sambil layan movie tu, sambil tu juga duk kunyah pizza extra cheese.. anak anak bergumbira lah dapat makan special skit hari ni..
okay, back to our topic... cerita suamiku encik perfect 10
movie ni adalah movie adaptasi novel...
sejujurnya saya rate cerita ni 2 out of 5 sahaja.. why??
saya tak nampak cerita ni bagus untuk masyarakat.. cerita cinta remaja yg bukan halal, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, watak hero tu sbnrnya pada mulanya bukan suaminya pun, berlakon dan berlagak seperti suami isteri, tidur dalam satu bilik, oh apakah? apakah yang cuba penulis ini sampaikan? lelaki yang perfect itu sanggup menjual maruah dgn tidur dalam bilik perempuan yang bukan sah menjadi isterinya? maafkan saya sesiapa saja yang tidak setuju pendapat saya, saya harus katakan cerita ini mengarut...dan plot yang sangat bercelaru.. sekejap perempuan tu nak kawin dengan hero.. kejap dengan org yang rogol dia aka boyfriend dia...
dari segi lakonan saya bagi 8 bintang sebab lisa dan aaron pandai membawa watak, yes, mereka nampak sweet dan aaron npk so cute dalam cerita tu. Tapi bukan bermakna lakonan itu membuatkan cerita itu jadi menarik kalau jalan cerita itu macam hampeh.. oh kenapalah saya terjebak tengok cerita yang kurang nilainya??
dan lagi satu, masa ending cerita ni heroin dia yg baru sebulan kematian suami, pergi ikut hero yg merjauk bawak diri kononnya...takkan lah dalam masa sebulan selepas kematian suami dah boleh jalan nak ikut bakal suami yang akan datang? hello????
ya ya.. ni hanya cerita rekaan semata mata kan.. i knoww.... memang cerita tu rekaan, tapi cubalah mereka cerita yang mendidik sedikit.. bukan memberi masyarakat semakin keliru mana yang boleh mana yang tak boleh...mana yang biasa .. mana yang bukan..
sekian,
tetiba jadi pengkritik filem..
muahahahaaha
jumpa lagi...
Sbb xde Tmpoh idah. Tu yg trus g jejalan tu kot
ReplyDeletebetull.. suya tgk gak cerita ni dan betul2 xfaham why mudah sgt cerita ni menghalalkan sesuatu yg benar2 haram. Risau kalau budaya yg dipaparkan dalam cerita ni jadi ikutan. ianya totally wrong. Risau young genaration dpt pendedahan yg mcm ni.. Ianya langsung tak membantu memberikan moral yang baik.
ReplyDeleteSetuju sgt dgn mawar. Sbb tu sy tak pernah ada nafsu nak layan cerita melayu. Byk yg mengarut dan x membina minda
ReplyDelete