Wednesday, November 25, 2009

Impian jadi Kenyataan! :)




Aku selalu idamkan memakai pakaian ini..

Akhirnya aku dapat juga pakai..

Yay! Thanks encik suami kerana belikan baju ini..

Suka sangat2!!!


:)

Tips! bagi yang ada anak kecil...

Sejak aku datang kat Islamabad ni, macam2 tips aku dapat dari kakak2 Malaysian kat sini. Thanks a load! :)

Al-maklumla, aku kan baru je nak menyesuaikan diri menjadi ibu.. jadi banyak perkara pasal nak jaga baby ni aku tak tahu.. Lagi plak duduk kat sini jauh dgn family, so banyak aku refer kat kakak2 kat sini , doktor dan ada juga la sikit2 aku google kat internet and baca buku What to expect during First Years.. Memang sangat2 membantu..

Antara tips yang aku dapat;

  • Buat kerja bila anak tidur.. (nak mandi ke, apa ke... )
  • Sediakan bahan nak masak bila waktu husband ada kat rumah, so dia boleh tgkkan baby..
  • Contoh: Bawang di blend dan masuk dalam peti, stok utk seminggu.. , senang nak masak, tak perlu lagi time nak masak, time tu la nak potong bawang, tumbuk etc..
  • Biarkan anak menangis tak lebih dari 10 minit.. supaya kita boleh settlekan kerja, dan sbnrnya adalah baik utk bayi menangis bagi menguatkan paru2 dia.. tapi ingat, jangan lebih 10 minit!
  • Barang mainan sebenarnya adalah baik bagi merangsang otak bayi. Bayi boleh belajar mengenalpasti objek, menyentuh, memegang dan sbgnya..

@_@

Monday, November 23, 2009

Routine.. just routine..

Life aku kat sini macam orang lain jugak, ROUTINE..
kalau org bekerja, dia pegi keje, balik keje, makan, tido, dan esoknya keje semula.. routine!..
Sama la macam aku kat sini pun...
cuma yang beza dan bestnya aku flexible, takde dateline, or etc.. RELAX.. haha!


Pagi2, mandikan Embun, sarapan, basuh baju, pinggan, keluarkan lauk yang nak masak,
Pastu lepak2 main internet sambil menyusukan Embun, tgk TV..

Pukul 11, start masak untuk makan tengahari.. Embun tido masa ni.. senang skit nak buat keje..

Pukul 1, En. amad balik makan tghari, time ni la kekdg aku curi masa nak mandi.. huhu, pastu bagi Embun makan...

Pukul 2, En amad pegi ofis semula, aku solat zohor,lepak2 lagi main internet, layan budak kecik ni main..tgk tv.... sampaila En amad balik keje..

Pukul 5.. Dah maghrib, solat, siap2 makan utk makan malam..

Pukul 8.. dah habis makan malam.. tak tahu nak buat apa? kekdg keluar jalan2 sekitar
Islamabad...

kekedg duk rumah, tgk tv, layan National Geo or movie apa2 kat HBO, StarMovie..

Kekdg dgr ceramah kat TV, channel PEACE tv.. kat sini banyak channel ceramah n berita..

Kekedg tgk berita jugak. kami suka tgk Press Tv, info byk dan beritanya telus dan tak melebih2 mcm kat Malaysia.. haha

Em, pukul 11 dah masuk tido.. macam tu la hari2.. routine! nak kata bosan, ada la sikit, sbb apa sikit? sbb masa byk terisi dengan melayan budak kecik yang bernama Embun!.. hehe..

Bila plak aku kemas rumah nak menyapu, vacum semua ye? haha.. hanya pada hari minggu.. masa tu En. amad ada kat rumah, senang dia tgkkan Embun, aku buat keje yang mana kena vacum, lap semua la.. huhu..

Sekarang ni aku nak habiskan buku cerita lagi 2 buah buku, pastu aku nak pi beli buku cerita baru plak.. hoho.. Dan aku dah mula bosan main Facebook yang dulunya aku sngt aktif main.. makanya aku sgt setuju dgn konsep marginal return of utility.. semakin byk kita buat sesuatu benda tu, nnt akan ada satu tahap kita sudah muak dan tak mahu telan lagi.. itulah yang terjadi pada aku bila membuka facebook.. ;p

Monday, November 16, 2009

Ummi has to be alert!

  • normal temperature is 98.6 degrees Fahrenheit (37 degrees Celsius), the reading for a healthy baby may fall anywhere between 97 and 100.4 degrees F (36 and 38 degrees C), taken rectally.
  • Infants tend to have higher average temperatures than older children, so "fever" in a baby is considered to be any of the following:
• a rectal or forehead temperature above 100.4 degrees F (38 degrees C)
• an ear temperature above 100 degrees F (37.8 degrees C)
• an armpit temperature above 99 degrees F (37.2 degrees C)


source : http://www.babycenter.com/


Sunday, November 15, 2009

Embun Nafastari

Hari ini genap usia Embun 7 bulan!
Embun sekarang dah pandai apa ye?..
Dia..

