Alhamdulillah... hari ini genap 11 hari aku berpantang, bermakna 11 hari jugaklah umur Marwa. Setakat ini semuanya baik2 je,terasa cepat sungguh masa berlalu. Perasaan risau, takut dan fobia seakan2 hilang bila tiba masa bersalin..
Aku masih ingat, pagi Ahad, 5 December 2010, selepas aku bangun solat Subuh, terasa seperti katil basah dengan air. Kemudian aku ke tandas, air jernih masih mengalir. Oh, mungkinkah air ketuban sudah bocor? Aku duduk di dalam tandas agak lama, air masih mengalir sedikit demi sedikit. Terus aku kejut encik suami dan bersiap2 untuk ke hospital. Sebelum ke hospital aku mandi dahulu supaya segar dan bertenaga nak bersalin nanti. Kemudian aku berjalan membuat 25 pusingan di laman rumahku dengan harapan supaya bukaan nak bersalin lebih cepat.
Sesampai di hospital, doktor kata bukaan hanya 3 cm, dan aku harus tunggu supaya sakit bersalin (contraction) lebih kerap. Semasa 3 cm aku tak rasa apa2 sakit pun lagi, air ketuban masih mengalir dan aku terpaksa memakai pad. Pukul 10 pagi, doktor memasukkan ubat supaya lebih cepat proses bukaan nak bersalin. Lagi pula air ketuban aku tidak henti2 keluar. Doktor kuatir jangkitan kuman akan berlaku dan kemungkinan bayi akan lemas bila kekurangan air ketuban.
Pukul 12 tghari, bukaan menjadi 4.5 cm.. saat itu sakit datang dengan kerap. 5 minit sekali sakit itu datang. Sakit perut mengeras dan rasa macam sesuatu menekan2 di bawah. Susah untuk tulis dengan perkataan rasa sakit itu. Sakit yang amat sampai kadang aku terpaksa menggenggam tangan encik suami sekuat2nya. Pada saat itu, doktor datang bertanya samada aku perlukan suktikan "epidural" atau tidak. Lalu aku jawab tidak perlu kerana aku rasa masih mampu menahan kesakitan itu. Lagi pula masa melahirkan Embun dahulu pun aku tidak pernah ambil suntikan itu dan aku pernah terbaca di ruangan forum ibu mengandung, suntikan itu membuatkan kita tidak rasa sakit, maka agak sukar untuk kita meneran kerana kita tidak merasa sakit. Mungkin ada benarnya kata orang di forum itu.
Pukul 3 petang, sakit semakin kerap dan aku disuruh berjalan ke bilik bersalin. Saat itu nak berjalan pun rasa payah, macam terasa mahu merangkak sahaja. Tapi aku gagahkan juga untuk berjalan supaya bukaan lebih cepat. Sesampai di bilik bersalin, aku dipantau doktor pembantu. Sakit datang lebih kerap, terasa benar2 lemah dan tak bermaya. Sejam kemudian, aku benar2 terasa ingin meneran dan doktor memeriksa bukaanku sudah 8-9cm, doktor menyuruh aku meneran. Tiba2, berbau busuk, erk, aku terberak da.... hihi.. malu btul rasanya, tapi doktor menenangkan aku dan berkata" it's okay, u can push now"... dan aku meneran sekuat hati. Kemudian doktor mengajar aku untuk meneran bila terasa sakit kontraksi. Bila mana sakit itu tak ada, aku tidak dibenarkan meneran. Nasihat doktor itu amat berguna sekali. Ianya benar2 membantu proses nak bersalin. Hanya dengan 2 kali teran, lahirlah Marwa ke dunia ini.
Alhamdulillah, syukur....
mcm mudah jer proses lahirkan marwa berbanding nadaa yer..huhu bleh terberak laks..dorg xbagi ubat berak dulu ye...tahniah..dh ade 2 princess sekarang..tapi bby baya sume kekecik, mcm umminye juga...senang nak teran.heheh
ReplyDeletehaha berak tu xleh blah!!
ReplyDeletetq sbb honest!
tahniah utk anda sekeluarga!