Posts

Showing posts from December, 2010

sy & pantang bersalin

26 hari yang lalu saya telah selamat melahirkan puteri yang kedua,Marwa.. Bermakna saya sudah 26 hari dalam pantang..
Oh bercerita tentang pantang, saya harus menyusun sepuluh jari saya kepada orang2 tua kerana saya amatlah tidak patuh adab2 berpantang ni.. Saya ni memang agak degil dan suka mempersoalkan sesuatu..kalau saya rasa tak logik, saya takkan ikut.. Haha, sungguh keras kepala saya ni..
Soal makanan dlm pantang, seminggu pertama mungkin boleh kata saya memang agak particular.. Hanya makan lauk singgang, ikan bakar, sambal lada hitam bilis dan kadang sup ikan. Semua dimasak oleh encik suami yg baik hati lagi hensem.. Terima kasih ye sayang ;).. Mama sakit lutut pula sbb cuaca sejuk kot! Jadinya dia tak dpt nak tolong di minggu pertama.. Pagi2 pula hanya minum kopi dan cicah biskut cream cracker (jenama hup seng the best!).. Malam pun sama juga, minum kopi dan biskut.. Makan nasi cuma sekali.. Haha, memang sah2 tak kenyang, tapi nak jaga makan lah kononnya..
Seminggu pertama memang…

Bersalin di perantauan..

Image
Alhamdulillah... hari ini genap 11 hari aku berpantang, bermakna 11 hari jugaklah umur Marwa. Setakat ini semuanya baik2 je,terasa cepat sungguh masa berlalu. Perasaan risau, takut dan fobia seakan2 hilang bila tiba masa bersalin..
Aku masih ingat, pagi Ahad, 5 December 2010, selepas aku bangun solat Subuh, terasa seperti katil basah dengan air. Kemudian aku ke tandas, air jernih masih mengalir. Oh, mungkinkah air ketuban sudah bocor? Aku duduk di dalam tandas agak lama, air masih mengalir sedikit demi sedikit. Terus aku kejut encik suami dan bersiap2 untuk ke hospital. Sebelum ke hospital aku mandi dahulu supaya segar dan bertenaga nak bersalin nanti. Kemudian aku berjalan membuat 25 pusingan di laman rumahku dengan harapan supaya bukaan nak bersalin lebih cepat.
Sesampai di hospital, doktor kata bukaan hanya 3 cm, dan aku harus tunggu supaya sakit bersalin (contraction) lebih kerap. Semasa 3 cm aku tak rasa apa2 sakit pun lagi, air ketuban masih mengalir dan aku terpaksa memakai pad. …

Adiknya Embun

Image
Alhamdulillah.... 5 December 2010, 4.29 pm waktu Islamabad, Pakistan di Medicsi hospital, aku telah selamat melahirkan bayi perempuan dan Embun kini benar2 menjadi yang sulung.. :)
l Aku dan encik suami menamakan puteri yang kedua ini
WAN MARWA ;)
Setelah 7 hari Marwa dilahirkan, kami meraikan kedatangannya dengan mengadakan kenduri "aqiqah dan cukur rambut" . Masa Embun dulu kami tak berkesempatan buat kenduri, hanya sempat mewakilkan aqiqah kepada saudara di Malaysia untuk membuat kenduri aqiqah.. Alhamdulillah kenduri berjalan dengan lancar. Kebetulan ayah mertua ada di sini, dia lah yang memasak daging biri2 yang di aqiqahkan.. mama aku pula memasak lauk ayam merah dan nasi minyak.
ummi dan Marwa di hari kenduri
Kasih seorang kakak :)
menyiapkan tuan puteri sebelum dicukur
Marwa si tembam

Alhamdulillah, sekarang i'm a mother of two! ;)

Tentang Dia - Part 2

Sambung balik citer tentang dia..
***

Nak tahu apa jadi lepas dia mesej aku tu? hu.. aku memang sedikit terkejut, tapi aku rasional,aku berhasrat untuk kawan dulu, kenal hati budi dulu....dia pun setuju..
Tak sampai setahun kami kenal, kami bertunang dan 6 bulan lepas tu nikah... :)
Terus terang aku katakan, aku tak berapa tahu tentang dia dan keluarganya, malah kegemaran dia pun aku tak berapa tahu sepanjang kami berkenalan.. yang aku pasti, dia budak yang baik. Walaupun aku masih di tahun akhir study, aku tekad untuk bernikah dengan dia, sebab aku percaya, dia memang calon yang sesuai. Bila mana kita dah jumpa orang yang kita yakin dia baik dan boleh jadi suami kita, tak perlu ragu2 lagi untuk terimanya.
Tahun pertama perkahwinan kami memang mencabar.. seperti pasangan lain, aku pasti memang sukar mencari titik persamaan antara dua pihak yang berbeza latar belakang keluarga. Aku dibesarkan di kota, dia pula dengan cara konservatif di daerah persisiran pantai. Budaya keluarga kami memang…