Posts

Showing posts from 2011

Hari ini Tahun Baru

Tahun 2011 sudah berlalu.. namun aku masih hidup dengan kenangan Tahun 2010!
Hari terakhir dalam tahun 2010 masih segar dalam ingatan aku.. Nafastari menulis sesuatu di blog kesayangannya...
Tentang Hari terakhir dalam tahun 2010 Dia menulis tentang dua orang sahabatnya yang telah meninggal dunia di bulan December 2010 Aku menjadi sebak membacanya... seperti dia sebak melihat anak2 rakannya yang masih kecil yang kematian ayahnya di tempat asing.. aku menyaksikan riak wajahnya yang sedih dan penuh simpati pada rakannya itu. Aku melihat sendiri betapa sedihnya dia pagi itu apabila menerima message daripada isteri rakannya tentang kematian suaminya. Khabar itu memang mengejutkan kami kerana kami baru sahaja pulang bercuti dengannya, dan tidak sampai seminggu kami dengar dia  telah pun meninggal dunia.
Sebenarnya, perancangan Allah itu Maha Hebat... bila diperhalusi satu persatu.. ianya sebagai tanda peringatan buat diriku dan dia... Sahabatnya yang meninggalkan dua orang anak yang baru berusia…

hey,anniversary saya lah!

Pagi2 pergi ofis, hatiku ceria kerana mendapat khabar berita yang amat gembira petang sebelumnya..
Aku dapat offer kerja di tempat lain lah! dan kerja itu merupakan antara
"wish list company" yang aku citakan masa aku student dulu.. Tahun depan baru mula kerja di tempat baru..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang sentiasa beri nikmat rezeki yang melimpah ruah kepada kita..

Masuk ofis, aku terus menerpa rakan sekerja,
"eh, hari ni anniversary saya lah!" :)
kawan ofis sy terkedu... dan selamba mengucapkan "oh, selamat ulangtahun.."
tapi aku nampak riaksi wajah mereka, mereka sebenarnya terkedu bila aku cakap macam tu,
nada suara aku seperti gembira, namun jauh sudut hati aku...???... Allah sahaja yang Maha Mengetahui........


Kemudian datang lagi seorang kawan, aku pun berkata,
"hari ni anniversary aku! :)"
dan kawan aku itu terdiam...
"la, kenapa diam je??..." aku menyakat..
"er, aku kena cakap ap…

Awan gelap

Image
Dulu aku punya diari... selalu tulis diari untuk luahkan perasaan... tak pun, kadang tulis atas kertas untuk meluahkan perasaan...
Sekarang... dunia dah makin maju.. ada blog boleh tulis macam diari.. tapi tak semua boleh ditulis dalam blog.. kadang sesetengah perkara kita kena simpan atas sebab2 tertentu.. sebab blog dengan diari tak sama...diari kita simpan kat tempat orang tak boleh baca.. kadang kita sorok... blog? nak sorok, boleh.. limit friend.. boleh nak create privacy.. tapi nanti sama saja dengan diari, kita cakap sendiri, kita baca sendiri.. kalau publish, ada feedback, boleh tukar pendapat dan nasihat..
apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya..
Dada aku sakit... sakit sekali menahan perasaan... menahan air mata... Aku tak pernah menangis depan orang yang aku sebenarnya sangat rindukan dia.. Aku tak pandai nak luah dengan kata-kata bila aku terlalu rindu dekat dia... Jarang sekali aku luahkan dengan mulut aku yang aku rindu dia...
Kadang mulut ni rasa nak bagitahu mama, "Ma…

Kau ke kiri, ku ke kanan

Image
Mawar message encik suami di laman FB...
10 August 2010 Aini Nurbaya semalam Dgn gembira dan sng hatinya sy menyediakan teh o dan kek utk supper nk bg si suami tercinta makan.. Dihidang menggunakan pinggan baru yg dibeli oleh encik sohail..

Smp2 nak hidang kena marah,
"isk, apa ni bawak semua2 ni kat sini?"
Dgn reaksi wajah yg mengjengkelkan ...

Hancur luluh hati yg gembira semasa buat teh itu.. Mengharapkan si suami akan berkata,
"wah, pinggan baru... Baiknya awak sediakan teh malam2 ni"

Tapi sebaliknya pula yg berlaku....



10 August 2010 Allahyarham W Ahmad Fadzil jgn harap pujian manusia.. nanti kecewa!
buatlah sesuatu dgn ikhlas, mencari keredhaan Tuhan semata2.

salam ramadhan mubarak!

Janganlah tido...

"ummi janganlah tido..."

