Saturday, May 25, 2013

Infinity

Suka saya ingatkan kata2 ini pada sahabat semua...dan juga pada diri saya sendiri

Cinta pada bunga, bunga akan layu

Cinta pada manusia, manusia akan mati

Tapi cinta pada Allah adalah


Cinta yang kekal abadi


Dalam kehidupan kita selalu diberi pilihan... terserah pada kita untuk memilih yang mana...
"option" yang diberi terlalu luas bagi manusia,, setiap orang... tak kira kecil, besar, tua atau muda...
hidup je, mmg kena buat pilihan...

paling simple, nak makan apa untuk hari ni?
pilih ikan? udang? ayam? atau tak mahu makan pun boleh!
semua tu kan pilihan yang kita semua ada....

macam tu jugak kehidupan...

apa yang saya lihat,.. apa yang saya belajar... apa yang saya dapat, selepas  sejarah hitam itu adalah suatu 'hikmah' yg sukar saya ceritakan, namun  mungkn  saya telah dan  sedang terjemahkan dengan tulisan2 saya di laman blog ini..

******************************************************

Saya memilih untuk bangun demi anak-anak saya... saya memilih untuk teruskan kehidupan walaupun susah.. walaupun payah... walaupun saya sendiri tak tahu saya mampu atau tidak.. saya harus.. saya kena.. saya tekad untuk teruskan kehidupan ini untuk anak-anak saya yang masih kecil.. mereka sndiri tidak mengerti erti kekurangan itu.. malah saya sndiri akan terapkan dalam jiwa mereka, mereka tidak kurang apa pun kerana kita ada Allah di mana-mana... 

jiwa tidak akan kosong dan sunyi jika kita selalu ingat Allah ADA melihat dan mejaga kita...

hati tidak akan risau dan takut jika sepenuh harap mengharapkan pertolongan Allah...

fikiran akan selalu tenang jika selalu memikirkan yang baik- baik dan terbaik itu adalah perancangan Allah..

saya masih ingat kata-kata che (ibu mertua saya)... ketika anaknya meninggal, dia terlalu sedih dan berkata,
" kita sayangkan dia, Allah lagi sayangkan dia, anak-anak ni Allah kasi pinjam je kat kita... pinjaman je semua ni... Allah nak tarik bila-bila masa saja...."

waktu tu saya hanya memikirkan kesihatan che.. che tidak boleh terkejut, risau penyakit angin ahmar dia datang semula...che lumpuh sebelah badan sejak saya kenal Ahmad lagi... Ahmad kata, sudah lama che lumpuh sebelah badan, tapi che kuat.. dia mampu bangun dan buat kerja sndiri lagi.. masih mampu menjahit pakaian dia sndri wpun hanya sebelah badan yang bekerja, saya sangat kagum dengan ketabahan che... malah, saya sndiri sgt terharu che telah menolong saya jahit kain batik kerana menantu dia ni tak reti jahit.. (sungguh memalukan saya ni! huhu) Sekarang che pun dah tinggalkan kami... Sesungguhnya semuanya, segalanya yang kita miliki kepunyaan Allah... Dia beri PINJAM kasih sayang keluarga untuk kita menikmati kehidupan dunia yang SEMENTARA...

cinta pada manusia, manusia akan mati

cinta pada Allah, cinta yang kekal abadi



satu hikmah mengenal diri.... dengan kejadian semalam.....

Terlalu banyak nikmat Allah beri pada saya dan semua manusia.. sungguh malu saya padaNya kerana masih saja lalai, masih banyak yang perlu saya gali ilmu Allah yang MAHA LUAS yang dipinjamkan kepada kita ....







Thursday, May 9, 2013

Suprise from embun and kekwa

Samapi je rumah, Embun terus keluarkan sekeping kertas merah jambu..

ummi, ni kakak buat kat sekolah tadi..

"untuk ummi.." kata Embun





awww... sangat terharu... rasa nak menitik air mata ni lihat gmbar kami bertiga yg dilukis comel oleh embun... dan kekwa  (dgn bantuan cikgu lah!)


 UMMI SAYANG ANAK-ANAK UMMI KERANA ALLAH TAALA.. :)


Thursday, May 2, 2013

Roti Nan di Restoran Jamilah

Petang tu saya dan anak2 singgah makan di restoran mamak.. nama restoran tu si Jamilah.. kami order roti nan, ayam tandoori , roti canai kosong untuk Embun dan aiskrim untuk si kekwa...

Sebenarnya saya berniat nak puasa pada hari tu, tapi tertewas dek terlalu penat bekerja time'peak hour',maklumlah 30 April.... balik kerja, terus ambil anak2 dan ajak mereka makan di restoran. nak masak dah tak larat.. ;p

sedang sedap menikmati roti nan bersama ayam tandoori, tiba2 Embun berkata,

"ummi, kakak sakit perut, nak pegi tandas..."

alamak, embun tak pakai pampers, nak pergi tandas plak? nak tinggalkan adik sekejap siapa nak jaga?, makanan kalau dibiarkan nnt orang kedai kemas pula...akhirnya saya mengambil keputusan untuk bungkus sahaja makanan yang belum habis dinikmati itu.. sob sob... dan terus ke tandas bagi Embun menyelesaikan hajatnya.. dan adiknya Kekwa, ikut sekalilah! takkan nak tinggal dia sorang2 kan...

dan bila sampai je rumah, ummi buka makanan yang belum habis makan tadi, konon nak sambung makan balik, tgk kuah tidak dibungkus sekali, nampaknya kena makan kosong je la bersama ayam. Tengah nak suap makanan ke mulut, tiba, si kekwa pula,

"mi!! syuk!!"

alamak, adik pulak nak ke tandas...
berhenti lagi makan.............


dan ini hanyalah antara hari-hari saya dan anak-anak...
semoga hari esok lebih ceria dan gembira serta perjalanan hidup sentiasa dirahmatiNya...



Selamat Hari Raya 2023