Thursday, October 10, 2013

FACE THERAPY

kalau cakap pasal orang perempuan.. yang paling diorg concern adalah bahagian muka... kadang boleh berhabis banyak untuk muka... dan saya tak terkecuali.. cuma bezanya mungkin saya bukan jenis yang suka make up.. sbb allergik dgn compact powder...

sejak beberapa bulan ni, kehidupan saya agak memenatkan.. mungkin kerana mama dah kurang tinggal dengan saya di Kluang kerana dia check-up di HUKM, makanya tinggallah kami tiga beranak. Balik kerja, melayan karenah anak-anak seorang diri, tanpa teman nak berbual, tapi mujurlah Embun dan Kekwa sudah petah bercakap. Ummi tidak sunyi lagi.. Riuh rumah dan tunggang langgang dibuatnya! :)

Penat jangan cakap.. kadang sampai tertidur bila melayan mereka berdua sedang asyik berbual tentang rakan sekolah mereka (taska).. dan kadang juga mood saya turun naik, kadangkala saya jadi seperti ibu yang merajuk nak lari dimakan batu belah batu bertangkup! kadang saya sepeti singa yang mengaum marah bila anak-anak terlalu menguji kesabaran... dan kadang saya juga seperti keanakkan melayan saja kehendak mereka... dijadikan seperti buai, meja, kuda, motor, gelongsor dan apa saja yang mereka mahukan.. ummi rela kerana melayan keletah anak-anak buat diri ini rasa begitu bahagia..

apa lagi yang saya inginkan? Allah berikan yang terbaik buat kita, kita cuma harus menghargainya... usahlah difikirkan apa yang kita tidak punya.. apa yang kita kurang, kerana itu semua hanya akan melemahkan jiwa yang bahagia....

berbalik semula cerita muka... (menyimpang pula saya!) Seharian penat membuat kerja routine... buat saya kadang mengeluh sendirian, maka saya cuba lakukan sesuatu yang mungkin buat saya tenang dan suka... maka saya telah menemui hobi baru! Face therapy!

apa tu face therapy?

hehe.. nantilah saya upload gambarnya ye!

jumpa nanti....
terima kasihlah sudi baca.. hihi


7 comments:

  1. mane face terapi? nak jugak saye amalkan..

    ReplyDelete
  2. suka ayat ..apa lagi yang saya inginkan? Allah berikan yang terbaik buat kita, kita cuma harus menghargainya... usahlah difikirkan apa yang kita tidak punya..

    ReplyDelete
  3. jgn lame2 ye kak...sy tunggu ni nk tau apakah itu FACE THERAPY...upload pic. EMBUN & KEKWA ye kak...;)

    ReplyDelete
  4. adik manis... ada rakan cyber kirim kata2 ni kat akak.. riwayat ibnu majah... wanita soleha yang menjaga anak yatim dengan baik...dia org yg pertama masuk syurga ... moga kita termasuk dalam golongan tu kan...

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023