Posts

Showing posts from June, 2011

Berat sungguh ujian dia.. sama-sama kita doakan dia..

Puan Normala Binti Taib AL - FATIHAH utk SUAMIKU yg ke-30 hari...utk ABAHKU yg ke 22tahun..utkMAK yg ke 15 tahun & for my 3 babies yg x smpat melihat dunia...Umo sy baru29thun...tgk la betapa Allah Syangkan Sy...Syukur....
Aku tak pernah mengenalinya.. sampailah satu hari seseorang memberitahu aku bahawa dia senasib denganku.. suaminya baru sahaja meninggal dunia.. dia juga menulis blog..dia juga mawar seperti aku..dia juga punyai anak yang masih bayi seperti aku.. dia juga berusia 20-an seperti aku.. ya, dia kawan aku sekarang...
tapi dugaaannya lebih berat daripada aku.. aku masih ada ibubapa.. dia cuma ada mertuanya.. dia cuma ada kaum keluarga yang lain.. tiada apa yang aku boleh kata padanya selain 

"MAsyaAllah, Allah sangat sayangkan kamu.. dia ambil sesuatu daripada kamu, dan gantikannya dengan yang lebih baik untuk kamu, inshaAllah, syurga ganjaran buat orang2 seperti kamu.. sabar dan yakin dengan janji Allah, hidup pasti bahagia.. smile dear... :) "

sama-samalah kita…

saya suka...

Image
Sekarang aku sangat suka makan budu, aku suka makan sayur labu air, aku suka cicah timun dengan budu, aku suka makan lauk satu sahaja, aku suka minum teh, aku suka lipat baju cara dia, aku suka makan dalam pinggan plastik kegemaran dia, aku suka minum dalam gelas kesukaan dia, aku suka pakai baju dia, aku suka pakai beg galas dia, aku suka pakai semua barangan dia, sebab aku terlalu sangat rindukan dia.. aku rasa bila aku buat semua tu aku rasa dia ada dengan aku..kadang bila aku main2 dengan embun dan kekwa, aku jadi seperti dia, tolol2 ayam jugak bila bercakap dengan anak2.. huhu.. aku sudah jadi seperti dia.. bukan dibuat2, tetapi aku terikut.. dan aku rasa senang begitu, sebab aku rasa macam dia masih ada.. walaupun kenyataannya dia sudah tiada.. sekarang kata tanpa bicara, hati cuma berbisik seperti aku berkata2 dengan dia... aku bukan gila, tapi yang merasa kehilangan mungkin seperti ini.. mungkin jugak tidak.. entahla..

ahmad sayang, saya terlalu rindukan kamu..


Rumahku Syurgaku

Image
Sebenarnya aku tak boleh lagi nak cerita pasal rumah yang nafastari tinggalkan untuk aku.. bila nak tulis je, rasa sebak...tersekat-sekat di kerongkong... menggeletar jari jemari untuk menaipnya...
Apa pun aku sangat happy dapat balik ke rumah ni, rumah yang kami sama-sama pilih nak beli,yang penuh dengan barangan yang kami beli bersama sejak berkahwin (barang-barang dari Islamabad dah selamat sampai di rumah ni)..tapi tak sempat nak duduk bersama dengan dia di rumah ni.. huhu..

Sekarang hujung minggu je dapat pergi.. harap orang hantar... huhu
takpela,nanti inshaAllah, bila aku dah pandai drive, tiap hari nak pegi pun boleh..

Hm,tak nak citer  panjang-panjang pasal umah ni.. nanti kalau citer detail, korang yang membacanya pulak nangis.. huhu.. alasan, padahal aku yang tak leh nak citer, 
So,tgk gambar sudahla ye..






Kekwa jalan-jalan, Muree

Image
Alhamdulillah...
berkesempatan jugak kami nak tengok "snow fall"...
maklumla orang musim khatulistiwa.. sangat jakon dengan snow..

tahun lepas sempat la main2 snow, macam penjejak salji mcm saya penah citer kat enrty dulu..
tahun ni, berkesempatan tengok snow fall dengan lebatnya..
syukur, dapat tengok nikmat kejadian Tuhan..