* merangkak tapi kadang2 dia penat, dia menyulur je..
* sedang belajar nak duduk, masih jatuh2 lagi.
* suka main mainan.. esp benda yg bergolek2 dan ada tali..
* suka capai benda yang bukan mainan dia- cth wayar!
* kurang tido - aish, ini la susah ni...
* suka golek2, cepat je dia dh berubah tempat kalau dia nak apa2..
* dah pandai menangis kalau orang takde kat dalam bilik.
* suka menjerit kuat2, test vokal la tu! ;p
* suka membebel.. bahasa baby la tapinya
* sibuk nak bercakap juga bile orang cakap telefon
* suka senyum!
* pandai ketawa terkekek2.. cute sgt! (haha, puji anak sndiri..)
* benda yang paling dia suka adalah.. handphone dan remote control!, dan wayar ye!
* masih menyusu badan, tapi kurang makan! huhu

okayla.. tu je kot yang stakat ni boleh ingat...
kat bawah ni gambar Embun 6 bulan lebih...








Wednesday, November 11, 2009

No Regrets! but BLEsS!!


Semalam encik suami bertanya kepada aku,

Dia : Awak tak menyesal ke kahwin dengan saya?..
Aku : Tak pun, kenapa?
Dia : Ye la, awak kena ikut saya ke Pakistan ni, kalau tak mesti awak dah kerja, gaji besar..
Aku : Takdela, tak menyesal sikit pun... :)

Perasaan cemburu dengan kawan2 yang dah bekerjaya memang tak dapat dihapuskan.. hoho.. tapi i'm thinking in the bright sight.. following my husband is a great job!, plus i get a much better REWARDS, inshaAllah.. A wife should follow her husband and take care of the children, dan gajinya lebih besar dari bekerja di mana2 syarikat kan? gaji diberi bukan in cash, tapinya inshaAllah, cash will be given in the day of Judgement.. :)

Thinking of my hardwork in University- fr almost 5 years and half (er, hard ke?hihi)
and my parents dream to see myself to have a good job, .....sometimes it makes me feels down! However, i shall think positively, that following a husband is also a job, it is also my responsibility..even more, apalah erti keluarga kalau tak bersama dalam susah dan senang bukan?...

Bukan semua orang berpeluang jadi surirumah, jaga anak sendiri dekat rumah,spent time with my little Embun, to see her growing up.. cooking for my husband daily.. orang lain berkejaran nak bahagikan masa kerjaya dan family,esp to those yg dah kahwin dan ada anak,..
i shall be Thankful to what i am now.. Alhamdulillah..

Apa pun, i hope one day i can contribute to the society other than contribute to my family.. in other words, soon as i balik to my hometown, i'll find a job also lah! ;p.. to fulfill my parents dream, my dream and helping my hubby to pay out the bills! .. Aminn.......

Sunday, November 1, 2009

Update on " Hidup di Pakistan"

Salam all...

Sudah seminggu lebih kami pulang semula ke bumi Pakistan setelah hampir 3 minggu "bercuti" di Malaysia.. huhu.. Keadaan di sini semakin mendebarkan, semakin banyak ancaman, semakin banyak benda unpredictable, namun kehidupan di sini harus diteruskan...

Sesampai kami di Pakistan pada malam 23 Oktober yang lepas, kami diberitahu yang malam sebelumnya ada earth quake, dan sewaktu kami di Malaysia , letupan bom berlaku di IIU Islamabad.. dan kami diarahkan untuk lebih berhati2 untuk ke tempat2 awam selepas ini..

Seminggu di sini, digegarkan pula dengan berita letupan bom di Meena City,Peshawar yang mengakibatkan hampir 100 lebih orang mati. Semoga Allah merahmati mangsa yang terkorban. Kemudian beberapa hari lepas, ada gegaran yang kuat berlaku di rumah. Sedang aku menyusukan embun, tiba2 katil bergoyang, ku fikirkan hantu! Encik suami pula waktu itu di bilik tv, dan terus berlari ke bilik tgk keadaan kami. Terus dia suruh aku pakai tudung dan bersiap untuk keluar rumah jika berlaku gegaran lagi. Alhamdulillah, gegaran itu cuma sementara.. dan kami kembali tidur seperti biasa.

Keesokkan harinya dapat berita bahawa ada earth quake berlaku di Afghanistan dengan bacaan 6.0.. Aku pun sebenarnya tak berapa paham skala yang diberi tu. kata Encik suami gegaran 6.0 tu kira cam kuatla juga. Apa pun syukur Alhamdulillah, kami masih boleh teruskan hidup seperti biasa.. memang mencabar duduk tempat orang ni.. kadang2 best juga sebab ada benda baru yang kita experience! ;p

Sekarang ni dah nak masuk waktu winter, cuaca dah mula sejuk, dulu summer boleh cecah 50 darjah celcius, dan sekarang kadang2 menurun smp 11 darjah celcius. Kat dalam rumah ni memang slalu pakai socks dan baju dan seluar sampai 2 lapis. Kata orang di sini, temperature mungkin akan mececah minus bila musim winter nanti! dan minyak masak kat dapur akan beku.wahaa... tak dapat aku bayangkan! nak basuh pinggan menggigil la..

Kulit aku kembali kering dan gatal2 macam aku mula2 datang ke Pakistan dulu. Semakin rajinlah aku memakai krim dan losyen. ahaks! memang itu aku paling malas nak manjakan kulit. tapi apakan daya, tak sanggup tgk kulit bersisik cam ikan kerapu ni..

Embun pula sekarang sudah 6 bulan lebih. Dah pandai bermain sendiri dan merangkak.. Suka senyum dan gelak2, dan sangat comel bila pakai coat! hehe.. tapi kesian dia, pipi dia merah2 disebabkan cuaca. kadang tgk comel plak, cam anak mat salleh je! he..



Selamat Hari Raya 2023