Tuesday, March 5, 2013

Proses pembukuan "Diari Seorang Diplomat, Hikmah yang Tersirat"

Travelog pakistan, Diari seorang diplomat, Hikmah yang tersirat

Saya pasti ada yang tertanya2 bagaimana saya boleh hasilkan sebuah buku untuk suami saya?
bagaimana proses itu dilakukan? bila? kenapa? kat mana?
Saya pun bagai tidak percaya saya telah melakukannya...


Mac 2011
dulu saya pernah menulis tentang dia... Dia seorang penulis
waktu tu 3 minggu selepas pemergian dia... saya menulis tentang dia seorang penulis...
waktu tu saya rasa tulisan dia di blog amat berharga dan bermakna buat saya, kerana itulah satu2nya harta yang tak ternilai yang ditinggalkan buat kami sekeluarga.. segala pahit manis kehidupan dia diceritakan di blognya... saya terlalu menghargai tulisannya.. sayangnya, saat dia telah tiada, mula rasa kehilangan.. mula rasa betapa berharganya penulisan dia buat saya...

ditambah pula, cerita dia mengenai Catatan buat anakanda kedua, membuatkan saya merasakan betapa kasih dan sayangnya dia pada kami sekeluarga, catatan yang merupakan wasiat tauhid seorang ayah kepada anaknya.. anak yang tak sempat pun bermain bersama ayahnya.. anak yang tak sempat memanggil 'ayah' di hadapannya.. Allah, betapa hebatnya dugaan ini pada anak-anakku yang masih kecil, namun syukurlah Embun, syukurlah Kekwa, kerana ayahmu telah meninggalkan harta yang amat bernilai buat kita.. iaitu tulisan dan kata-kata nasihatnya buat kamu berdua...

Saya tekad untuk menerbitkan buku untuk si dia, kerana itulah impian dia satu masa dulu, teringat kenangan perbualan saya dan ahmad,

Ahmad: Nur, i teringin nak ada buku sendiri, nama sendiri depan kulit buku tu, seronoknya kan!, teringin jadi seperti Nasriah Abdul Salam, kawan uia saya, dia penulis novel..bestnya dapat jadi seperti dia, ada buku sendiri...

Nur: hm.... jangan nak perasan lah! 

(heee... sengaja saya menyakat dia)

 April 2011
Tapi, saya sebenarnya tak tahu pun bagaimana caranya untuk menerbitkan sebuah buku... langkah pertama yang saya buat, saya print segala tulisan dia di blognya... saya meminta bantuan biras saya (isteri kembar) untuk menolong saya print blog tu, terima kasih kak tie! :) waktu tu sekitar bulan April 2011...
namun, saya masih belum jumpa jalan untuk bukukan tulisan itu...

Sedang saya bermain Facebook, sahabat matrikulasi uiam saya tiba-tiba menegur saya, lebih kurang begini perbualan kami

Zahiruddin : Saya baca blog suami kamu, menarik jika dibukukan menjadi travelog pakistan

Saya : terima kasih, betul ke? kamu sudi bantu saya?

Zahiruddin : InshaAllah, kamu siapkan manuskrip, dan emel kepada saya, saya akan cuba bantu mencari penerbit yang sudi menerbitkan tulisan suami kamu..

Saya: Alhamdulillah... syukur, ada yang nak membantu.. sememangnya saya sedang mencari orang untuk bantu saya bukukan tulisan dia...

Mei 2011
Sewaktu ini saya masih belum bekerja, sedang sibuk mencari pekerjaan, sedang sibuk menyiapkan diri untuk belajar memandu, sedang sibuk menyelesaikan hal berkaitan kematian, dan sedang sibuk berblogging meluah perasaan... dalam waktu inilah saya mencuri masa compile tulisan Ahmad mengenai Pakistan. Saya susun mengikut tarikh, saya pilih entri yang tidak menimbulkan kontroversi dan sesuai dibaca umum. Kemudian saya simpan di satu folder untuk saya beri pada sahabat saya. Harapan saya pada waktu itu, semoga berjaya dibukukan, kerana terselit juga Catatan buat anakanda kedua itu di dalam manuskrip itu. Alangkah beruntungnya Embun dan Kekwa nanti sekiranya berjaya dibukukan.. mereka akan membacanya bila besar nanti..inshaAllah...