Balik kerja, badan rasa letih, kadang2 otak penat rasa nak lelap kejap... bila terlelap.. anak2 mula la sorang duduk kat atas kepala,(si kekwa) dan sorang lagi duk cungkil mata kita suruh buka...(si embun),

"ummi, ummi.................. jangan tido.. bukak mata.."

heee....
ibu yang ada anak kecik boleh tidur ke? tidur2 ayam saja lah...
tengah malam konon nak bangun lipat kain baju semua.. sudahnya tertidur sekali dengan anak-anak..
pukul 3 atau 4 pagi terjaga sebab Embun pasti menangis nak susu.. bangunpula pergi buat susu... dah sudah buat susu si kakak.. si adik pula menangis nak menyusu.. sudahnya terlena sekejap, dah pun Subuh....lepas tu dah pagi.. kena pergi kerja.... huwaaaa.. ngantoknya!!...

teringat pula dulu masa kecik2... mama balik kerja je, dia tidur.. suka sangat tidur, sampai aku pernah merungut.."ala mama ni asyik tido je..." baru aku faham kenapa mama dulu suka tidur lepas balik kerja.. hohoho..

Em.. sekarang.. pa…

Sedangkan lidah lagi tergigit....

Sedangkan lidah lagi tergigit,ni pula suami isteri...
bertikam lidah dan salah faham tidak boleh lari dari dunia perkahwinan... membaca semula emel lama... yang dikirim oleh si dia... buat hati ini berbunga2... rindu yang tak pernah hilang... sukarnya diceritakan... yang merasakan saja dapat memahaminya...
Tahun pertama perkahwinan... aku masih lagi belajar di tahun akhir di UIAM.. dan dia bekerja di Kuala Terengganu... perhubungan jarak jauh sentiasa saja menimbulkan salah faham dan tetap ada kemanisannya...
dan kami pernah salah faham...ternyata si dia memujuk dengan emel ini...
antara isi emel nya:
"Sungguh hamba pun rasa terkilan mendengar luahan hati tuanku permaisuri, tetapi percayalah bukan hamba memaksudkan bahawa hamba lansung tidak mencintai tuan permaisuri. Hamba tersangat mencintai tuan permasuri terutamanya keperibadian mulia yang hamba junjung tinggi. Hamba tidak pernah katakan bahawa hamba tidak cinta tuan permaisuri, cuma hamba kata, kadang-kadang hamba keliru dengan cinta…

Wasiat seorang ayah

Setahun yang lepas, dia sibuk menulis sesuatu di blognya.. selesai menulis, dia akan membiarkan laptop terbuka dan terus pergi ke dapur.. kononnya mahu ambil air..tapi aku tahu itu hanya helahnya mahu aku baca posting terbarunya di blog kesayangannya itu...
Aku duduk di hadapan skrin laptop dan membaca postingnya itu.. http://nafastari.blogspot.com/2010/12/catatan-buat-anakanda-kedua.html
Selesai membaca, dia duduk di sebelah aku dan tersenyum.. "Nur, bijak tak i tulis macam tu?.. bijak kan, kan??!!!"....
Aku hanya tersenyum dan berkata .. "eleh, mesti terpengaruh dengan komen syed zul semasa entri buat Embun dulu kan?... http://nafastari.blogspot.com/2009/04/ibarat-kain-putih.html
Dan kami sama-sama ketawa... bahagia... sangat bahagia... Punya dua orang anak di usia muda... punya suami yang menyenangkan dan membahagiakan.. Tapi aku leka dengan hadiah Allah beri.. terlalu bahagia sampai aku lupa semua ini pinjaman dariNya...
Sampai masa, Allah nak ambil dia pulang.. Aku baru teringa…

Ibu yang berjuang

Image
Mama aku punya sebelas orang adik beradik... dan seorang adik lelakinya telah meninggal dunia di usia yang agak muda.. aku memanggilnya Pak Lang ..meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak lelaki.. isterinya itu berwajah lembut dan ada kacukan cina. Usianya masih juga muda sewaktu arwah pak lang meninggal dunia. Bahkan, memori aku tentang Pak Lang aku itu juga sedikit. Yang aku ingat dia sentiasa senyum dan sangat sukakan bola sepak.
Waktu itu aku masih kecil.. mungkin umur aku hanya 7 tahun.. tidak mengerti apa pun.. setiap kali pulang berhari raya, kami pasti akan menziarah kubur Pak Lang.. Aku lihat Mak Lang tenang sahaja.. dan apabila pagi raya, mamaku dan adik beradiknya yang lain pasti akan memeluk Mak Lang seerat-eratnya.. dan mereka sama-sama bergenang air mata.. 
Peredaran masa membuatkan kita lupa yang satu masa dahulu kita pernah merasai kesakitan yang kita sendiri tidak terfikir kita mampu mengatasinya.. Mak Lang wanita hebat, penuh semangat juang membesarkan anaknya y…

