Wednesday, December 1, 2010

Tentang Dia - Part 2

Sambung balik citer tentang dia..

***


Nak tahu apa jadi lepas dia mesej aku tu? hu.. aku memang sedikit terkejut, tapi aku rasional,aku berhasrat untuk kawan dulu, kenal hati budi dulu....dia pun setuju..

Tak sampai setahun kami kenal, kami bertunang dan 6 bulan lepas tu nikah... :)

Terus terang aku katakan, aku tak berapa tahu tentang dia dan keluarganya, malah kegemaran dia pun aku tak berapa tahu sepanjang kami berkenalan.. yang aku pasti, dia budak yang baik. Walaupun aku masih di tahun akhir study, aku tekad untuk bernikah dengan dia, sebab aku percaya, dia memang calon yang sesuai. Bila mana kita dah jumpa orang yang kita yakin dia baik dan boleh jadi suami kita, tak perlu ragu2 lagi untuk terimanya.

Tahun pertama perkahwinan kami memang mencabar.. seperti pasangan lain, aku pasti memang sukar mencari titik persamaan antara dua pihak yang berbeza latar belakang keluarga. Aku dibesarkan di kota, dia pula dengan cara konservatif di daerah persisiran pantai. Budaya keluarga kami memang sangat berbeza. Aku ingat lagi, pertama kali aku masak mee goreng untuk dia, dia memberitahuku "mee ni pedas, bawang mcm tak masak" dan sambal belacan aku dikatanya, "banyak belacan, rasa belacan".. kadang cara aku membasuh pakaian dan melipat pakaian juga dikomennya. Semua komen2 dia membuatkan aku tertekan dan dengan senangnya aku menangis.

Terasa lucu pula bila teringat kisah tahun pertama perkahwinan kami. Terlalu banyak salah faham hanya kerana cara dan budaya berbeza. Tapi alhamdulillah, semakin lama, aku semakin mula menerima teguran dan komen2 dia dengan senang hati. Tanpa rasa tertekan, dan air mata aku tak mengalir lagi. Dah kebal kot! haha... Dahulunya aku sering kecewa dengan sikapnya yang tidak pedulikan tentang hari2 istimewa seperti ulangtahun perkahwinan atau birthday.. Sekarang cara aku berbeza,aku akan memaksa dia keluar makan di hari istimewa, walaupun dia tidak beria2. Aku tidak lagi mengharapkan sesuatu yang istimewa di hari istimewa.. cukuplah sekadar dia melayan karenah aku ingin berjalan2 keluar di hari itu.

Alhamdulillah, 18 zulhijjah yang lepas, genaplah 3 tahun usia perkahwinan aku dan dia.Kebtulan tarikh yang sama dengan tarikh perkahwinan mama dan papa aku. Aku mengajak dia ke restoran untuk meraikannya. Kami tidak bertukar hadiah, tidak mengapalah, yang penting, aku bahagia dengan dia. Terima kasih Allah kerana kurniakan aku seorang suami yang baik, dilimpahi dengan rezeki seorang anak perempuan yang berusia 1 tahun 8 bulan, dan sekarang aku sedang menunggu masa untuk melahirkan anak yang kedua. Alhamdulillah... sungguh aku benar2 bahagia dengan rezeki ini...segalanya keranaMu, aku benar2 bersyukur....

4 comments:

  1. amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :)

    [mode jeles]

    ReplyDelete
  2. mmg tu asam garam org kawen..n aku ingat time2 tu ko duk luah kan perasaan...x pe kan..dah ada anak so dah kebal dah.

    ReplyDelete
  3. hi Mawar..sesuguhnya Ahmad memang menyintai anda. sbb setiap kali dia bercerita tentang isteri dan anak2nya.. dia sagt2 bahagia,, semoga rohnya dicucuri rahmat!! aminn,,,

    ReplyDelete
  4. Cinta kerana Allah...
    pertemuannya kembali kelak di sorga...

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023