Posts

Showing posts from September, 2008

Hijab

Tudung itu…

Tanggapanku mengenai tudung berbeza-beza mengikut perubahan usiaku..

Waktu itu aku..

10 tahun- darjah 4
Aku melihat kawanku sangat cantik memakai tudung ke sekolah. Lalu, aku ingin mengikut jejaknya. Aku memaksa ibu membeli tudung untuk aku pakai ke sekolah. Waktu itu aku hanya merasakan bahawa memakai tudung itu cantik.

12 tahun- darjah 6
Setelah aku mengikuti ‘khemah ibadah’ anjuran sekolahku (SK Seafield,USJ 6), aku merasakan yang memakai tudung itu wajib bukan hanya di sekolah malah untuk keluar berjalan-jalan juga wajib. Oleh itu, aku mula memakai tudung apabila hendak keluar berjalan-jalan dan juga ke sekolah.

14 tahun- tingkatan 2
Waktu itu aku di asrama. Aku terdengar seorang seniorku menyanyikan lagu nasyid yang liriknya begini,
“ aduhai puteriku sayang, rambutmu bukan hiasan, tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati”
Walhal sebenarnya lirik itu sepatutnya ‘lembutmu’ bukan rambutmu.. tapi aku tersilap dengar.. heh, walau apapun, lirik itu tetap menarik minatku. Sejak hari…

Sedih !

Sedih sebab..

1) pendrive aku habis kena virus.. all the doc semua dah tak leh nak read.. geram+sedih+sedih!!!!! (ada sape2 bermurah hati belikan aku pendrive baru? haha)

2) kena reject dgn PwC utk interview session... i'm not so lucky.. huuu.. anta resume je pun dah kena reject.. pity me..

3) financial management uia merapu.. tibe2 balance outstanding aku kena bayar rm700+.. walhal hari tu bagi statement account, amount due hanya rm57.50.. macam mana diorang boleh silap calculate huh!

4) laptop dah bengong.. asyik lagging je.. nak buat assignment memang menguji kesabaran. plus, maybe laptop tu dah kena virus. tension!!!!!

5) aku tak dapat penuhi azam ramadhan.. dah 4 hari aku tak puasa sepanjang ramadhan ni. nampaknya i'm not strong enough kot.. asyik muntah2 aje.. wek...

6) laki aku duk jauh... bila dia nak datang jumpa aku ni.. huhu..

hm, sekian sahaja kisah sedih aku.. :(

Azam di bulan Ramadhan

salam all...

happy fasting semua... dah genap 8 hari puasa ramadhan kali ni..

something to share, yang sedihnya ramadhan kali ni saya alahan mengandung.. bila waktu berbuka, lepas makan je, muntah-muntah... bila sahur pun muntah-muntah lagi... huhu.. dugaan..

tapi walau apa pun, saya akan tetap kuat semangat menunaikan ibadah puasa pada ramdhan kali ni. sepanjang hidup saya tak pernah lagi puasa penuh. masa kecik2 dulu mesti ada ponteng 2 atau 3 hari.. bila dah besar, special skitla, sampai 7 or 8 hari tak puasa... jadi kali ni saya harap saya dapat puasa penuh!!!

aja-aja fighting!~