Hari Ulangtahun

Image
Terlalu banyak yang hendak diceritakan setelah lama menyepi dari dunia blog...cewah.. macam lah setahun tak tulis blog... hahaaha... em.... sekarang alhamdulillah... mawar, embun dan kekwa baik2 aja... kami masih bernafas di bumi ini alhamdulillah.. dan terima kasih Allah mengurniakan mawar keluarga yang baik dan memahami.. syukur masih punya mama sebagai peneman yang selalu ada dengan mawar saat senang dan susah.. syukur punya kakak yang baik hati dan memahami .. syukur punya abang2 yang penyayang.. syukur punya papa yang masih bersama mama selama 35 tahun..
"Selamat ulangtahun perkahwinan buat mama dan papa yang ke 35 tahun.. semoga Allah memberkati hubungan mama dan papa.. "
Syukur juga kerana mawar punya keluarga mertua dan ipar duai yang sangat baik dan memahami.. alhamdulillah...terlalu banyak nikmat Allah beri pada diri ini , tidak ada kurang pun nikmat Allah malah lebih dan lebih.. Subahanallah...Akan aku jaga hubungan ini sampai bila-bila.. kerana kasih aku pada nafas…

Nafastari- matahariku

Image
Create a MySpace MusicPlaylist at MixPod.com

i used to like this song very much few years ago... tapi tak sangka sungguh lirik lagu ni betul2 ada kena mengena dengan hidupku sekarang... semakin pedih dan menusuk hati bila mendengar lagu ni semula..but it still my fav song...

walau sinar matahariku hilang, namun mawar percaya, dengan lahirnya cahaya kesabaran akan membuat mawar terus berkembang dan terus hidup untuk  mencantikkan alam sekitar sebagai hadiah mawar buat pencipta.. inshaAllah...

Nur Kasih

Nur kasihkan ahmad.. bukan adam.. heh...

tengah malam tak boleh tidur, teringatkan dia... letih memang letih.. pergi kerja, balik main dengan anak2.. penat kalau boleh nak tidur je.., tp hati dan fikiran masih teringatkan dia...

setiap malam nak tidur, selalu bayangkan... macam mana dia dalam alam itu... harapan dan doa saya supaya dia tidur dengan nyenyak smp hari kebangkitan nanti... selalu juga bayangkan diri di tempat dia.. macam mana lah agaknya diri ni nanti.. takutkan... sangat takut...diri ni selalu je lalai dan leka..

tapi selalu juga berangan dan penuh harap untuk dapat jumpa dia.. dan harap selamat kat sana...
cukupkah amalan sekarang untuk dibawa ke sana nanti?.. takutnya...

Keroncong

bunyi2...

dia bunyi lagi...
kruk..kruk..kruk...

hey, saya lapar la.............
;p

Pagi

Morning.. Selamat Pagi semua...
hari ni mawar tak perlu kerja di hari minggu... seronoknya.... bulan lepas hampir setiap minggu kena kerja di hari minggu.. rasa nak pengsan pun ada.. huhu... tapi bak kata pepatah,
"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"
susah2 la dulu bekerja, cari pengalaman untuk bersenang di kemudian hari... inshaAllah... malah,
pernah sahabat nabi merungut apabila melihat seorang yang badannya kasar kerana kuat bekerja dan berkata: "Alangkah baiknya jika dia menggunakan kekuatan tubuhnya itu untuk berjihad pada jalan Allah"
mendengar itu Rasulullah s.a.w pun bersabda "Jika dia bekerja mencari nafkah untuk anak-anaknya yang kecil adalah fi sabilillah, jika dia bekerja untuk kedua-dua orang tuanya pun fisabilillah, jika dia bekerja mencari nafkah untuk dirinya sendiri juga dikira fisabilillah, tetapi jika dia bekerja dengan tujuan menunjuk-nunjuk dan riak, maka itu adalah fisabili syaitan (pada jalan syaitan)."  -riwayat Bukhari&M…

Selamat datang si putih

Image
Si putih sampai juga ke Malaysia dan kepangkuan keluarga nafastari..
Setelah hampir 6 bulan di gudang port klang, akhirnya berjaya juga mawar bawa kamu pulang si putih..


Malam itu si putih sampai depan rumah.. dan terus saja hati ini melonjak gembira dan seperti mahu berkata dengannya "sayang, kesayangan you dah sampai!" Tapi apalah daya aku, aku cuma boleh berkata sendiri di dalam hati, rasa gembira, lega, syukur dan sebak di masa yang sama.. dan Embun si budak bijak terus saja sebut "kereta ayah!" Allahu akhbar....

Hampir setengah tahun kereta tersadai, pastilah kereta itu baterinya habis.. Aku masuk ke dalam kereta itu, dan memegang stereng.. dan saat itu aku rasa seperti aku memegang tangannya... kereta yang banyak memberi kami kenangan manis di Islamabad dahulu.. sungguh aku terlalu rindukan saat itu...

