Posts

Showing posts from April, 2011

Doa Mawar buat Nafastari

Sayang, sudah 60 hari kamu meninggalkan kami.... Sejujurnya Nur masih rasa seperti ianya satu mimpi... bagaikan semalam kejadian itu berlaku.. bagaikan semalam kita bersama2 di dalam kereta putih itu...
Nur masih tidak percaya kejadian itu berlaku.. hanya dengan sekelip mata kamu pergi meninggalkan kami.. Ayat terakhir yang Nur dengar dari mulut kamu adalah "ALLAH".. Alhamdulillah sayang, kamu sempat menyebut nama Tuhan sebelum kamu pergi buat selama2nya..
Ahmad, tahukah kamu Embun dan Kekwa baik2 saja, Embun semakin bijak, dia sudah mulai ikut Nur solat. Setiap kali azan berkumandang, Embun akan berkata, "ummi, wash., nak olat." maksudnya, ummi jom pergi amik wuduk, nak solat.. Sejuknya hati bila memandang wajah comel Embun mengajak Nur solat... Kalaulah sayang ada, tentu saja perkataan "MashaAllah anak ayah!" akan keluar dari mulut kamu...
Kekwa semakin cantik sayangku.. dan semakin comel... Rupanya lebih menyerupai nur. Dia lebih lembut dan manja berban…

Sukar Lelap

Sejak pemergiannya.. saya agak sukar untuk tidur.. setiap malam pasti terjaga teringatkannya....dan tiap kali itulah aku tidak henti2 mendoakannya...
Isteri... sudah lumrah seorang isteri sentiasa menunggu suami... Dahulu menunggunya pulang dari kerja, menunggunya bermain facebook tgh2 malam, (heh, sindrom jeles dgn FB pun ada), menunggu untuk berceloteh dengannya..
Sekarang, menunggu utk bertemunya 'di sana' kelak... Dan sentiasa mengharapkan dia hadir dalam mimpiku... agar terubat rindu ini...

Embun & Baju ayah

Orang tua2 selalu kata, kalau si ayah meninggal, selimutkan anak2 dengan kain pelikat atau baju yang belum dibasuh milik arwah ayahnya..Begitulah yang dibuat oleh saya.. Sebenarnya, mungkin saya yang lebih selimut daripada si anak.. hehe..

Baunya masih melekat, setiap hari saya tidur beralaskan baju kemeja yang dipakainya sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia. Rasa rindu yang sukar diungkapkan, hanya linangan air mata yang mengubati rindu itu..
Suatu hari, Embun terlihat baju kemeja itu lalu terus sahaja dia menyebut, "ayah!" .. bijaknya kamu Embun, kamu masih kenal itu baju ayah.. Ummi sangat terharu dan sebak bila kamu menyebut Ayah sambil mencium baju itu.. Mungkinkah kamu mengerti ayah kamu sudah pergi Embun ? Siapa tahu hati dan fikiran anak kecil bernama Embun ini.. dia menyaksikan kejadian itu, dia juga menyaksikan ayahnya berlumuran darah, dikafankan dan dikebumikan.. Mungkinkah dia sudah mengerti? Lagi pula, selepas kematian ayahnya, Embun tidak pula demam rindu.

Seperti kehilangan dompet

Siapa pernah kehilangan dompet atau beg tangan? angkat tangan! huhu.. Memang rasa susah sangat kan bila kehilangan dompet..
Rumit pulak tu proses selepas kehilangan dompet tu... Mula2 kena buat report polis, lepas tu kena buat ic baru, lesen baru, freezekan kad bank...yang mana dah kawin, ada pula mykad kahwin skg.. hm.. mcm2 kena buat..
ha, itu baru dompet... kalau "kehilangan" orang pun akan melalui macam2 proses... 1. urusan pengebumian - kebumi, daftar kematian dsb 2. urusan polis 3. urusan bank 4. urusan harta - rumah dan kereta 5. urusan pinjaman 6. urusan insuran 7. urusan pencen, gaji dan sebagainya 8. urusan hospital
Setiap urusan akan memakan masa juga... Mujur ada perkataan sabar dalam dunia ni.. :)



Islamabad in memory

Image
Hm, mulanya saya dah taip entri ni macam nak buat karangan journey saya di sana.. sampai perenggan ke tiga, terus delete semula sebab TAK SAMPAI HATI nak cerita....
Apa pun kesimpulannya, Islamabad ni full of memory with my love one. Sedih sangat bila hari tu balik untuk packing barang2 balik semula ke Malaysia. Nasib baik ada Kak ida (sepupu encik suami) yang temankan saya ke sana. Seminggu kat sana, seminggu jugakla menahan sebak. Kak Ida lah yang banyak bantu dari segi support moral dan tenaga kerja kemas2 umah.
Tak nangis ke sampai sana hari tu? tipu sgt kalau saya kata tak nangis kan!! meraung jugakla.. pastu kak ida marah.. hahaaa... terus kawal diri balik.. Lepas tu tengok kak ida nangis, tak pe pulak! hahaha.. kak ida, kak ida... apa pun nur sangat2 berterima kasih kat kak ida sebab sanggup temankan saya dan amik cuti bekerja untuk tolong saya uruskan hal2 kat sana.Moga Allah sajalah membalas jasa kamu.( if u read this entry, i wanted to say how much i appreciate your help. )
Ta…

