Friday, February 12, 2016

Embun Kekwa the explorers - Hong Kong trip 2015

impian menjadi kenyataan!

wishlist  !!!  - done :)

Alhamdulillah.... 

terlaksana juga impian saya ingin membawa anak anak mengembara melihat dunia...
percutian 4 hari 3 malam di HONG KONG pada tahun 2015 merupakan pengalaman yang indah buat kami.  

eh?

tahun 2015 punya cerita lah! kenapa baru nak update sekarang?

hihihi... BETTER LATE THAN NEVER kan? hahaha.. 

sebenarnya dah hampir lupa journey masa di sana..


 hampir setahun lepas punya cerita ! tapi sedikit sebanyak yang saya ingat, saya cerita di sini ya?

orang kata bila kita sibukkan diri kita, kita akan lupakan perkara yang menyedihkan kita. December 2014, kematian mama saya buat saya rasa semakin sunyi dan hilang tempat memapah.. saya lemah dari segi mental ..saya seperti lumpuh kedua dua belah kaki... yang saya ada masa tu hanya dua orang puteri saya dan kakak saya yang duduk serumah dengan saya sekarang. waktu tu saya cuma rasa ingin berlari jauh dan ingin melihat dunia dari perspektif yang lain. Saya ingin berfikir dan muhasabah diri di tempat yang asing.

Kakak saya,( yang embun dan kekwa gelar 'alang' ) merupakan seorang wanita yang suka mengembara.



Dia cuma lebih tua dua tahun sahaja daripada saya. Tetapi dia cukup berpengalaman dalam 'backpacking' dan dia juga orangnya lincah dan peramah. Pantang ada tiket murah ke luar negara, dia akan cuba mencari peluang untuk membelinya dan pergi mengembara. Dijadikan cerita, birthday Embun jatuh pada bulan April dan tiket ke Disneyland , Hong Kong murah pada waktu itu, terus sahaja kakak saya membelinya dan mengajak kami ke sana!

Syukur, diberi pengalaman yang berharga, melihat  negara orang sambil belajar sesuatu yang baru di sana. Kami tidak mengikuti mana mana agensi pelancongan, hanya penunjuk arah kami cuma 'Alang'.
Alang membeli tiket kami melalui xpedia.com (hotel dan flight) . kos seorang yang rm540 untuk 4hari 3malam. Perjalanan kami di sekitar Hong Kong hanya menggunakan ETS seperti LRT di Malaysia. Train di sana sangat efficient !




Semoga tahun ni kami ada rezeki lagi berjalan ke negara lain pula. amin...












8 comments:

  1. Best2.. ;)
    Nak lagi kalau backpackers.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..best sgt...cuma penat sikit la sbb bawak budak...nak layan ragam diorg lg..hihi

      Delete
  2. Alhamdulilah..seronok diorang jjln :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah..seronok diorang jjln :)

    ReplyDelete
  4. anak dah besar besar.. seronok nampak derang

    ReplyDelete
  5. semoga keindahan ini akan berkekalan.

    ReplyDelete