Ahmad, nur dah boleh drive sekarang..ingin sekali nur bawa ahmad sebagai penumpang di sebelah... ingin sekali nur tunjuk pada sayang yang nur mampu berdikari se…

Tengah Pagi

Pukul 2.30pagi, aku terjaga dari tidur sebab Embun mengingau...
"nak cakap ayah...." berulang2 kali dia sebut... aku yang ngantuk terus terjaga dan kelu serta sebak mendengarnya... terus aku peluk Embun dan tenangkan dia... dan buatkan susu dia , terus saja dia tertidur semula..
Dan aku.. tak boleh lena lagi selepas tu.. Aku amik kesempatan buka laptop dan baca blog kawan2... lihat blog sendiri yang dah tak sekerap dulu aku update.. rindu juga pada blog ni... selalu saja nak update, tapi tak berkesempatan...balik je dari kerja, terus saja aku habiskan masa mengadap anak2 ku yang comel .. rasa rindu dan tak puas bermain dengan anak2 sejak mula bekerja ni. Embun dan Kekwa pun memang melekat habis dengan ummi dia bila ummi balik. si adik menyusu, si kakak pun nak menyusu dan baring atas riba ummi.. akhirnya dua2 atas riba ummi...hehe..
Okayla, nanti mawar update lagi k..  Gudnite..

Sejenak...

Jay dan isteri;Allah terlalu suka menguji orang yang mengaku beriman, tapi jangan tanya 'mengapa'salam dan doa; nasriah abdul salmaNasihat itu daripada sahabat nafastari di dalam post nafastari yang bertajuk "Tidak mahu menangis lagi"
sangat terkesan di hati ini membacanya setelah ketiadaan nafastari di sini...


dan meninjau balik post nafastari di blog nya.. ada satu entri yang ditulisnya tidak di 'publish' , dan antara isinya...
Ternyata bukan mudah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, kerana Muslim yang baik perlu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berpesan-pesan atas perkara yang haq dengan penuh kesabaran dan hikmah. Dan dalam dunia hari ini kita bukan sahaja tidak berani menyampaikan, tetapi juga takut untuk menyatakan prinsip pegangan sendiri
*renung2kan dan selamat beramal... ;)

Kekwa - 10 bulan... Embun - 2 tahun stgh

Alhamdulillah...
Embun dan Kekwa semakin besar dan alhamdulillah mereka sihat dan baik2 sahaja...

Embun...
sudah 2 tahun 6 bulan...
sangat petah bercakap... walaupun kadang2 pelat jugak.. hihi..
sangat bijak, ingatannya sangat kuat...kalau nampak apa2 barang ayahnya, mesti dia akan sebut, "ayah punya!" dan bila tgk tv, ada kubur, dia akan cakap "kubur ayah.."
Pagi2 kalau ummi nak pergi kerja dan adiknya nak ke taska, dia akan kata, "ummi nak work, wawa nak school.." :)
dan suka memerhati apa orang tua buat, lepas tu nak ikut..geram dengan kecomelan Embun ni.. Ayah mesti bangga punya anak macam kamu Embun..
alhamdulillah... Embun baik2 aja, sangat sayangkan adiknya Kekwa.. walaupun kadang dia pukul2 dan tolak juga adiknya tu.. huhu....

Kekwa..
sudah 10 bulan ...
syukur alhamdulillah... Kekwa pun baik2 aja...
semakin bijak dan aktif... sudah pandai berdiri dan meniti...
sangat suka makan! hehehe... masih tembam dan cantik.. dan semakin cantik..;) Ahmad, ana…

Magnum dan cinta

Image
Siapa pernah tengok iklan ni??



first time aku tengok iklan ni masa duduk kat islamabad dulu.. masa tu dekat channel RCTI indonesia.. ha, duduk pakistan tapi tengok cerita indonesia.. hehee..tv malaysia tak sampai satelit ke sana...jd layan citer indon je la.

terliur sgt masa tgk iklan ni.. maklumla ibu mengandung masa tu... masa tu tgh pregnantkan Kekwa.. pulak tu, tgh musim sejuk.. tiba2 mengidam ice cream magnum... trus sms nafastari kat ofis suruh belikan... balik2 je dari ofis, dia pun kata, "pengaruh tv mana pula ni sampai nak makan ice cream ni?..." :)

lepas pada tu, ice cream ni dah jadi kegemaran aku dan dia... kami lebih sukakan magnum almond.. nafastari mesti akan membelikan ice cream ni untuk stok seminggu.. hahaha.. hampir setiap hari kami akan makan ice cream ni... di musim sejuk,makan ice cream sangat best rasanya! tak percaya? cubalah.... hihihihi

sekarang ni kalau tgk ice cream magnum je, teringat dia.....Allah..rindu sangat nk mkn ice cream magnum yang dia b…

Lagu dan kenangan

Image
Lagu boleh membawa kita kembali ke masa silam... dengar lagu Maher Zain mengingatkan kenangan di Pakistan bersamanya...indahnya saat itu, tiap kali naik kereta, cd Maher Zain la yang terpasang.. rasa seperti dibawa2 berjalan ke masa lalu....







NAFASTARI - travelog in BOOK

InshaAllah, akan diterbitkan buku Nafastari travelog-Pakistan, sekarang masih dalam proses edit mengedit..
:)

Alhamdulillah,syukur, dapat tunaikan hasrat Nasfastari untuk jadi penulis...
Semoga buku itu dapat dijadikan pahala yang mengalir buatnya di alam sana...
Amin,...