Nafastari lagi beruntung sebab dapat main2 dalam hujan salji tu..
Mawar duduk dalam kereta je dengan Embun dan Kekwa masa hujan salji tu..
Lepas dah reda, baru Mawar turun dengan Embun... Kekwa encik Niaz Ali la kena jaga kejap.. huhu
Er, tetibe rindu pulak kat niaz.. e eh, jangan salah paham pula.. Encik Niaz ni la yang banyak bantu kami sekeluarga masa kat sana. Kalau buat majlis makan2 dekat rumah, dialah orang kuat..kalau takde dia, susah kami kat sana.. Dia jugak yang jaga rumah kami kalau kami balik cuti kat Malaysia dulu.. Besar sungguh jasa dia ...

Eh, sesat citer pasal niaz plak..

berbalik citer pasal snow.. ha, tengokla sendiri gambar kat baw…

Kekwa jalan2.. -Lahore 1

Image
Seusia 3 hari, Kekwa sudah terima tetamu... syukur, nenek dan tokki sempat ke Islamabad, melihat cucunya yang ke 20 berapa ntah... Sempat Nafastari membawa ayah dan ibunya berjalan2 di bumi Pakistan itu.. selama hampir 3 minggu nenek, tokki dan poksu di sana..

Kekwa berusia 20 hari, ayah merancang untuk membawa kami sekeluarga- (nenek, tokki, poksu, tok mama, embun, kekwa dan ummi...) berjalan-jalan ke Lahore. Ummi masih dalam pantang ok! haha.. tapi ayah kamu nak sangat bawa bonda dan ayahandanya, jadi ummi pun ikut jugala.. takkan nak tinggal kat rumah, spooky ok rumah tu! huhu..

Orang kata, Lahore is the city of love, kalau dah ke Pakistan, wajib ke Lahore, kerana di LAhore tempat bersejarah, kotanya cantik dan city of Pakistani foods juga. Rasanya sudah lebih 4 kali kami ke Lahore sepanjang duduk di Pakistan.

Islamabad-Lahore mengambil masa 5 jam perjalanan.. So, kat bawah ni sedikit tatapan buat kenang-kenangan kami di Lahore...

Enjoy!











Tujukan lagu buat Ahmad..

Image
Aci tak nak kembali ke masa silam, dan
Saya nak dedicate lagu ini untuk Ahmad saya...
Ahmad, kau selalu di hatiku ;)

Daripada: Mawar, 2004


** anggap saja la lagu ni berada di tahun mula2 saya kenal nafastari..
memory of .:    Detik perkenalan MawarNafastari





YES, it is a bit catchy song, but i like the lyrics.. ;)

i love hubby

‎.: Rasulullah saw bersabda,"Wahai kaum wanita,brsedekahlah kalian & prbykkan istighfar.Kerana aku melihat kalian lbh byk menjadi penghuni neraka."Seorang wanita yg cerdik diantara mereka bertanya,"Wahai Rasulullah,kenapa kaum wanita lbh byk menjadi penghuni neraka?"Rasulullah saw menjawab."Kalian banyak mengutuk & mengingkari kebaikan suami." 
~ HR Muslim :
huhu... insaf.. sedih sebab saya tak sempat nak mintak ampun salah silap saya dengan dia.. tapi, sebelum bersalinkan Kekwa, tu la last sy mintak maaf dgn dia saya tak tahu dia akan pergi secepat ni.. tak sempat nak kata apa2 pun.. tak sempat nak ucap "i love u" pun..

kalian yang sudah berumahtangga,hargailah suami ye.. setiap hari cium tangan dia mintak maaf segala2nya.. salah faham sikit2 tu biasala, mcm lagu P. Ramlee tu,sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri kan.. jaga suami baik2, hari2 jangan malu2 ucap sayang, sbb saya dulu tak buat pun camtu, skang terasa nak ucap hari2.…

Ubat sakit hati

Wahai manusia, berhentilah berkata-kata jika kata-kata itu hanya menyakitkan.. Wahai hati, berhentilah bersedih, dan usahlah disimpan jauh ke dalam hati,

Bila hati sakit, tiada ubat selain memaafkan..

