Friday, July 24, 2020

Dua belas tahun Mawarnafastari

Kenangan mengusik jiwa..

Hari ini hari bahagia, mengingati kenangan lama, saat saya menjadi suri hatinya.

Siapa sangka bahagia itu sementara, walaupun pernah diberitakan, namun bila sampai saat bahagia itu terhenti, maka diri kembali bermuhasabah. Sungguh Tuhan telah Mengingatkan, dunia ini hanya permainan dan senda gurau bagi yang lalai. Hakikatnya, kita cuma hamba yang perlu sentiasa ingat Tuhan.

Bahagia itu pun nikmat daripada-Nya. Dia beri rasa indah itu untuk kita merasainya. Sekali ditarik nikmat hidup berdua, tetapi diberi kemanisan untuk sabar sepanjang usia. Sabar itu cantik, dan syukur itu perlu selalu!

Kenangan dicipta memberikan memori indah buat saya. Telah 12 tahun mengikat janji dengannya menjadi isteri untuk dia sehingga akhir nyawa di dunia. Tidak pernah menginginkan yang lain dari dirinya dan Allah jua lebih Mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya.

Semoga tetap terus bermuhasabah diri sempena ulangtahun Perkahwinan ini, bahagia dunia itu cuma sementara, yang kekal cuma bahagia di Akhirat nanti.

Salam Sayang buat suamiku, dunia dan akhirat.

12 tahun dan seterusnya hanya buat Mawar&Nafastari.

I Love You, Only You. Allahyarham W Ahmad Fadzil

Kau berdiri melihat langit biru,
aku terduduk menangisi nasibku tanpa dirimu,
Tuhan temukan aku dengan kamu,
untuk aku lebih mengenali Tuhanku.

Subhanallah, terima kasih atas memori dan kehidupan ini.

Sabar itu cantik! 

❤️

#mawarmenulis
28December2019

5 comments:

  1. Salam Mawar, harapnya awak dan anak-anak sentiasa sihat. Tahniah kerana masih mampu berdiri dan berjuang untuk anak-anak. saya baca kisah awak sejak dari dulu, selalu tunggu perkembangan dari Mawar.

    Semoga baik-baik sahaja ya.

    ReplyDelete
  2. Allahumma yassir
    moga yg baik2 ajer utk mawar dan anak2...stay strong

    ReplyDelete
  3. Stay strong mawar! Suami saya juga lebih disayangi Allah.

    https://nukilan-hatiey.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Stay strong mawar! Suami saya juga lebih disayangi Allah.

    https://nukilan-hatiey.blogspot.com

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023