Semalam aku melalui hari yang paling teruk sepanjang belajar kat uia agaknya...
dari pagi sampai ke petang aku ada discussion dengan kawan-kawan untuk menyiapkan final project kitorang... pagi subjek english for occupational purpose (EOP) dan petang nya subjek Accounting for Islamic Bank (AIB).
tibe malam pula aku ada kelas replacement AIB.. sepatutnya aku pergi dengan kawan aku ke kelas pukul 8. tapi malangnya kami miscommunication skit.. aku ingat kawan aku tu nak miscal aku sebelum nak amik aku. jadi aku tunggu la dia miscal baru aku keluar dari bilik. tapi aku tunggu2 miscal takde... dia cuma anta sms 'baya jap'... jadinye aku pun ke tandas sebentar sementara tgu dia msg lagi..
tak lama lepas aku ke tandas, aku terus bersiap keluar bilik. aku tunggu kawan aku kat luar bilik.. tapi tak muncul2... alih2 dapat sms 'baya, aku dah kat kelas'... hancur luluh hati aku masa tu.. nak kejar bus uia dah tak sempat.. nak jalan aku dah tak larat dan kelas pun dah mula.. ( kelas last ok.. subjek penting! rasa ralat sangat miss kelas tu). aku mula rasa marah dan kecewa dengan kawan aku tu..
kemudian aku balik bilik semula.. tenangkan hati, makan biskut dgn air nescafe sampai aku puas.. pastu aku call hubby mengadu2.. tapi tetap tak boleh tenang lagi hati ni.. jadi after tu aku cuba focus nak menyiapkan assignment yang lain... ada dua lagi assignment tak siap.. aku tabahkan hati taip assignment.. tibe-tibe.. aku tgk pendrive aku dapat virus baru. bertambah sakit lagi hati aku.. tapi aku cuba buat 'cool'.. aku terus taip asgmnt.. dan tak sampai 5 minit, laptop aku tiba2 mati dengan sendirinya.. aku naik panik, tak sempat save apa yang aku dah taip.. aku cuba lagi buka laptop... dan aku taip... 2 minit tak sampai, laptop mati lagi... aaaaaahhh!!!! aku jadi macam orang gile..
aku tak putus asa sampailah bila aku dah nak habis taip, laptop mati lagi.. aku dah tahap tak boleh nak bersabar... aku menangis macam orang ilang anak.. haha.. untuk menenangkan hati aku yang dah tak senang tu, aku makan nasi goreng ikan masin yang aku tak habis petang tu sampai habis (satu kejayaan utk aku menghabiskan makanan yang dibeli- tension punya pasal).
lepas dah makan nasi, aku jadi bersemangat semula.. aku tak buka laptop dah, tapi aku cuba membaca case yang aku kena present Khamis ni..
tapi hati aku masih tak tenang.. alih2 aku amik keputusan untuk tido je.. semoga hari yang teruk ini berlalu dengan cepat.
end of story!
Sabarlah...kuat semangatmu menghadapinya. Dugaan itu akan menjadi manis selepas kamu menggenggam segululung ijazah nanti...pastinya kamu akan ingat sampai bila-bila.
ReplyDeleteSabar bakal ibu, cabaran final semester agaknya. Umumnya campus life macam tu, apapun diharapkan mawar sentiasa segar mengharum biarpun duji dengan macam-macam
ReplyDeletesory for make ur life misery dat nite~
ReplyDelete