Celoteh Mawar

Rindu... sangat rindu pada dia...tak tahu nak ungkap dengan perkataan, rasa seperti duri mencucuk2 dalam hati ini.. menanggung rindu....
letih bekerja seharian pun aku tetap rindukan dia... rindu ingin mengadu itu dan ini.. walaupun kadang2 dia hanya mengangguk2, entah dengar atau tidak, tapi rasa lega bila meluahkan padanya...
teringat kembali zaman mula2 berkahwin, aku pernah bekerja di kuala terengganu, dan dia pun bekerja di terengganu. Terasa masa berlalu begitu cepat... rasa macam baru semalam aku bersamanya pergi sarapan di kedai atap biru di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.
Pagi semalam aku sarapan di kedai depan tempat aku bekerja. sarapan seorang diri, melihat roti bakar yang aku pesan, tiba2 air mata aku menitik.. teringat saat2 indah bersarapan dengannya sebelum ke tempat kerja... rindu.. sangat rindu!...
Bila sedih, bila terkilan, aku selalu ingatkan diri ini, Allah lah tempat yang paling layak untuk aku mengadu segalanya.. 
Ahmad, nur sangat rindukan kamu......... 

Body Clock terkejut!

Hampir 2 minggu masuk kerja... 
letihnya.... hihihihi... tapi seronok... jadi SUPERMAK gitu... pagi2 anta si Kekwa ke taska.. seronok je dia duduk dalam baby car seat tu...lepas tu pergi kerja... saya drive kereta satria abang saya ke tempat kerja... terima kasihla abamie kasi pinjam kereta tu dulu sementara waktu ni ye... kereta tu kereta manual... hari2 berdebar2 je drive.. sebab kawasan rumahku berbukit bukau.. hahaha... setiap hari harus ada teknik imbang minyak...kuang kuang kuang... Tuhan je yang tahu betapa berdebar-debarnya saya setiap kali membawa kereta... hu... mungkin lama2 nanti biasa la kot ye tak?
hmm... balik kerja je dah letih... tu nasib dapat yang dekat je dengan rumah.. kalau kerja jauh2 kat KL, adoi, pengsan kot bila balik... huhu... nasib baik dekat, ada la masa nak spent dengan anak berdua yang chomey lote bila malam.. duk layan2 diorang berdua je la, rindu sangat! maklumla dulu 24jam melekat dengan anak je... skang dah lain, jadi kejutan budaya sikit la... sampai…

Nota Hari Kelahiran Nafastari

24 SEPTEMBER 1982,tarikh masihi,  Nafastari dilahirkan di dunia....
dan hari ini 24 SEPTEMBER 2011 Tiada lagi hembusan nafastari di dunia ini......
Hanya ini yang mawar ingin sampaikan pada nafastari,
"AKU INGINKAN DIRIMU DATANG DAN TEMUI AKU, AKAN KU KATAKAN PADAMU, AKU SANGAT MENCINTAIMU...." SEMOGA ALLAH MEMBERKATI  DAN MERAHMATI UMURMU SEPANJANG HIDUPMU DI DUNIA DULU,DAN SEMOGA KAMU DATANG DAN TEMUI AKU DI SATU HARI YANG PASTI.

Pelangi setelah hujan

alhamdulillah....

LULUS driving test...
esok mula kerja...
esok juga Kekwa first day kat Taska.. mudah2an semuanya ok dan selamat..Embun tok mama jaga.. terpaksa separatekan diorg sbb tok mama tak mampu nak jaga dua2 untuk sehari.. working hours 8.30-5.30..
urusan kastam tak selesai lagi.. tak mahu cerita yang sedih2 di sini...

syukur, alhamdulillah...

Syukur, alhamdulillah

i got the job!
:)
tadi pergi interview...ada lebih 20 kot candidate tadi... lama menunggu,, tp saya orang yang 1st skali datang...pagi2 kena buat testskit, buat profit n loss and bank recon...lepas tu tunggu turn 1st interview... tghari 2nd interview...dan trus dia kata "we want to hire you!" :) kalau ikutkan dia nak suruh saya datang kerja esok juga.. hmm.. tp disebabkan saya harus ke kementerian kewangan esok dan isnin depan ada test jpj, maka selasa depan baru mula kerja.. mudah2an saya cepat belajar buat kerja dan adapt dengan situasi di tempat kerja itu..
sangat dekat dengan kawasan perumahan saya... dan juga position akauntan seperti yang saya mahukan.. gaji basic biasa2 je, tapi alhamdulillah, tak perlu susah payah nak fikir transport dan kos... jalan kaki pun boleh.. dan sekarang kalau nak drive ke sana pun rasanya boleh kot.. cuma time nak parking tu cam tak berapa yakin lagi.. hahaha.. lesen pun belum ada...semoga LULUS kali kedua ini... amin.. amin... Allah,perkenanka…

Progress interview kerja...