Bawa baby pegi umrah

Image
Saya tujukan entri ni khas buat Kak Yatt, (senior sekolah menengah) dan untuk family yang teringin buat umrah&ziarah sambil nak bawak baby pegi skali.

Melalui pengalaman saya dulu, Mac 2010, saya dan arwah tanpa rasa ragu2 membawa Embun pergi umrah bersama2 kami. Cerita Embun pergi umrah, boleh click di SINI
Kami ke sana dari Islamabad, jadi mana mungkin kami tinggalkan si kecil Embun di Islamabad. Lagi plak bila fikir2 pun, orang kat negara Arab tu selamba je bawak anak2 pegi, takde apa pun.. dan bukankah environment di masjid itu adalah baik untuk anak2?.. :) oleh itu, beberapa persiapan telah kami buat sebelum menunaikan umrah buat si kecil, antaranya:
solat berjemaah - biasakan baby tu tengok kita solat berjemaah di rumah, jadi mereka akan biasa dengan suasana jemaah semasa membuat umrah nanti.baby carier - untuk memudahkan membawa baby di dalam keadaan yang sesak dan ramai orangbaby stroller- amat berguna bila baby nak tido, kita pula nak solat jemaahbotol air minuman serta maka…

Rahsia masa lalu

Alhamdulillah, ramai yang datang menziarah dan memberi kata2 semangat buat saya dan keluarga selepas pemergiannya.. terima kasih yang tak terhingga buat semua yang peduli, yang mengambil berat dan mendoakan...kerana doa kalian semua, saya masih bertahan dan terus berjuang demi anak2.. Terima kasih Allah kerana mengabulkan doa semua buat saya dan keluarga.. mudah2an doa mereka buat arwah juga dimakbulkan olehMu..

Sahabat2 arwah, sahabat2 saya, kaum keluarga ramai yang datang menziarah.. tidak putus2 kunjungan tetamu di rumah mertua serta di rumah ibubapa saya. Terima kasih kerana sudi menjenguk kami.. Kepada yang pernah datang berkunjung, janganlah serik berkunjung lagi. :) Hati dan emosi saya ketika ini tidaklah sestabil dulu, mungkin masa akan mengubat semuanya, InshaAllah. tapi saya bersyukur kerana masih diberikan akal fikiran yang waras untuk meneruskan hidup. Namun, saya juga manusia biasa, yang mudah terguris dan tercalar hatinya apabila sesetengah yang berkunjung itu menceritak…

Detik perkenalan mawar dan nafastari- Khas buat anakandaku Embun dan Kekwa

Embun dan Kekwa,

Kalau nanti kamu tertanya2 bagaimana mulanya ayah dan ummi berkenalan,
kamu bolehlah membaca cerita ummi tentang dia. Dan dibawah ini antara mesej2 ayah kepada ummi di laman Friendster..

Bacalah puteriku, moga kamu terhibur...
:)


From:03/25/2005 2:16 pm Ahmad WM Subject:Salam..Message:I think u're the one that i'm lookin for! Tell me if I'm right.. Long time no see. Pls write something to me. Would u be my fren? I'd appreciate tht!

From:03/25/2005 2:18 pm Ahmad WM

Entri untuk mawarnya

Lemah

Bila malam, bila sunyi, bila puteri2ku lena dibuai mimpi, saat itulah yang mengujiku.. Datang rindu yg amat dalam.. Sukar untuk digambarkan, hati menangis kerinduan.. Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini...
[Posted with iBlogger from my iPod touch]

dunia di bawah dagu, akhirat depan mata

aku masih rindukan dia.. smp bila2 pun aku akan tetap rindukan dia..dia lelaki yang paling baik pernah aku kenal, dan paling rapat denganku.. (mestilah kan, laki aku! hihi...)
kadang2 aku akan mengingati saat2 manis kami untuk aku tersenyum kembali...
oh, segalanya terlalu indah.. smpkan aku terlupa.. lupa dunia ini sementara...
Allah, terima kasih menyedarkan aku tentang kelalaian dan kealpaan aku bahawa bahagia dunia ini sementara...
benar2 sementara..
**usia tidak membawa apa2 erti jika amalan kita tidak sebanyak usia kita..


Paused

mahu menulis.
tapi bukan sekarang.