Friday, May 15, 2015

Dilamar pada tahun 2013

wah.. caption tajuk.. suspen kan?!

tahun 2013 lepas...
pernah dilamar oleh syarikat penerbitan majalah untuk menulis artikel di ruangan majalah mereka....

hehehe...
tanpa ragu ragu saya terima untuk menulis di ruangan tersebut...
sebenarnya saya tak pasti dh publish ke belum sbb penerbit tak pula bagi saya copy dan saya pun tak pernah beli majalah mereka... hehe...

tapi apa pun..siapa yg pernah membaca ruangan tu dulu..saya harap dapat sedikit sebanyak membantu mereka yg supermom seperti saya meneruskan kehidupan.....

pandang ke depan..
dan teruslah berjalan....
meneruskan kehidupan


««««««««««««isi artikel mawar sempena hari ibu tahun 2013»»»»»»»»»»»»»»»»»»


Namaku mawar, aku punya seorang suami yang aku rasakan seperti dia adalah nafas hidupku, matahari yang menyinari kelopak kehidupan seharian ku. Aku menggelarnya “nafastari”.Kami bertemu di sebuah universiti yang kami belajar bersama-sama dan akhirnya membawa kami ke jinjang pelamin.

Setelah setahun kami berkahwin, kami dikurniakan seorang puteri yang kami gelar’Embun’. Embun adalah penyejuk rumahtangga kami. Tiga hari selepas kelahiran Embun, suamiku ditugaskan untuk berpindah dan bekerja di luar Negara. Agak berat untuk aku dan Embun yang masih kecil berpisah dengannya. Jadi kami mengambil keputusan untuk ikut bersama.

Bumi Islamabad, Pakistan merupakan bumi yang bersejarah dan penuh dengan warna kehidupan yang mencorakkan kebahagiaan kami sekeluarga. Hampir dua tahun kami di sana dan aku selamat melahirkan seorang lagi puteri yang wangi yang ku gelar “Kekwa”.

Mawar, Nafastari, Embun dan Kekwa sangat bahagia bersama walaupun kami di bumi yang asing, di bumi yang sedang bergolak dengan perang saudara dan perkauman. Berada di samping keluarga tercinta merupakan senjata yang paling selamat dan aman.

Sembilan puluh hari usia Kekwa, kami mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air melawat keluarga dan seterusnya memperkenalkan puteri wangi kami kepada saudara mara di Malaysia.

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung Nafastari, tiba-tiba seekor kuda datang merempuh kereta kami dan kemalangan itu meragut nyawa nafastari, ayah Embun dan Kekwa. Bahagia yang kami rasakan seakan-akan hilang bersama nyawanya yang pergi malam itu.

Waktu itu usiaku 25 tahun, Embun 1 tahun 11 bulan dan Kekwa hanya 90hari. Sesungguhnya kita semua kepunyaan Allah s.wt. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan.

Aku harus meneruskan kehidupan bersama puteri-puteriku yang masih kecil. Kelopak mawar gugur dengan banyaknya setelah hilangnya sinar mentari daripada Nafastari. Namun, kehidupan Mawar diceriakan dengan Kekwa dan perasaan hiba mawar disejukkan dengan Embun.

Embun kini sudah mencecah usia 4 tahun dan adiknya Kekwa berusia 2 tahun setengah. Syukur Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan daripada keluarga dan sahabat, kami sekeluarga masih mampu tersenyum dan meneruskan kehidupan walau tanpa seorang imam dalam keluarga kami.

Embun begitu bijak dan seperti mengerti apa yang berlaku. Kadangkala muncul juga soalan mengenai ayahnya dibibirnya.
“Kakak nak jumpa ayah” ngomel si kecil embun

Aku cuba menarik nafas dan dalam masa yang sama menahan sebak lalu menjawab soalan puteri sulungku,
“Boleh, kakak boleh jumpa ayah, tapi kakak kena jadi budak baik dulu, dengar cakap ummi, selalu solat, selalu doakan Ayah, nanti boleh jumpa Ayah kat syurga!”

Embun senyum keriangan dan membalas, “Syurga?, kakak nak masuk syurga!!”

Subahanallah, Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui betapa rindunya anak kecil ini terhadap ayahnya. Aku sebagai ibu hanya mendoakan anak-anakku tabah dan sabar dalam menghadapi segala cabaran dan ujian dunia ini.

Sesungguhnya tempat kita yang sebenar-benarnya bukanlah di dunia, pemergian ayahmu membuktikan bahawa dunia ini tempat yang sementara buat kita semua.

Aku juga akan berusaha untuk terus bangun dan bangkit demi dua puteri comel ini. Mereka perlukan aku sebagai pembimbing, sahabat dan pendidik. Aku harus memainkan peranan sebagai ibu dan ayah kepada mereka. Setiap hari aku berdoa agar diberikan kekuatan dan kesabaran yang berpanjangan dalam mendidik dan memikul tanggungjawab membesarkan mereka.

Aku percaya Embun dan Kekwa adalah anak yang istimewa yang Allah telah berikan kekuatan hati dan jiwa yang kental sejak dari kecil. Mereka membesar dan bermain seperti anak-anak lain , mereka tidak kurang apa pun malah mereka lebih dari segi kasih sayang.Siapa pun yang melihat mereka pasti akan berasa berasa sayang pada mereka. Allah juga Maha Kasih pada mereka kerana mereka dididik seperti kehidupan Rasulullah, yang merupakan anak Yatim sejak kecil. Untungnya si kecil ini bukan? Mereka adalah anugerah Allah buat Mawar dan selamanya menjadi buah cinta Mawar dan Nafastari

Kini usiaku 28 tahun, mungkin masih jauh perjalanan hidupku di dunia ini, dan mungkin juga tidak! Allah yang lebih Mengetahui .Nafastari meninggalkan dunia di waktu usianya mencecah 28tahun. Kita tidak tahu berapa usia kita hidup di dunia ini, namun apa yang kita perlu tahu, kita perlu jadi yang terbaik dan melakukan yang terbaik dalam kehidupan kita seharian.

posted from Bloggeroid

9 comments:

  1. Tulisan yang bagus. Awalan yang agak mendatar dan kurang menarik tetapi dari pertengahan hingga akhir, berjaya digarap dengan baik dan mengesankan.

    ReplyDelete
  2. Tulisan yang bagus. Awalan yang agak mendatar dan kurang menarik tetapi dari pertengahan hingga akhir, berjaya digarap dengan baik dan mengesankan.

    ReplyDelete
  3. Bagus penulisan awak mawar. Awk boleh tulis kisah hidup awak membesarkan anak y masih kecil sbg ibu tunggal lpas ni. Motivasi pd ibu2 diluar sana.

    ReplyDelete
  4. semoga terus tabah menghadapi hari mendatang.salam perkenalan.

    FAD

    ReplyDelete
  5. moga tabah...terus hidup...terus terbang

    ReplyDelete
  6. Lamanya LM tak ziarah ke laman mawar ni. Moga rohnya aman di sana.. Tulis la sekerap mungkin, mana tau ia mampu melegakan hati yg pedih tu.

    ReplyDelete
  7. SubhanaAllah. Awak memang seorang yg tabah. Kalau kaqlin tak taulah macamana ..huhuhu

    ReplyDelete
  8. sedang mencari idea utk menulis.. baca tulisan mawar ini.. cukup memberikan inspirasi.. terima kasih.. teruskan menulis ya.. alfatihah buat nafastari..

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023