Impianku terkubur untuk bekerja di pejabat bertingkat 80+ itu... kenapa? sebab aku tidak layak ke stage 3... selepas interview kali ke 2, aku sendiri dapat rasakan aku tidak layak untuk stage seterusnya...dan semalam aku dapat emel mengatakan aku tidak layak. hmmm... tak mengapalah, bukan rezeki aku dan bukan level aku kot... its not ends of the world yet!  ...inshaAllah aku tak akan pernah putus asa mencari kerja untuk menyara keluargaku...
setakat ni aku dapat 4 interview kerja di tempat yang berbeza... dua daripadanya aku terpaksa tolak atas sebab masalah transport dan kos. huhu.... sayang juga sebenarnya bila difikirkan...tp nak buat camana kan...lesen takde lagi, bawak kereta pun tak mahir lagi, susah nak ke tempat kerja tu yang takde public transport. satu  tu tak layak(yang aku citer kat atas tadi la)... haha... dan satu lagi aku tak tahu lagi camana, sebab baru nak pergi interview kejap lagi ni.. hihi... pengalaman aku di interview tak banyak,dan pengalaman kerja pun kurang.. a…

dalam fikiran saya sekarang...

jpj test 12hb sept, ya Allah.. mintak2 LULUS lah.... dh hmpir seminggu training dgn abg sulungku...kementerian kewangan- amik surat pelepasan 50% duti import keretakastam - mohon rayuan kurangkan cukai lagibank- pos chequejpj- road tax, plat num kereta nk buat kat mana ye??... hu...service kereta yg duk warded dlm gudang port klang hmpir 5 bulan...bayar cukai tanahdan pintu umah kajangbayar maintenance rumah kajangcari kerja lagi dan lagipegi interview lagi dan lagimahirkan drivingcheck up embun bulan octcheck up kekwa bulan 12follow up insuran rumahok.. stop.. tak nak fikir dah.. bye.. nak tido, esok nk pegi interbiu.. moga2 berjayalah... ;)

Raya seorang ibu tunggal yang muda

Image
Aidilfitri kali ni benar-benar buat aku sayu, sebak dan sedih... walau pada zahirnya nampak aku seperti biasa, batin aku menjerit mahukan dia terus bersama-sama aku dan anak-anak..Tahun ini aku beraya di rumah mertua di kg bari besar, setiu di Terengganu. Memang sudah hajatnya mahu kami beraya di sana tahun ni dan aku juga mahu ke kuburannya di sana. Pagi raya kami sekeluarga ke kuburnya.. dan hati aku terlalu sebak semasa menziarahi pusaranya.. terasa sakit sungguh dada ini, tersekat2 kerongkong menahan sebak, air mata mengalir laju tak boleh ditahan-tahan. Embun dan Kekwa tidak mengerti apa-apa, mereka hanya memerhati dan bermain pasir putih itu...

Kami beraya seperti biasa, menziarahi saudara-mara yang lain, makan2, suka-suka, cuma bezanya, tanpa dia di sisi. Terasa kosong, sakit, perit, hilang... melihat telatah Embun dan Kekwa di hari raya, buat aku tersenyum gembira, namun melihat keluarga lain yang lengkap ada ibu, ayah dan anak-anak, buat aku rasa cemburu dan mahukan dia terus …

Baju raya

Image
Tahun 2008 pertama kali  beraya bersama suami tercinta


Tahun  2009 pertama  kali beraya bersama Embun, dan raya di perantauan..

Tahun  2010 lepas kami beraya di perantauan juga..tengah pregnantkan Kekwa 6 bulan...sekeluarga berbaju kelabu hitam...

Dan tahun ini..dah plan nak beraya kat Malaysia.. dah 2 tahun tak balik raya, jadi nafastari sempat membelikan kain untuk dibuat baju raya untuk kami berempat.. kami beli material di Faisalabad, Pakistan januari lepas.. saya yang memilih warna tema keluarga kami tahun ini... dan warnanya.."blue black"... asalnya saya mahukan kelainan, kononnya mahu nampak elegant and simple dengan warna blue black.. rupanya ianya warna kami berkabung tahun ini... huwaaaaa.....
Raya dah tak best.... huhuhuhu... tahun ni pertama kali embun menyambut raya di malaysia... dan pertama kali juga bagi kekwa... tapi pertama kali juga untuk kita menyambut tanpa ayah... nanti kita jumpa ayah kat kubur ya... ummi harap ummi dapat control emosi ummi bila ziarah ku…

“rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ”

Membaca artikel ini dan inibenar2 menginsafkan dan menyuntik semangatku untuk terus hidup di dunia yang sementara ini...

apalah sangat dugaan dan ujian hidupku ini jika dibandingkan dengan kehilangan yang pernah Rasulullah alami.. Beliau harus menghadapi kematian demi kematian orang yang disayanginya...namun beliau tetap hidup dengan hati yang penuh juang.. berjuang demi kita! umatnya...

Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  
kisah-kisah rasul yang ada bukanlah cerita dongeng tapi cerita benar yang penuh dengan hikmah. Setiap kejadian masa lalu dijadikan iktibar buat kita hadapi hidup kini.

“rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!

"Kamulah isteri saya yang TERBAIK dalam 13 orang isteri saya"

Sudah menjadi kebiasaan si isteri akan mencium tangan suami bila suami hendak pergi kerja dan pulang kerja.. namun ianya tidak biasa bagi pasangan Mawar Nafastari.. hahaha.. pelik ke? ianya benar.....
sebab apa saya berkata macam tu? setiap kali nafastari hendak ke pejabat, pasti saya akan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia,  namun sebaliknya akan berlaku!
bila saya menghulurkan tangan nak salam cium tangan dia,dia akan kata, "alah, tak payah nak jadi typical malay, salam cium tangan suami.." dan dia  terus sambut tangan saya dan cium tangan saya dahulu.. hehe..
Saya juga jarang masak sarapan untuknya.. kadang rajin buat, kadang malas juga.. teruk betul saya ni.. hihi. kadang sarapan dah terhidang atas meja, dia akan kata. "eh, i dah lambat...tak sempat nak makan.. bye.." hm... selalunya begitula.. dan saya akan jadi hampa.. sediakan sarapan dan akhirnya dia tak makan pun...tapi kadang-kadang juga saya sengaja bekalkan sarapan buat dia untuk dibawa ke pejabat…

Ramadhan bersamanya

Syukur dapat berpuasa kembali bersama keluarga yang telah membesarkan aku...namun jauh di sudut hati rindu yang amat menebal kepada suamiku Wan Ahmad Fadzil bin W.Mohd.....
Rasanya tidak lengkap hidup ini tanpanya di sisi.. terasa hambar, kosong dan sarat dengan kerinduan... Tapi aku harus terus berdiri dan berjalan di bumi ini dan meletakkan dia di dalam hati.. sentiasa di dalam hati aku... Kadang rasa nak rebah, dan tidur lama-lama untuk melupakan perasaan yang sarat dengan rindu ini. Aku tidaklah seperti dulu, mungkin luarannya ceria depan ibu bapaku, saudara mara, anak-anak... hatiku menangis rindukan kehadiran dia, gelak tawa nya, lawak bodohnya, nasihatnya, bebelannya...
Dua tahun kami berpuasa dan beraya di perantauan.. jauh dari keluarga, namun itulah nikmat yang Allah berikan padaku dan dia.. "nikmat privacy" untuk kami habiskan masa sebagai suami isteri di dunia ini. Teringat ramadhan yang kami sambut bersama-sama dengan solat jemaah bersama-sama, masak bersama-sama..…

Nuffnang di blog

Ada beberapa readers tanya kenapa saya tak letak iklan nuffnang or google adsense kat blog saya ni kan? hihihi...
sebenarnya saya PERNAH letak dulu-dulu.. zaman blog saya takde siapa pun baca, atau mungkin ada pembaca, tapi silent reader je.. jadi masa tu jugak saya tak berapa faham macam mana nak letak nuffnang dan kegunaan dia.. lama-lama saya faham dan saya rasa tak sesuai pula blog saya letak nuffnang kerana 
saya tak ramai readerstajuk2 yang dikongsi kebanyakan hal biasa2,untuk kongsi ilmu dan pengalaman tak mahu la ambil apa2 keuntunganlepas pada saya dah fikir dulu tu, saya pun buang iklan tu dari blog saya..
kemudian sekarang ni saya tengok ramai pula yang letak kat blog mereka, tak salah pun sebenarnya, tak rugi apa pun malah menguntungkan mereka. :)
cuma, pendapat saya berlainan sedikit dari orang lain.. biarla kamu mahu kata saya ni pelik atau apa, haha...saya rasa mawarnafastari tak sesuai diletakkan iklan2 segala,atas sebab2 yang saya masih pegang di atas.. cuma mungkin follow…

Rela, Redha dan Harapan

Rela
Dirimu diambil dan dipulangkan padaNya yang berhak ke atas dirimu... kepadaNya yang menciptakanmu, kepadanNya yang memberi hati, ruh dan jasad kepadamu, KepadaNya yang telah menyatukan hati mu dan hati aku, KepadaNya yang menulis segala perjalanan hidup manusia.
Redha
Pemergianmu ke tempat menunggu, tempat disoal segala amalan, tempat terhentinya dosa namun masih ada pahala yang mengalir untukmu bagi yang mendoakanmu, amalan baik semasa hidupmu, sedekahmu yang kamu berikan pada yang memerlukan kerana Allah Taala. Redha pengakhiranmu di dunia ini sebagai suami dan ayah yang terbaik untuk diriku dan anak-anakmu.
Harapan
Disatukan kembali di alam itu, disambut dengan pelukan erat olehmu. Diberi kehidupan syurga yang abadi, bersama-sama menjaga amanah yang diberi.
*tidak salah mengharapkan syurga, namun takutlah jika diberi neraka...