Jun- Julai 2011
Setelah mencuba beberapa penerbit, akhirnya Galeri Ilmu Sdn Bhd bersetuju untuk membukukan travelog tersebut. Puan Suraiya Pauzi, Editor perolehan memaklumkan saya tentang perkara Alhamdulillah... syukur... Proses pembukuan pun bermula...namun belum ada tajuk tetap, kami menamakan -travelog pakistan

September 2011
Penyunting buku, Puan Zulina Hassan telah menghubungi saya tentang suntingan bahasa yang akan dibuat olehnya. Katanya tidak banyak yang diubah, dan dia menyarankan saya untuk menambah sedikit bagi melengkapkan buku itu. Permulaan dan ending ditulis oleh saya atas permintaan penyunting bagi mencantikkan lagi kronologi buku tersebut. Saya telah pun menceritakan tentang Nafastari-tavelog in book
sedang dalam proses penyuntingan pada September 2011.

Setelah itu, proses pembukuan itu tiba-tiba senyap agak lama...
Saya cuba 'follow-up' lagi...
dan akhirnya, sekitar bulan Jun 2012, Editor/pruf  Zuraidah Shueef menghubungi saya.
Dia meminta agar diletakkan gambar di dalam buku tersebut bagi kelihatan lebih menarik. Oleh itu, dalam sibuk bekerja dan mengurus anak di perantauan (Kluang je pun!), saya mencuri masa mencari gambar yang menarik untuk diletakkan di dalam travelog tersebut. Saya seboleh2nya mahu mengelak daripada meletak gmbr sendiri dan suami, pada pandangan saya, sebuah buku travelog lebih sesuai diletakkan gambar pemandangan sahaja. Namun, atas kehendak penerbit untuk meletak gambar keluarga, maka saya pun memilih gambar keluarga yang terbaik saya ada seperti ini.

Sneak peek of the book









August 2012
Buku dan gambar telah pun siap, namun tajuk final masih belum ada. Penerbit menyarankan saya untuk memilih tajuk yang sesuai. Tetapi saya meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya pada penerbit untuk memberi tajuk pada travelog tersebut. Kerana saya yakin, penerbit lebih tahu apa yang pembaca mahu apabila melihat tajuk buku. Antara faktor pembaca akan tertarik membeli buku, adalah kerana tajuknya. saya percaya, anda bagaimana? heeee...

Dan kemudian mereka sepakat menamakannya "Diari Seorang Diplomat....."

September- November 2012
Proses pruf read dan grafik bagi kulit buku dihasilkan. Saya amat sukakan rekaan dan cara penyusunan buku yang dibuat oleh penerbit ini. Saya beri lima setengah bintang! mereka menambah sedikit info di dalam buku mengenai Pakistan. Mereka benar-benar membuktikan bahawa mereka adalah gedung ilmu yang perlu dicari dan dibaca oleh pembaca! Info diletak di dalam buku itu bagi memudahkan orang lain membaca dan menghayati perjalanan buku tersebut. 

Disember 2012
Buku telah siap dicetak! Alhamdulillah, syukur...
Semoga terhibur melihat gambar kami semasa pertama kali mengambil buku tersebut di Galeri Ilmu di Kota Damansara. Pagi itu saya baru sampai dari Kluang dan terus menuju ke Kota Damansara sebab tak sabarrrr sangat nak tengok rupa buku tu dan pegang buku tu!







