Monday, December 15, 2008

Celebration

Alhamdulillah, hari ni 18Dhulhijjah1429, bermakna dalam tahun Islam genap setahun usia perkahwinan aku n encik ahmad.. Aku pernah menyuarakan hasrat untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mengikut tarikh Islam.. dan semalam aku pun beriya2 memberitahu encik ahmad,

aku : awak, esok genap setahun kita kawin, esok 18 Dhulhijjah! kita celebrate nak?
en. ahmad : Celebrate? nak kena celebrate ke? celebrate tu macam mana? i kena buat apa? beli kek ke, bagi hadiah ke?
aku : hm.. (dgn nada hampa)

dan sebelum tido semalam, aku sempat lagi nak convince encik ahmad, buat celebration, jadi aku pun kata

aku : kita gi makan kat tempat lawa yang kita tgk hari tu nak? dekat gong kapas
en ahmad : bukan gong kapas la, tok jembal..
aku : ha, tok jembal (dgn nada excited)
en ahmad : em.. i malas la, don't feel like going out...
aku : hm... (hampa lagi)

aku teringat pula waktu birthday aku tahun ni.. bulan ogos yang lepas, waktu tu aku nye birthday, en ahmad ada study group, jadi aku temankan dia nak ke rumah kawan dia.. dalam perjalanan nak ke rumah kawan dia, hujan lebat, jadi kami tak jadi ke rumah kawan dia. masa tu kami cuma naik tren je. jadi terperangkap kat kl sentral.. dan aku pun dgn happynya dalam hati (yey, dia tak jd study group! jd leh gi celebrate birthday aku)... dan

aku : kita celebrate birthday saya nak?
en ahmad : kena ke celebrate?
aku : ala, beli kek kecik je, jom!
en ahmad : tak mahu la..
aku : takpela, awak tak nak beli, biar i beli sendiri...

dan akhirnya, aku beli sendiri kek dan ajak en ahmad makan sekali kek tu.. dalam hati aku sedihnye.... huhuhu... ni yang buat aku rindu kat mama, papa, bamie, aeh and eni.. familyku di shah alam yang tak pernah lupa tarikh harijadiku dan hari2 bersejarah, cth kalau dpt result bagus ke, mesti kami celebrate... sekurang2nya pegi makan.. rasa diri begitu dihargai..bila mengenangkan soal celebration, mungkin aku kena terima hakikat yang suami aku ni mmg tak reti nak buat suprise or celebrate anything.. nak buat macam mana kan.. kena la terima je walaupun sedihnye!!!!....

For my dear Hubby,

I LOVE U SO MUCH..
thank u for being such a great husband..
"Happy Anniversary dear hubby.."
tak celebrate pun tak pe la... (em, ye ke takpe?) yang penting, marriage must sustain! heh...
;p

Nervous breakdown

pagi tadi dah pergi interview kerja tu...

well, i would say... TAK BERJALAN DENGAN LANCAR!( aku la kata), result belum tahu lagi. next week dia bagitau

huhu.. i should do more study.. tak sangka plak banyak soalan2 pasal accounting etc... soalan bertubi2.. ada yang aku dapat jawab, ada yang tak.. hmm... ntahla, harap tak dapat la kerja kat sana.. scary je tempat tu.. meja kosong je, tinggal sorang je dalam pejabat tu. yang lain2 outstation..

takpe2, aku akan cuba cari kerja lain plak la.. hehe..

kepada kawan2 yang tgh nak apply 'big four', better baca buku FRS tu (betul kata Alina, tapi malangnye buku FRS aku kat shah alam.. ) em, nak tahu soklan apa yang manager tu tanya kat aku?
  • what do u understand about auditing?
  • what kind of requirement do the company have to follow??
  • what are the difference of PERS and FRS?
  • do u study MASB and FRS in the university? Describe which FRS u study?
  • FRS 3, explain..
  • Difference btwn operating lease and finance lease
  • What do u know about taxation, tell me how to compute company tax?
  • He gives me situation, what will be the accounting entry
  • How to compute individual tax?
  • What will be the procedure to issue share certificate?
  • Do all company tax rate the same?
  • Why it differ?
  • Why depreciation and all the provision had to add back ?

uhuhu... i can't remember anymore what was the question.. too many at one time! rasa mcm buat final exam... aku jadi blank sgt masa tu.. dgn tak buat revision nye... main hentam je la mana yang tahu, yang tak tahu aku cakap je tak tahu, hahaha...

takpela, apepun.. thanks to En Ahmad Wahizan, the senior manager.. sekurang2nya aku dapat pengalaman dan sedikit idea untuk menyiapkan diri sebelum kena interview nanti.. huhu

Wednesday, December 10, 2008

Nervousnyeeeee!

Next week buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku nak pergi interview kerja..
berdebarnya!!!!!!... rasa sgt2 gemuruh.. nak cakap ape ek nanti.. huhu..
dulu selepas SPM, aku pernah berniat nak kerja, tapi tak jadi kerja sbb parents aku tak percaya yang anak bongsu dia nak kerja.. haha.. tup2, anak bongsu ni la yang kahwin dulu.. huhu

2 minggu lepas aku ada anta resume through emel kat satu syarikat swasta.. aku saje2 je la gatal tangan ni anta resume ke syarikat tu walhal aku tau keje kat situ sgtlah mencabar.. Alhamdulillah, tak sampai seminggu, aku dapat call dari syarikat tu.. so, next week aku kena gi temuduga kerja tu.. huhu.. doakan aku ye kawan2...

tapi kadang2, aku jd tak yakin orang nak amik aku kerja sbb
  1. layak ke pregnant women kerja? maksud aku, baru nak memulakan kerjaya..
  2. aku tak pandai drive, lesen pun takde lagi, mungkinkah mereka nak ambil aku kerja? yela, kerja yang aku mintak ni byk kena travel, aku mintak audit department.. jd byk kena turun padang assess syarikat orang lain..

em.. yang dua sbb ni je buat aku rasa tak yakin nak present diri aku kat manager syarikat tu.. harap2 diorang dapat terima orang macam aku ni.. well, kalau dapat kerja ni, mmg rezeki anak yang bakal lahir ni la.. kalau tak dapat, takpela, banyak lagi syarikat aku boleh cuba minta.. better try than not trying at all kan... huuuu

insyaAllah, mudah2an Allah permudahkan urusan kita semua... buat kawan2 yang tengah cari kerja, yok! kita jangan berhenti berharap.. well, we still young aren't we?!...

Sunday, December 7, 2008

Alhamdulillah..

Alhamdulillah...

setelah 1 setengah tahun di matrik uia,
4 tahun di uia gombak,
finally.. i'm DONE! yeay.. officially graduated from International Islamic University Malaysia.
THANK YOU ALLAH... i just can't stop smiling when i knew my final result.. well, not so pandai or excellent.. but Alhamdulillah, i managed to get 2upper class for Accounting student.. yeay!!! itu dah cukup memadai bagiku.. dan paling happy the killer subject for Accounting student in IIUM which is 'Seminar in Cost and Management Accounting', i got B-!! yeay! even it is B-, kira dah ok sgt sgt sgt sgt dah.. i takut i fail jek subject tu.. skali lagi syukur Ya Allah, saya lulus!~!!!!!

lalalalala.. it makes me wanna lalalalala....~
:D

Selamat Hari Raya 2023