ustaz kata... kunci nak jd ibubapa ni... kena ada "sabar"
nak besarkan anak anak kena banyak "sabar"
sungguh,kdg terlanjur marah dan menjerit jerit dan memukul si kecil sbb selalu buat perangai...
ke manakah hilangnya sabar itu nur?
di manakah letaknya 'sabar itu cantik' seperti yang kau selalu ucap dalam hati itu?
anakku embun dan kekwa,
umi marah sebab umi sayang,
umi meninggi suara sebab umi ingin kamu jadi anak yang mendengar kata,
umi tegur sebab umi mahu kamu berdua tahu mana yang salah,mana yg betul.
tp umi selalu lupa,
kamu masih anak anak kecil,
yang perlu dimanja lebih daripada dimarahi selalu...
kamu anak yatim yg perlukan kasih yang lebih daripada anak anak yg punyai bapa,
maafkan umi,
umi cuba menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat kamu berdua,
maafkan umi,
umi kena belajar untuk lebih SABAR
'sabar separuh daripada iman..
kamu muslimah perlu ada iman..
iman... kunci ke jannah...yang kau idamkan selalu untuk bertemu Nya..berkumpul dgn orang yg kau sayang.. '
sabar itu cantik,nur! -nafastari
Allahu...hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui perjalanan hidupmu...wahai Allah, kurniakanlah segala mcm kebaikan & kasih sygMu buat dirinya & anak2...aamiin
ReplyDeleteSaya tahu Nur kuat dan bijaksana...
ReplyDelete