Nafastari berhajat untuk membawa kami sekeluarga bercuti di Istanbul bulan April tahun ini.. Kami sudah merancang untuk ke sana bercuti dan menyambut ulangtahun kelahiran Embun di sana. Kita manusia hanya mampu merancang.. Tuhan yang menentukan segalanya buat kita.. Nafastari dijemput pulang bulan Mac.. dan impian kami ke Istanbul terkubur namun kekal dalam memori anganan mawar dan nafastari...
Semasa kami balik bulan Februari yang lepas, kami sempat menonton movie "Le Grand Vogaye" bersama abang sulung saya di rumah kami di Shah Alam. Saya dan nafastari amat teruja menonton cerita itu.Cerita itu mengenai seorang anak terpaksa membawa kereta menemani ayahnya dari negara Perancis ke Kota Makkah. Dalam perjalanan itu, mereka singgah di negara Turkey.  Rasa seperti di bawa-bawa ke negara yang kami idamkan itu.  Selepas habis menonton cerita itu, nafastari berkata kepada abangku , "thanks bro kerana membawa kami ke Turkey!".. :)
Saya dan nafastari sampai juga ke Turkey b…

Kekwa

Image
Rasanya sudah lama tak update cerita pasal anak-anak.. asyik melayan perasaan je, kesian pula progress anak-anak tak ditulis di dalam blog ni.. 
Embun dan Kekwa, maaf ye, ummi dah lamaaaaa tak cerita pasal perkembangan kamu di blog ni.. lagi2 Kekwa... 
Kekwa sekarang dah masuk 8 bulan.. cepatnya masa berlalu kan.. biarlah cepat lagi dan cepat lagi...Kekwa dah pandai merangkak, duduk dan berdiri pegang2 almari atau kerusi. Belum lagi meniti.. sikit lagi dah boleh jalan la tu.. hihi.. Selalu juga masukkan dia dalam walker, laju je dia drive walker dia tu.. kalah ummi yang drive kereta lembu ni.. hihi...
Kekwa beruntung sebab lahir2 dah ada kawan nak main, Embun sangat sayangkan adik dia.. kalau bangun je tidur, takde adik dia terus tanya "wawa, mana wawa?" sampai cari bawah selimut semua.. hahaha.. comel je! walhal Kekwa ada kat bawah dengan tok mama dia.. hihi..  Kekwa ni kuat makan dan kuat menyusu.. dalam bulan puasa ni agak mencabar skit la ummi dia menyusukan dia.. kalau kit…

Saat paling bahagia

Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?“

Suaminya memandang muka isteri dan berkata ” Saat itu belum terjadi lagi.. “

Si Isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”

Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya ‘Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga
.”
*kiriman sahabat saya


Hidup dan pilihan

setiap hari dalam hidup kita kena buat keputusan dan mempunyai banyak pilihan.. contoh mudah, memilih untuk makan apa untuk sarapan pagi.. dan keputusan haruslah dibuat.. akhirnya memilih untuk minum kopi dan makan roti..

itu dalam aspek kecil, jika dilihat aspek yang lebih besar, kehidupan adalah satu pilihan. jalan mana yang kita mahu ikut?... memikirkan baik buruk sesuatu pilihan itu menentukan keputusan yang akan diambil oleh kita.

hey! apa yang aku merapu ni??...

haha... saya cuma buntu kerana harus memilih dan membuat keputusan dalam hidup saya dan anak-anak.
Dulu mungkin i just go with the flow, tapi sekarang setiap tindakan haruslah difikirkan sebaik2 nya.. sungguh ini hanyalah permulaan untuk hidup saya yang baru ini..




Missing Pakistan

Image
Rindu rasanya kehidupan di Pakistan.. siapa sangka saya akan merindui negara yang kami selalu kutuk itu.. hahaha...walaupun negaranya banyak kekurangan berbanding negara kita, namun negara itu telah meninggalkan kenangan yang paling manis dalam hidup kami sekeluarga..
Tuhan itu Maha Adil, Dia beri kami 2 tahun hidup di negara asing, supaya kami dapat mengenal budaya, cara, pemikiran dan merapatkan lagi hubungan suami isteri antara mawar dan nafastari. Dan saya sikit pun tidak menyesal mengikut dia bertugas di luar negara, malah saya amat bersyukur! walaupun saya terpaksa korbankan impian saya satu masa dulu. Saya sanggup buat apa saja demi keluarga saya. Tempat isteri di sisi suami.. :)
Saya dan nafastari amat gemar berjalan-jalan. Kami suka melihat keindahan alam yang Tuhan ciptakan, kami suka mengenal budaya orang dan cuba untuk memahami fahaman mereka. apa yang dapat saya simpulkan, mereka (pakistan) sangat unik dan aneh! hehe.. Apa pun, saya amat merindui kehidupan di sana. Kehidupa…

Kepada "Aku" si pembaca blog saya (Vol. 2)

Aku,

terima kasih kerana berterus terang kembali,
walaupun tidak memberitahu identiti kamu..

mungkin benar kata kamu,
saya melatah dengan cepat sekali,
tapi tahukah kamu,
saat saya membaca'motivasi' yg kamu berikan itu
sungguh mematahkan hati saya yang lemah ini?

namun hati manusia senang lembut semula bila ucapan 'maaf' di ucapkan.
saya maafkan kamu..
niat kamu untuk membantu, tapi kurang tepat pada masa dan waktunya..

sudah2lah, habis sudah kisah Aku ini..
dia datang untuk memberi matahari yang "panas" untuk membangunkan mawar yang layu..
:)

Aku, siapa pun kamu,
saya tahu niat kamu baik, tapi gunalah ayat yang lebih sopan lain kali ya!
dan maafkan saya jika saya pun mengguris hati kamu.


