Pendaftaran darjah satu untuk Embun

Sekejap je masa berlalu kan?
pejam celik, embun dah berusia 6 tahun.. ye.. enam tahun!!
bermakna tahun depan Embun Darjah Satu.
nak sekolah dimana, bagaimana nak ke sekolah, persiapan sekolah, semuanya kena buat sekarang...

tahun lepas ramai duk sibuk nak daftar anak, saya plak duk sibuk nak pindah dari kluang ke shah alam. Jadi permohonan online tahun lepas, saya tak sempat nak buat.
Terpaksa buat tahun ni, alhamdulillah, masih ada ruang lagi di sekolah yang saya inginkan.

Zaman sekarang, zaman IT, semuanya di hujung jari!

buat parents yang baru pertama kali nak daftar anak sekolah di selangor, sekarang ni sistem pendaftaran dah online.

boleh tgk web ni



lepas daftar online, kena pergi sekolah yang kita nak daftar tu dalam masa 14 hari, lepas tu, tgu semakan PPD plak, lepas tu pegi semula sekolah,lepas tu saya tak tahu.. hehehehe.. sekian, setakat tu je saya tahu, yang mana dah berpengalaman daftar anak, sudi sudikanlah share pengalaman dgn saya ye...



Dulu si Embun ni kecik je... 


 sekarang ni, dah pandai buat homework lepas balik skolah tadika.. heheheh




Comments

  1. Tak lama lagi dah jadi anak dara.. ;)

    ReplyDelete
  2. lama tak singgah sini. sekejap je embun dah bsar. rsa mcm bru je bca cite dy kecik lg.

    ReplyDelete
  3. rupanya embun sebaya dengan zahra..saya daftarkan zahra di abim sg ramal thn depan..tp daftar sekolah dekat rumah juga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

tips untuk gembira buat yang tiada pasangan. ewah!