Merah

Image

Mimpi

Semalam aku mimpi dia lagi.. alhamdulillah, Tuhan ketemukan aku dengan dia di dalam mimpi.. hampir setiap hari aku akan mimpi dia... kadang2 dia datang peluk, kadang dia datang pegang tangan dan kami jalan sama2.. kadang2 juga aku tak ingat aku mimpi apa smp sakit kepala sebab nak cuba nak ingat. huhu

Tapi mimpi semalam sedikit sedih, atau mungkin aku boleh kata, ianya betul2 membawa diri aku menjadi sangat sedih...

Aku mimpi dia merajuk dengan aku..
Dia tak mahu cakap telefon pun dengan aku..
Aku rasa sakit bila dia tak mahu bercakap dengan aku..

Bila aku tanya, Kenapa?
Dia kata, "kenapa Nur duduk dengan parents Nur? kenapa tak duduk dengan saya, saya kan suami Nur?"

Hati saya memang nak sangat duduk dengan dia..
tapi kenapa ntah dalam mimpi tu aku duduk dengan parents aku..
Lepas tu aku ajak papa aku hantar ke tempat dia..
Dan kami baik seperti biasa..

Mimpi cuma mainan tidur, aku tahu..
Tapi bagi orang yang macam aku, mimpi cukup bermakna, kerana dia hadir dalam aku..

Bil…

Ikut ke sana,,, nanti...

Image

Cerita "utan"!

Image
Embun gemar menonton movie hindustan.. setiap malam sebelum tidur, dia pasti duduk bersama tok mama dia di sofa dan menonton cerita hindustan.. kalau tak dapat tgk, mesti dia merengek2, "nak utan, utan!!".. dan bila saja tayangan cerita hindustan tu, pasti Embun riang dan teruja sekali.

Hm, teringat kampung halaman la tu! haha.. Embun, Embun.. pasti dia rindukan suasana seperti itu.. pasti dia rindukan bahasa urdu yang seakan2 serupa dengan bahasa hindi. Pasti dia merindui orang yang berhidung mancung.. hahaha.. Embun, tapi ummi dan ayah dulu pernah sepakat tak mahu kahwinkan kamu dengan orang sana! hehehehe...

Hah, tengoklah anak dara saya Embun ni, terpengaruh citer utan dia lah tu sampai pakai bunga segala! hehehe

Tadi aku terlayan citer utan, Embun punya pasal lah ni. Tetiba tengok nangis lak.. aisy.. kisahnya si suami meninggal accident masa dalam perjalanan pulang nak sambut birthday anak dia yang ke 4 tahun. Lakonan Rani Mukerjee dan Salman Khan.. hoho

Pilu, sebak, sed…

Pengaruh dia sangat kuat pada saya

SATU
Mama: Hai, lipat baju pun dah terikut cara orang tu..
Aku : Hm... nak buat macam mana, dah terbiasa.....

DUA
Akak: Nur, ni sosej bila, napa tak habis makan?
Aku: hm, hari ni punya, boleh makan lagi..
Akak: habis nape tak makan?
Aku: sebab daging, aku tak makan sgt daging.. tak leh masuk dah..
Akak: aik, sejak bila? bukan ke ko dulu suka danging??
Aku: entah, mungkin dah terpengaruh dengan ahmad kot..

TIGA
Mama: adik, tak payah potong ekor ikan tu, biar je...
Aku: oh, tak payah ek...

hmmm....... hairan kan .. 23 tahun hidup dengan family sendiri, tapi hanya 3 tahun duduk dengan encik suami, aku boleh terbiasa melakukan apa yang encik suami aku ajar...

SATU
lipatan baju dia harusla sama, dan tidak menampakkan kolar baju ke luar..kolar baju dilipat ke dalam..
DUA
dia tak berapa gemar daging, bknlah bermakna dia tak mkn daging langsung...
TIGA
cara menyiang ikan haruslah memotong ekor dan kulit keras harus di buang..eg ikan cencaru

ye, saya amat dipengaruhinya...