*Korang!
jangan risau,
mawar ok la! ;)
jangan tuduh menuduh, kata mengata lagi k..
bulan puasa ke tak bulan puasa... tak baik kan..



HR di pejabat bertingkat 80+ (vol.2)

Dear HR,

thank you for calling me and giving me the opportunity for next stage..
;)

*hoping for the best

Embun dan Kekwa

Embun: mana wawa??....
Ummi: tu wawa, wawa duduk...
Embun: yay!.. wawa.. (sengeh2 tengok adik dia dah boleh duduk)
Ummi: wawa, say hi to kakak..
Embun: hai...
Wawa: ha.........ha...........


hahahahaha... comelnya budak2 ni.. syukur atas anugerah Allah ini..
*sayang, anak kita dah makin besar...

Kepada "Aku" si pembaca blog saya

Aku, siapa kamu ya?
tinggalkan jejak di 'chat box' tanpa meninggalkan nama sebenar mahupun emel atau link url..
dan juga meninggalkan guris yang agak mendalam dalam hati saya...

Kalaupun saya ini manja, makan duit pencen suami, syukur, rezeki Allah beri...
ada saya susahkan kamu?

Apa maksud kamu dengan menangguh2?
Adakah kamu pernah berada dalam keadaan saya sekarang?
kalau pernah, mungkin cara kamu dan saya berbeza, asalkan saya harap aqidah kita tetap terjaga...
Kalau kamu belum pernah berada dalam keadaan saya, saya harap kamu tidak akan pernah berada dalam keadaan seperti saya..

Terima kasih atas teguran kamu "aku"



Bukan senang nak jadi senang..

Tadi test jpj.. saya gagal mendapatkan lesen.. perasaan saya? entahla, kadang rasa sakit, kadang rasa macam tak apa lah, lain kali boleh cuba lagi... saya lulus bahagian bukit, parking dan 3 penjuru.. alhamdulillah... tapi jalan raya saya gagal.. kenapa saya gagal? kerana saya kurang latihan dan saya tidak mahir lagi menggunakan kereta manual mungkin?...test tadi pula guna kereta viva, rupanya agak lain sedikit viva ni ek.. dia nye clutch mcm pendek sikit, minyak kena tekan kuat skit.. kalau kancil, tekan minyak kuat2 dah meloncat2 kete... huhu.. saya bagi la apa pun seratus alasan sekalipun kenapa saya gagal, saya tetap gagal buat hari ini.. dan saya harus terima hakikat.. saya harus lebih tabah dan lebih sabar.. saya tak boleh putus asa! walaupun sbnrnye saat ini saya rasa lemah, macam nak pengsan! hahaha...
kenapa saya nak sangat lesen memandu ni?
sebenarnya, selain daripada untuk masa depan anak2, nanti senang nak hantar diorg ke sekolah, bawak jalan2 semua, saya ada sebab yang lain…

Langgar kereta orang!

konon nak belajar bagi mahir lagi memandu kereta... (test jpj isnin ni... )pandai2 pegi sewa kereta kancil manual, nak practiselah kononnya.. tghari ni dapat juga bawak pusing2.. kakak saya jdik co-pilot..pastu balik rumah berehat kejap.. dalam pukul 3 ptg camtu keluar semula nak pegi kedai sambil nak practise memandu lagi..

dengan perasaan gembira dan yakin rasanya boleh memandu, siap bawa si embun sekali dalam kereta. Kakak saya duduk di sebelah. Baru nak keluar simpang dari jalan rumah, nak mengelak kereta dari arah kanan yang terlalu dekat dekat kereta, terlanggar pula kereta yang sedang parking di bahu kiri jalan.

ok! Sekian!
kereta sewa kemek di bahagian bumper,
kereta orang pun kemek juga!
(oh, saya harus membayar ganti ruginya)

*betapa perasaan gementar bercampur takut bercampur kesal dan segala2 nya lah bermain di dalam hati dan fikiran saya ketika ini. Di saat saya mengumpul kekuatan untuk mula melangkah, saya jatuh lagi.. sakit sungguh perasaan ini...

benda dah nak jadi.. la…

Al- Inshirah

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Hati yang separuh

Kata-kata hamka di dalam bukunya, "Tenggelamnya Kapal Van der wijck" separo dari hatiku tinggal di kuburan itu, dan aku hidup di dunia ini dengan hati yang separo lagiBuku itu pemberian kawan nafastari, dia seorang blogger yang menggelar dirinya Artozy  Sungguh baik sekali Artozy kerana mengirimkan dua buah buku kepada Nafastari semasa kami di Pakistan. Dia sungguh teruja sekali apabila menerima pemberian itu. Tetapi sayangnya, dia tidak sempat pun membacanya. Kepada Artozy, terima kasih atas pemberian ini.
Sungguh seperti kata hamka, aku kini hidup di dunia dengan hati yang separuh saja. Sejak pemergian dia, hati aku seolah2 pergi bersamanya.. Terasa seperti mati juga.. Setiap apa yang aku lakukan kini, pasti aku akan terfikir
"oh, bagaimana aku di dalam kubur itu? bagaimana dia di kuburannya?" "janganlah jasadku diseksa, janganlah jasadnya di seksa, sungguh dia seorang yang hatinya lembut, selalu saja takut melakukan apa-apa yang tidak baik" "apakah rohnya s…