Tuesday, August 17, 2010

Bulan memasak ke .....

Ramadhan mubarak to all my readers..

:)

Buat kali kedua saya berpuasa di perantauan... dan kali kedua jugaklah saya akan beraya di perantauan... huk huk huk...

Sedih pilu hati ini bila mengenangkan bulan puasa ni terpaksa ke dapur membuat juadah berbuka yang diidamkan sendiri.. pandai2 la nak hidup kat negara orang kan.. tak ada bazaar ramadhan macam di negara kita.. yang ada cuma stall jual kuih muih yang hanya 3 jenis- samosa, pakora dan roll...

Saya boleh katakan yang bulan ramadhan kali ni adalah bulan memasak bagi saya..
e eh, hari2 tak masak ke? hihi.. masak jugaklah.. cuma bulan ni special skit, sebab mengidam macam2.. wakaka..( alasan je benornya... nafsu makan tu melampau.. )

Sepanjang puasa kali ni, alhamdulillah saya sebagai mak buyung berpuasa juga.. memandangkan cik embun sudah pandai minum susu tepung- enfagrow, (yup, settle masalah saya nak kasi dia minum botol) dan dia pun dh pandai tidur sendiri tanpa menyusu badan, makin mudahlah saya nak meneruskan puasa. Ye la kan, kalau puasa, menyusu lagi, mengandung lagi, letih badan jugak.. So, si kakak embun mengalah untuk adiknya dan bagi chance kat ummi dia nak puasa jugak. :)

Setakat ni saya dh cuba beberapa resepi baru..
- nasi kerabu
- keropok lekor
- apam gula hangus
- kuih mocha mek nur (ciptaan sendiri) :)
- cendol tak jadi
- apam balik

ye puan2 dan tuan2.. sekian..

;p

Wednesday, August 11, 2010

Saya kagum dengan encik suami saya

Semalam saya mencuba satu resepi baru.. "burger Malaysia"...
saya ambil resepi dari fotopages kawan yang pernah tinggal di Islamabad, dan kini dia di Dublin.
Terasa sangat terliur melihat gambar yang dipamerkan di fotopages dia tu.. dan saya pun mahu mencubanya!

Setelah menyalin resepi, saya menyuruh encik suami membeli beberapa bahan untuk saya membuat kuih itu. Dan dengan terujanya saya mahu mencuba menguli doh roti burger. Sambal bilis telah saya buat semasa memasak nasi lemak. Makin mudahlah kerja saya. Cuma membuat roti burger dan letakkan inti sambal bilis serta sedikit hirisan timun di dalamnya.

Semasa saya mahu menguli doh roti burger, encik suami cuma melihat dengan reaksi yang pelik. Lalu dia pun berkata, "macam tu ke you uli?"
dan saya membalas dengan bangganya, "yup, this is my first time in my whole life i menguli tepung dengan tangan"
Dia pun pergi meninggal dapur dan membiarkan saya menguli..

Setengah jam selepas saya membiarkan adunan yang diuli itu naik, saya menyuruh encik suami melihat adunan saya. Sudah kembang dua kali ganda ke?...

Dan setelah dia melihat adunan itu, dia terperanjat lalu berkata,
"You ni uli ke tak? kenapa nampak tepung2 kasar lagi ni?"..

Saya dengan selamba menjawab, " er, macam tu je la saya uli.. saya kan kata tak pernah menguli"... Lalu encik suami duduk bersila di karpet dapur dan menguli semula adunan roti burger itu..



Saya amat terkejut dan kagum sekali melihat cara dia menguli roti itu lalu saya bertanya samada dia pernah ke menguli sebelum ini, dan dia cuma berkata, "saya slalu tengok che dan kakak2 saya menguli sebelum ini"..



Terdapat sedikit kekesalan di hati saya kerana selama ini saya tidak pernah ambil peduli apa yang mama saya buat di dapur, bila sekarang baru terhegeh2 nak belajar cara2nya.. huhu... mujur dapat encik suami yang serba boleh.. alhamdulillah...

Dan akhirnya encik suamilah yang menguli tepung itu, dan saya menggoreng dan menyiapkan hingga menjadi "burger Malaysia"





Tuesday, August 10, 2010

Anak islamabad

hello again!

memandangkan entri yang lepas saya sudah meluahkan kerisauan saya dan dilema saya... akhirnya saya telah menemui jalan yang saya kira itulah yang paling baik setakat ni...

saya akan bersalin di Islamabad... inshaAllah... harap dipermudahkan semuanya...
dan saya akan import mama saya datang ke sini untuk jaga saya lepas bersalin nanti.. yay!!!
mama saya setuju je.. syukur.. dapat mama yang best lagi sporting.. tenkiu2.. love u mum.. :)

dan encik suami tak perlu lagi risau tentang berjauhan dengan anak kesayangannya itu.. cik embun.. cewah, padahal umminya pun tak sanggup nak pisah lama2 dgn encik suami.. nanti kelam kabut dibuatnya, mana nak tgk embun, mana nak tgk adik si embun.. dan mama sy tak lah penat sgt nak tgk dua cucu sekali gus kan...

semoga segalanya berjalan lancar... dan dipermudahkan olehNya... amin...
er, sakit nak bersalin sama je kan kat mana2 pun? ;p

saya harus kuat! chaiyok!!!!

Tuesday, August 3, 2010

dilema

Skang kandungan aku dah nak masuk 5 bulan.. Bulan depan masuk 6 bulan.. Bermakna aku ada sebulan je masa untuk menentukan kat mana aku harus bersalin..

Malaysia@shah alam atau di islamabad??

Kalau nak naik flight, kena sebelum kandungan aku 7bulan.. Jd bulan depan je penentunya!!! Huuu..

Kalau bersalin di malaysia,
Mama ada jaga
Ada tukang urut

Tapi,
En suami takde,
Kemungkinan dia tak balik masa aku bersalin dan aku terpaksa tgk embun dan adiknya.. Mampu ke aku?
Dulu yg mandikan embun baru lahir pun ayahnya...
Kos nak balik malaysia sgt mahal.. Pergi sahaja dalam RM2000 lebih.. Bayangkan tambang en suami kena bayar kalau dia kena ulang alik malaysia-pakistan... Huhu.. Laki aku bukan jutawan..

Kalau bersalin kat pakistan,

Kos rawatan ditanggung..
En suami ada tgkkan embun sementara aku jaga adiknya..

Tapi... Takutnya lah bersalin kat negara pakistan yg serba -teet- !! Hm, Dan sape nak urut aku lepas bersalin nnt? Hmmm...


Selamat Hari Raya 2023