Botol kaca tutup hijau

kesian mama... sakit lutut pula harini..so turn aku ke dapur, masak asam pedas ikan tenggiri.. disuruhnya ambil asam jawa, katanya dlm botol kaca betutup hijau, aku bau macam belacan je.. mama dengan yakinnya pasti itu asam jawa.

aku pun cubit skit, tp masih bau macam belacan...

tak puas hati, terus bawak botol tu ke mama...suruh mama bau betul2...

memang sah! belacan!!

hmm... patutla selama ni makan tak rasa masam sgt asam pedas mama.. rupanya dia ingatkan belacan tu asam jawa! rupa bentuk belacan tu bulat2 bungkus dlm plastik, sebijik mcm belacan.. isk isk isk.. kesian mama..

Buah hati saya

Image

Memberilah keranaNya

What you give u get back
This is my humble point of view.. based on my own experienced..
Nafastari was a very wise man..
Dia takkan pernah lupa memberi pada ibu bapa nya setiap bulan, dia juga memberi kepada ibu saya, dia juga tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya pada saya dan anak-anak. Segala makan dan pakaian saya cukup terjaga, alhamdulillah..
Walaupun usianya masih muda, hanya sempat bekerja selama 5 tahun, Alhamdulillah, rezekinya murah..
dan dia tinggalkan kami dengan cukup makan, pakaian, tempat berlindung dan simpanan.
Apa yang saya perhatikan dan saya dapat belajar daripadanya,
Bila kita memberi, lebih banyak yang kita akan terima.. dengan syarat kita memberi itu ikhlas kerana Allah swt.
Beri apa?
tak kisah la beri apa2 pun.. harta ke, ilmu ke,kasih sayang ke.. apa sahaja yang ada pada kita.
tapi yang saya nak ceritakan di sini lebih kepada harta..
Setiap harta yang kita belanjakan haruslah ke jalan yang elok
Rasulullah telah memberikan kedudukan istimewa kepada nafkah untuk kelua…

Rindu sangat.....

Image

Sang isteri-isteri

antara kisah sang isteri-isteri;

1. Mempunyai anak dua, sedang sarat mengandungkan anak yang ketiga, tiba2 si suami accident semasa hendak pergi kerja. Terpaksalah si isteri menanggung dan meneruskan hidup bersama anak-anaknya. Dan lebih perit, terpaksa melahirkan anak yang dikandungnya tanpa suami disisi.

2. Sudah berumah tangga, tidak dikurniakan zuriat lagi, tiba2 suami dijemput Illahi kerana sakit katanya. Terpaksalah si isteri meneruskan hidupnya tanpa suami dan tanpa dikurniakan zuriat bersama suami tercinta.
3. Hidup berumahtangga hampir sepuluh tahun, dikurniakan anak tiga, tetapi tiba2 suami diserang penyakit . Si isteri tabah berulang alik hospital untuk menjaga suami tercinta, sanggup berkorban jadi ketua keluarga buat sementara, namun sebenarnya untuk selama2nya. Si suami meninggal dunia setelah beberapa bulan di hospital. Si isteri tetap tabah membesarkan anak- anaknya.

4. Seorang gadis yang tidak pernah mendapat kasih sayang ibu, ibunya telah lama pergi,Hidupnya penuh dengan …

Pergi Klinik

Tadi aku baru lepas pergi klinik untuk check up si Kekwa.. injection untuk bulan yang ke-6.
Sejak bulan 3, aku continue check up di Malaysia, dekat klinik Umraa. dekat je dengan rumah, tapi still kena tumpang kakak saya untuk hantarkan ke klinik.. thank you akak, maaflah menyusahkan ko je kena pergi ulang alik kedai , klinik segalanya la... lepas ni harap2 nur boleh drive dan pergi ke mana-mana sendiri. Kalau ikutkan tak mahu ambil masa kamu dan menyusahkan siapa2 pun untuk urusan saya.. huhu.. buat masa sekarang terpaksala saya bergantung pada mu kakak ku dan mama...
Balik dari klinik tadi, Embun pula demam.. terus aku bagi panadol, sekarang budak2 tu dah tidur.. ummi dia layan facebook sambil meluah perasaan kat blog..
Sebenarnya aku rindu ayah Embun dan Kekwa...
Pergi klinik tadi tengok semua ayah2 teman mak2 bawa anak2 pergi klinik... sayu je hati ni.. teringatkan dia... kalau dia masih ada, tentu saja dia berada di sebelahku dan buat lawak bodoh dia.. haha.. dan tentu saja dia akan…