Kerongsang Marwa

Image
*Tolong promote
SIAPA BERMINAT, BOLEHLAH MSG ATAU HUBUNGI ROMIZI.. (abang sulung saya)

Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku

Tertarik dengan penulisan seorang sahabat di blognya, pengisian yang penuh bermakna..
memetik ayat di blognya,

Cinta pada bunga, bunga akan layu
Cinta pada manusia, manusia akan mati
Tapi cinta pada Allah adalah
Cinta yang kekal abadi


Benarlah, cinta yang kekal abadi itu hanya cinta hamba kepada Tuhannya.. Saat di mana kita lahir ke dunia, kita sudah kenal cinta Allah.. dan saat kita mati dan akan dibangkitkan semula, hanya cinta Allah yang akan menjadi penolong kita. 


*moga2 hubungan kita dengan Allah sehari-hari semakin dekat, dan selalulah hubungiNya di talian 24434, free of charge!, extra panggilan tekan 2, boleh contact lama2 skit.. ;)

Permata hati bongsu Mawar

Image

job... where r u?

bila agaknya saya dapat kerja ni ye... hmm.. sedihnya hari2 duk menunggu panggilan... bukan takde panggilan, yang dapat, transport pula masalah... yang ditunggu2 takde panggil pula.. huhu... kalau lepas raya ni takde jugak panggilan, i kerja part time kfc depan rumah ni je la dulu.. hukhukhuk...
jom main kira-kira dengan saya!
kos pengangkutan saja sudah lebih rm20 kalau dikira2 untuk ke tempat kerja yang saya dipanggil..di kawasan perumahan saya tiada bas untuk ke stesen komuter, terpaksa naik teksi.. ke stesen je rm8, naik komuter rm2.10 ke sentral, kena pula tukar lrt ke.. rm2.00 lagi.. pergi balik dah berapa?  bayangkanlah rm24.20 x 21 hari bekerja.. dah rm, cmpur kalau anak2 nak kena tinggal lagi. kalau taska rm300 seorang.. dah rm600 di situ.. 
Tok mama kan ada? aih... memangla tok mama ada, tapi tok mama saya berusia 63tahun, sudah uzur, nampak sihat,lepas raya ni nak operate mata dan telinga pula.. dan sekarang ni dia sakit2 lutut, orang tua, larat mana lah sangatkan nak jaga bud…

Istanbul destinasi impian

Nafastari berhajat untuk membawa kami sekeluarga bercuti di Istanbul bulan April tahun ini.. Kami sudah merancang untuk ke sana bercuti dan menyambut ulangtahun kelahiran Embun di sana. Kita manusia hanya mampu merancang.. Tuhan yang menentukan segalanya buat kita.. Nafastari dijemput pulang bulan Mac.. dan impian kami ke Istanbul terkubur namun kekal dalam memori anganan mawar dan nafastari...
Semasa kami balik bulan Februari yang lepas, kami sempat menonton movie "Le Grand Vogaye" bersama abang sulung saya di rumah kami di Shah Alam. Saya dan nafastari amat teruja menonton cerita itu.Cerita itu mengenai seorang anak terpaksa membawa kereta menemani ayahnya dari negara Perancis ke Kota Makkah. Dalam perjalanan itu, mereka singgah di negara Turkey.  Rasa seperti di bawa-bawa ke negara yang kami idamkan itu.  Selepas habis menonton cerita itu, nafastari berkata kepada abangku , "thanks bro kerana membawa kami ke Turkey!".. :)
Saya dan nafastari sampai juga ke Turkey b…

Kekwa

Image
Rasanya sudah lama tak update cerita pasal anak-anak.. asyik melayan perasaan je, kesian pula progress anak-anak tak ditulis di dalam blog ni.. 
Embun dan Kekwa, maaf ye, ummi dah lamaaaaa tak cerita pasal perkembangan kamu di blog ni.. lagi2 Kekwa... 
Kekwa sekarang dah masuk 8 bulan.. cepatnya masa berlalu kan.. biarlah cepat lagi dan cepat lagi...Kekwa dah pandai merangkak, duduk dan berdiri pegang2 almari atau kerusi. Belum lagi meniti.. sikit lagi dah boleh jalan la tu.. hihi.. Selalu juga masukkan dia dalam walker, laju je dia drive walker dia tu.. kalah ummi yang drive kereta lembu ni.. hihi...
Kekwa beruntung sebab lahir2 dah ada kawan nak main, Embun sangat sayangkan adik dia.. kalau bangun je tidur, takde adik dia terus tanya "wawa, mana wawa?" sampai cari bawah selimut semua.. hahaha.. comel je! walhal Kekwa ada kat bawah dengan tok mama dia.. hihi..  Kekwa ni kuat makan dan kuat menyusu.. dalam bulan puasa ni agak mencabar skit la ummi dia menyusukan dia.. kalau kit…

Saat paling bahagia

Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?“

Suaminya memandang muka isteri dan berkata ” Saat itu belum terjadi lagi.. “

Si Isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”

Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya ‘Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga.”
*kiriman sahabat saya