Alhamdulillah, pihak Galeri Ilmu menerima kedatangan saya dan anak-anak dengan baik sekali.. syukur, dan tak sangka pula tiba-tiba je mereka suruh saya duduk di kerusi dan mereka interview saya,katanya, untuk promosi awal, hanya di youtube! terkejut betul saya waktu tu, tak bersedia apa pun, malu pun ya juga sbb tak sangka mereka akan menyambut kedatangan saya dengan begitu ramah! niat saya cuma mahu ambil buku dan sign kontrak saja. heeee.. nak tgk youtube tu? silalah jangan gelakkan saya! hohoho




Januari 2013

Pelancaran buku dibuat di Pesta Buku 1Malaysia baru-baru ni bersama tiga buah buku baru keluaran Galeri Ilmu Sdn Bhd. Saya sangat teruja dengan pelancaran buku ni sebab pertama kali saya melihat pelancaran buku, Saya sebenarnya tak tahu pun macam mana orang melancarkan buku. Tapi rasa takut pun ada juga, sebab saya tak biasa benda2 macam ni, lagi pun siapa lah saya, cuma wakil kepada penulis saja. Kemudian kena tandatangan lagi, isk isk isk.. saya sebenarnya mim alif lam wau.. segan pun ye jugak... tapi buat je la..
;p




hah, tengok tu, Embun pun nak sign lah! hihihi.... Kekwa waktu ni dah tido, sian dia penat...
lepas tu, ada lagi proses promosi yang dibuat.... den ikot je....

Februari 2013



Sesi temubual di ikim,fm. apa? ON AIR??? huhuhuhu.... siapa tak takut kan?dengan waktu tu sebenarnya saya kurang sihat, selsema+batuk2, aish, macam mana nak cover nanti kalau dah on air? Apa2 pun.. saya niatkan dalam hati, "saya lakukan ini untuk Ahmad, untuk saudara seIslam saya, mudah2an mereka dapat iktibar daripada penceritaan saya nanti"

seperti doa di sebelah, saya baca banyak2 sebelum ke udara..
begitu risau dan takut saya sebenarnya...harap2 tak buat apa2 silap.

Dan, Alhamdulillah, sesi temubual tu pun berakhir....
harap yang mendengar hari tu cepat2 dapatkan buku tau...









Itulah dia sedikit kenangan berada di ikim.fm... tak sangka kan! tetibe pula kena masuk radio.. haha!
ingatkan buat buku ni dah siap, sampai situ je, rupanya ada lagi proses lepas tu.. hihi.. pengalaman....


Mac 2013

Pinjam ayat kat  BukuGaleri,

Buku ini terus diuar-uarkan di dalam majalah terbitan Galeri Ilmu Media Group. Di dalam ruangan Drama Iktibar Majalah Q&A Bilangan 15, kisah Epilog; Jalan Pulang dimuatkan. Begitu juga dalam majalah ANIS Bil. 187, Mac 2013 dalam ruangan Ulasan Buku iaitu dipaparkan testimoni pembaca buku Diari Seorang Diplomat; Hikmah Yang Tersirat. 




Sekian saja laporan dari saya,
Mawar dari KL-uang



(panjang tak? letih dah taip ni.. hehehe... mula2 cam formal, dah towards the end dah campur2 dah... hohoho... apa-apa saja la labu...)


36 comments:

  1. Alhamdulillah kak.. Masih ingat kenangan di sana.. Dan masih saya ingat tap2 bait yang dikatakan oleh akak.. Allahuakbar..Pengalaman terindah buat saya..

    ReplyDelete
  2. insyallah akan sy beli buku nie....baca di blog mcm x puas....:-)

    ReplyDelete
  3. Salam sis..sy akan beli buku ni.kalo sy promote kat fb boleh?tq sis..

    ReplyDelete
  4. salam..tahniah..sy berkongsi kegembiraan awak..

    ReplyDelete
  5. tahniah mawar..akan ku cari buku ini :-)

    ReplyDelete
  6. Tahniah! Nak dapatkan senaskhah lah... :)

    ReplyDelete
  7. saya akan beli insya Allah..congrats...

    ReplyDelete
  8. Salam Puan.
    Saya dah baca dan akhirannya, saya menangis teresak-esak:(
    Moga dia ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Nur :)

    *baca isi blog nafastari pun dah rasa best, penulisan dia sangat bagus. misi mencari buku DSP

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah...tahniah...ini satu jalan untuk menguatkan diri nur lagi...

