Friday, February 12, 2016

FACE THERAPY -PART 2

Salam...

first of all.... AMPUN sangat-sangat!! lamaaaaaaaa sangat nak continue part 2 entri lama ni

entri tahun 2013, bulan oktober tentang   Face Therapy   < ---- please click this link

masa dulu update pasal tu sebab tengah excited guna produk muka yang baru... rasa dia seolah olah pegi buat facial kat kedai facial.. (perasaan je, walhal tak pernah seumur hidup saya pergi salon buat facial) sebab apa saya cakap tu... sebab bila pakai produk tu dulu rasa muka ni segar je... macam lepas pakai tu rasa muka ni cantik je.. muahahahaha...

bila dah jatuh cinta kat produk facial yang saya kata tu... saya pun repeat membelinya setelah habis... dah hampir dua kali pakai sampai habis... bila kali ketiga... mula rasa dah tak sesuai dengan muka..muka jadi kering sangat ...lepas tu jerawat satu dua biji akan tumbuh....

produk apa yang saya pakai sebelum ni?

tara~~~

  ini lah produk yang saya  cuba nak share tahun 2013 hari tu... hahaha

sebab best pakai produk ni masa tu... 3 in 1 lagi... senang.. nak jadi scrub bole.. nak buat daily facial pun boleh... jadi mask pun boleh.. memang best!

cuma biasalah kan.. kulit muka semakin hari semakin tua... dah tak sesuai rasanya memakai produk ni... jadi selepas percubaan yang ketiga, saya dah mula beralih arah... menukar produk yang lain...

orang perempuan memang kebiasaannya akan concern pasal bahagian kulit muka... orang kata bukan saja nak cantik, tapi untuk tampil yakin bila berhadapan dengan orang. betul tak? saya pernah alami muka yang berjerawat batu dan merah merah muka sampai nak jumpa orang pun segan. Pernah juga keluar jerawat yang ada mcm putih putih air macam nanah..ish, pengalaman ngeri seorang remaja perempuan lah bila ada jerawat macam tu kan. Kita akan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai sebabnya orang akan mula tunjuk reaksi yang macam " eh, kenapa muka ko penuh jerawat? " ada yang takut nak dekat pun ada, seolah olah boleh berjangkit plak jerawat bila duk dekat.. haih...

apa yang saya buat untuk hilangkan jerawat tu?

saya pernah share dekat blog ni dulu..tak silap pada tahun 2008.. masa mula mula saya berjinak dalam dunia blogging.. Tajuk entri : TIGA

alhamdulillah, hilang parut dan jerawat saya dulu tu sebab petua orang orang tua bagi tu memang mujarab..

* bedak sejuk + perahan limau nipis + daun pegaga

hari pertama - 7 helai daun pegaga.. ( elok tumbuk bersama bedak sejuk dan perahan limau nipis) sambil letak kat muka, selawat dan doa supaya muka cepat sembuh daripada jerawat

hari kedua- 5 helai daun pegaga dan ulang teknik yang sama

hari ketiga- 3 helai dan teknik yang sama

ulang semula 7 helai... sampai jerawat mula hilang

*  biasakan memakai bedak sejuk di waktu malam
( pastikan cadar dilapik tuala or anything sebab bila bangun pagi memang akan bertaburan dedaun itu dan bedak)

* dah bangun pagi, cuci muka guna air biasa dan lepas tu ambil DAUN LIDAH BUAYA ( dulu mama saya tanam, jd saya ambil je dalam pasu), daun lidah buaya dibelah dua, lendir tu sapu kat bahagian muka, biarkan dalam 15 minit dan lepas tu basuh muka guna air biasa or air suam.. ( effect dia akan rasa gatal sikit, tapi tahan lah sikit ye, nak muka hilang parut kan?)

sekian sahaja petua FACE TERAPHY mawar

lain kali saya share lagi!

xoxo!


p/s: sekarang mawar hanya guna produk pencuci ini

:)




     




2 comments:

  1. Jerawat tumbuh sebiji pun rasa tak selesa apatah lagi berbiji2..

    ReplyDelete
  2. kan...huhu
    tp sebiji dua setiap bulan tu biasa kan..

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023