Kembar seiras

Image
sape suka tgk UPIN DAN IPIN? Embun suka sangat dengan upin upin... Sebelum tidur mesti dia nak Upin.... Kadang ummi dia main laptop ni pun dia sibuk dan Upin! Sebenarnya ummi dia pun suka tgk upin ipin... banyak value dalam citer ni.. lagi plak, sedih, diorang anak yatim piatu.. sedih tgk cerita kisah 'hari ibu' diorang nak sambut hari ibu, lepas tu kak ros dia bawak pergi kubur, diorang bersihkan kubur dan sedekahkan al-fatihah sebagai hadiah hari ibu
Embun dan Kekwa masih lagi beruntung sebab ada ummi! :)
Upin dan Ipin ni kembar seiras, macam ayah Embun dan Kekwa. Tak percaya? Tengoklah gambar kat bawah ni

Tekalah mana satu ayah mereka? hihi.. Embun sendiri dapat bezakan.. mana ayah dan mana Pokpi dia..

Mati itu dekat, Hidup itu InshaAllah

Pakistan sebuah negara yang bergolak, bom di mana2.. bila mendengar saja perkataan 'bom' kita sudah takut.. terasamati itu sangat dekat. Aku pernah menulis tentang pengalaman pertama aku mendapat perintah berkurung kerana ancaman bom seminggu selepas aku tiba di Islamabad. Dan nafastari juga pernah menulis tentang hal yang sama.
Mulanya aku hendak ke mana-mana pun rasa sangat takut. Di situ ada ancaman bom, di mana-mana ada askar yang memegang senapang besar, rakyatnya boleh membeli pistol atau senjata di kedai biasa dan tidak perlu lesen pun! Oh. keadaannya sungguh menakutkan! Namun,kata orang "alah bisa, tegal biasa".. Sudah lali dengan ancaman bom, sudah lali dengan pemuda bersenapang panjang di mana-mana. Seingat aku, sepanjang aku di sana, 2 kali aku dengar dentuman bom, dan sekali aku merasa gegaran bom itu.
Kalau sudah sampai masa, kita akan mati bila-bila.. di mana, bila dan bagaimana, itu urusan Tuhan kita. Selagi diberi nikmat hidup, gunakanlah untuk kebaikan …

Jogging sekitar Sector E7, Islamabad

Image
Sekarang aku masih lagi dalam mood, 'flashback' segala2nya masih segar dalam ingatan.. kenangan hampir 2 tahun di bumi asing Pakistan, banyak memberi aku pengajaran dan pengalaman.
Akan aku huraikan sedikit demi sdikit kenangan itu supaya nanti Embun dan Kekwa lebih mengenali tempat mereka dibesarkan bersama ayahnya itu. Walaupun banyak sudah entri tentang Pakistan telah ditulis oleh Nafastari dan Mawar, namun masih banyak juga kisah yang tersimpan menjadi kenangan kami.
Kali terakhir posting entri aku sebelum pulang ke Malaysia, tentang Saya nak KURUS
haha.. nak kurus ke skg ni? oh tidak lagi! lupakan terus niat aku untuk kurus sebab dulu tujuan nak kurus lebih kepada nak jaga penampilan dan setanding dengan encik suami yang kurus itu. huhuhu... sekarang, takpela... i happy je macam ni.. ;p
teringat pasal nak kurus sgt dulu tu lepas bersalinkan Kekwa, masa tu dalam 33 hari tak silap, aku ajak encik suami pergi jogging!
kuang kuang kuang... ampun ye kepada yang berpantang 44 hari tu…

