Tuesday, September 23, 2008

Hijab

Tudung itu…

Tanggapanku mengenai tudung berbeza-beza mengikut perubahan usiaku..

Waktu itu aku..

10 tahun- darjah 4
Aku melihat kawanku sangat cantik memakai tudung ke sekolah. Lalu, aku ingin mengikut jejaknya. Aku memaksa ibu membeli tudung untuk aku pakai ke sekolah. Waktu itu aku hanya merasakan bahawa memakai tudung itu cantik.

12 tahun- darjah 6
Setelah aku mengikuti ‘khemah ibadah’ anjuran sekolahku (SK Seafield,USJ 6), aku merasakan yang memakai tudung itu wajib bukan hanya di sekolah malah untuk keluar berjalan-jalan juga wajib. Oleh itu, aku mula memakai tudung apabila hendak keluar berjalan-jalan dan juga ke sekolah.

14 tahun- tingkatan 2
Waktu itu aku di asrama. Aku terdengar seorang seniorku menyanyikan lagu nasyid yang liriknya begini,
aduhai puteriku sayang, rambutmu bukan hiasan, tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Walhal sebenarnya lirik itu sepatutnya ‘lembutmu’ bukan rambutmu.. tapi aku tersilap dengar.. heh, walau apapun, lirik itu tetap menarik minatku. Sejak hari itu aku berazam untuk terus bertudung dan kekalkan untuk aku sayapkan buat suami teristimewa nanti.


17 tahun- tingkatan 5
Aku mula mencari dalil di dalam Quran kenapa wanita harus bertudung. Lalu, aku temui surah an-nur ayat 31 yang memberitahu kita wanita haruslah bertudung hingga menutup dada. Sejak itu, aku mula melabuhkan tudung ke dada. Kalau dahulu, aku hanya memakai tudung ‘sempang’ sahaja tanpa melabuhkannya ke dada. Dan aku juga sudah mula memakai baju yang lengannya panjang. Dulunya aku hanya memakai tshirt lengan pendek kerana aku belum pernah mengerti bagaimana seharusnya menutup aurat itu. Bertudung sahajakah sudah menepati?

20 tahun – universiti dan kini
Alhamdulillah, kini aku bergelar mahasiswi. Di sini banyak yang aku pelajari. Aku mula mengenal Islam dengan lebih dekat. Aku mula mencari kebenaran, kesahihan kenapa wanita harus bertudung. Banyak faedahnya jika kita menutupi aurat dengan betul. Antaranya;
1) rambut itu perhiasan yang sangat berharga. Lebih berharga jika rambut itu dijaga dan dilindungi dari orang yang bukan Muhrim. Hadiahkan lah perhiasan yang berharga itu kepada suami yang tercinta.
2) Boleh mengelak dari bahaya perogol yang biasanya sukakan perempuan yang berambut panjang.
3) Lebih selesa memakai pakaian yang menutup aurat kerana senang untuk kita bergerak dengan baju yang longgar dan tidak panas. Baju ketat kan panas.. tak ada ruang udara nak masuk. Hehe.
4) Boleh jadi surprise buat orang yang tak pernah tengok rambut kita. Mesti orang tertanya-tanya,’rambut dia pendek ke panjang? Kerinting ke lurus?’. Ha, hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Kan best, jadi ‘rahsia’.


Okay, ni ada sedikit panduan yang saya nak share buat sahabat2 muslimah semua.. buat yang lelaki, jadikan panduan buat kaum keluarga..

Surah an-nur ayat 60
“ Dan para perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin menikah (lagi), maka tidak ada dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan tetapi memelihara kehormatan adalah lebih baik bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”

Surah an-nur ayat 31
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (aurat) kecuali yang (biasa) terlihat.

Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada
1. suami
2. ayah
3. ayah mertua
4. anak lelaki
5. anak lelaki suami
6. adik beradik
7. anak saudara
8. hamba sahaya yang mereka miliki
9. lelaki tua yang tiada keinginan terhadap perempuan
10. kanak-kanak lelaki yang belum mengerti tentang aurat.

Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.”

Sekian buat kali ni, lain kali I update lagi ye…
p/s: bacalah surah an-nur.. sangat menarik isi kandungannya..

4 comments:

  1. Artikel ni layak dimasukkan sebagai salah satu cerita dalam "Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung".

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..doakan aku berubah...

    ReplyDelete
  3. Quranic Verses about Hijab:

    “O you Children of Adam! We have bestowed on you raiment to cover your shame as well as to be an adornment to you. But the raiment of righteousness, that is the best. Such are among the Signs of Allah, that they may receive admonition.” (Quran 7:26)

    “And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and ornaments except what must ordinarily appear therof; that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husbands’ fathers, their sons, their husbands’ sons, their brothers, or their brothers’ sons or their sisters’ sons, or their women or the servants whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex, and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O you Believers, turn you all together towards Allah, that you may attain Bliss.” (Quran 24:31)

    “O Prophet, tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their cloaks close round them (when they go abroad). That will be better, so that they may be recognised and not annoyed. Allah is ever Forgiving, Merciful.” (Quran 33:59)

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya!!! :)

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023