    ReplyDelete
  11. tahniah nur,salam tahniah juga untuk arwah.. semoga ia menjadi kenangan paling indah dan bermanfaat untuk semua.. terutama nur dan anak-anak... aaamiiin...

    belum jumpa lagi buku ni.. honestly, belum sempat ke kedai buku. tapi ia atr buku wajib beli yang sudah listed dalam kepala... hu hu

    ReplyDelete
  12. Salam Mawar... boleh beli secara online tak...?

    ReplyDelete
  13. tahniah nur. baca entry ni pun dah mampu buat saya sebak. insha allah sy akan beli buku ni.
    salam sayang buat embun dan kekwa.

    ReplyDelete
  14. tahniah kak..
    alhamdulillah eka dah habis baca dah.. hehehe

    ReplyDelete
  15. Tahniah..good job. Saya dh baca buku ni. Memang menarik.

    ReplyDelete
  16. Tahniah..good job. Saya dh baca buku ni. Memang menarik.

    ReplyDelete
  17. TAHMIAH!..dah baca..good book..nice cover..good writings..al-fatihah untuk allahyarham Ahmad..semoga rohnya sentiasa aman dan tenang di sana..amiinn..

    ReplyDelete
  18. sorry typo error..teruja..TAHNIAH!

    ReplyDelete
  19. bukan senang rupanya nak terbitkan buku/novel
    yg membaca sekejap je dah abis ;)
    insya Allah akan mendapatkan satu utk kenangan

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, saya telah memiliki buku tersebut

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah Nur..KakChik baru beli last week di POPULAR..dah belek2 tgk gambar tapi belum baca lagi..tgk pic Ahmad, rasa sayu je walaupun x pernah kenal arwah..moga jalan ini memberi ganjaran buat arwah dan Nur serta anak2...

    ReplyDelete
  22. Salam kak mawar...saya dah beli buku tersebut. dah bace banyak kali...tahniah. alFatihah untuk arwah, sempga tenang dialam sana. sampaikan salam pada embun dan kekwa.

    ReplyDelete
  23. TAHNIAH Kak... Nak kena cari buku nie... Pakai Baucer Buku Heeeeeeee :D

    ReplyDelete
  24. alhamdulillah...tahniah kak...berkat kesabaran akak n cinta pada arwah...al fatihah buat arwah...hrp2 nnti akan dpt juga miliki bukumini...ke akak ade tips atau info2 ttg buku ini seperti tempat utk mudah dptkannya...

    ReplyDelete
  25. SubahanaALLAH..penulisan yg amat baik..sy seakan tidak sabar untuk mengakhirinya..walaupun ada sesetengahnya sy sudah membacanya di blog namun sy "repeat" lagi untuk kesekian kalinya.semoga roh suami akk kan di cucuri rahmat dariNYA.Dan akak terus tabah dalam mengharungi dugaan dariNYA.

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah... Seerti yg Ahmad nak. oga bermanfaat utk semua :)

    ReplyDelete
  27. Saya dah abes baca dan baru perasan yg isi buku ni daripada Blog Arwah. baca dalam buku lagi best.
    sy suka "Surat untuk Puan Saghur Hussain"

    =)
    Alfatihah untuk Allahyarham...

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. @DiilaNordin
    la... baru perasan eh.. hihi.. kan saya dah bagitau.. sy compile dari blog dia... :)

    ReplyDelete
  30. payah nak cari buku ne kat sabah.masih mengintai di rak2x........kalau dapat bli dri akak,boleh kot gtau caranya :)

    ReplyDelete
  31. saya dgr masa life dkt IKIM...hihihi

    ReplyDelete
  32. Mawar kenapa dah lama tak update blog ni?

    ReplyDelete
  33. Nur, saya dah order tapi belum sampai lagi. Tak sabar nak baca penulisan nafastari..

    ReplyDelete
  34. Memang x rugi beli buku ni.penuh dgn ilmu

    ReplyDelete
  35. Saya dah baca ... Dan ada wat review ... Jemput singgah ...

    http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/2013/04/diari-seorang-diplomat.html?m=1

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023