Embun bedtime story

Image
Author: Adeeba Jafri Pulisher: Goodword Books (2004)
Once there was a young Muslim girl named Alia. Alia lived with her mother, father and little brother Asad. Alia's mother and father were very good Muslims. They said their prayers, helped their family and neighbours and fasted during the month of Ramadhan.
One day, Alia and Asad went to the park with their mother. At the park, Alia made a new friend. Her name was Julia. Alia and Julia played together and became good friends.
When it was time to go, Julia waved goodbye to Alia and ran to her mother. Julia's mother was not wearing a hijab! Alia knew that her mother wore a hijab to cover her hair, but she didn't understand why Julia's mother wasn't wearing one.
When she got home from the park, Alia told her mother about her new friend Julia. "Mama, Julia's mother does not wear a hijab. Mama, why do you wear a hijab!" "I wear a hijab because i'm a Muslim. That is my duty", her mother replied.
Ali…

Lagu untuk Embun dan Kekwa

Image
PUTERIKU SAYANG
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


Gugurnya kelopak Mawar

Sudah 3 bulan dia pergi meninggalkan kami... hati ini, fikiran ini tidak henti2 memikirkan dia.. masih ralat mulut ini memanggilnya atau menggelarnya 'arwah'... panggilan itu sungguh berat untuk aku menyebutnya.. biarlah aku terus memanggilnya encik suami.. kerana bagiku dia tetap encik suamiku..

Hari berlalu dengan pantas, segala urusan sudah dalam proses..alhamdulillah, checklist done! :).. sekarang tinggal untuk aku melangkah ke depan demi Embun dan Kekwa.. buat masa sekarang aku mahu habiskan belajar memandu SAMPAI LULUS.. dan lepas tu baru memikirkan soal kerja. Tak mengapalah, pelan-pelan.. satu per satu... inshaAllah.

Kenangan yang ditinggalkannya terlalu banyak yang indah2, apa lagi yang harus aku kesalkan? terima kasih Allah.. dengan kenangan itu aku pegang dan teruskan hidup ini. Namun, ianya tidak mudah.. apa yang biasa dahulunya, kini aku terpaksa membiasakan diri tanpanya...

Aku masih ingat dia pernah mencari sweater kegemarannya tetapi tidak jumpa.Sebulan selep…

Dialog

Cerita 1

Embun: wawa... ayah, ayah! (sambil menunjukkan gambar ayahnya kepada wawa) Kekwa: ha..ha... (sambil mengambil gambar dan mejilat-jilat gambar )
:)
Cerita 2
Tok mama: Nurin, papa kamu mana? Nurin: papa keluar, tak balik lagi Tok mama: Nurin, kamu tahu, Embun sangat bijak, dia ambil gambar ayahnya dan tunjukkan pada Kekwa adiknya, "ni ayah!" Embun: (tergesa-gesa berlari ke dalam rumah) Kemudian keluar dengan tangannya membawa gambar ayah dan menunjukkan kepada Nurin...



EMBUN..................... kamu buat ummi terharu! :)

Lulus LAGI !

Alhamdulillah...

Setelah berkali2 amik lesen L... kali ketiga ni pun masih lulus... seperti yang saya ceritakan di entri sebelum ini, - kayuh pelan-pelan (mintak dijauhkan sikap riak dalam diri.. nauzubillah...)
syukur, syukur, syukur!!
dan moga2 kali ni dapat meneruskan sampai BOLEH MEMANDU... demi Embun dan Kekwa... ummi akan terus berjuang! Aja2 fighting! :) nanti boleh ummi bawa kamu berdua jalan2, pergi sekolah... boleh bawa tok mama skali.. yay.. takde la tok mama yg bawak ummi lagi... (sangat malu dgn diri sendiri sbb kadang mama sy yg drive, sy duk tepi)
mesti boleh.,.. mesti boleh.. mesti boleh.... Allah, tolonglah saya.... saya mahu berdikari dan harus berdikari...........