Friday, April 9, 2010

Pinggan mangkuk Si Dia

Di sini pinggan mangkuk amat murah jika hendak dibandingkan dengan harga di Malaysia. Kami tidak melepaskan peluang keemasan ini memborong sedikit barangan pinggan mangkuk di sini.

Si Dia ( Encik Suami lah! ;p) amat gemar membeli pinggan mangkuk walaupun sebenarnya kami sudah punyai dua set pinggan mangkuk yang aku kira sudah cantik dan agak mahal. Satu set itu hadiah daripada auntie aku ( mokteh dan anjang) dan satu set lagi kami beli di sini. Kadangkala aku bergaduh mulut dengannya kerana dia mahu membeli pinggan lagi. ;p

Oh, memangla dia yang bayar, kenapa aku marah plak kan? hehe... sebabnya.. nanti aku bagitau ek.. scroll down lagi entri ini untuk tahu lebih lanjut. :D



ini teko porcelain favourite saya dan Si Dia, simple and practical!

koleksi pinggan tembikar yang mengembalikan nostalgia Si Dia semasa kecil, kami beli di Rawalpindi

buat letak ikan goreng dan makan budu ja.. ;p

ini adalah koleksi baru kami :)

close up sikit...

mangkuk ini pula kata Si Dia, untuk makan meggi sedap ni..
em, ikut suka dia la kan.. :)

ini mangkuk khas utk makan meggi Si Dia


dan...





*







*







*







*







*







*

last skali ni adalah pinggan yang selalu digunakan oleh Si Dia....

Pinggan plastik je!!!... beli banyak2 pun pinggan plastik zaman bujang ini jugaklah yang dia guna...sabar je la... aku keluarkan pinggan cantik bila hidang lauk, tetiba, dia kata

"mana pinggan plastik i??, i nak makan dalam pinggan tu.."



:)

6 comments:

  1. Oho, hubby u ni jenis suka mkn pinggan tu je ek... Sm la ngn my uncle... Die ada 1 pinggan khas, nk mkn gn pinggan tu je n org lain xleh guna pinggan die tu....

    ReplyDelete
  2. i salute u if u can make him eat using the new plates!

    die mmg degil. hahaha

    ReplyDelete
  3. Hahahaha.. Hanie gelak sorang2 depan Pc ni baca entry Mawar kali ni..

    ReplyDelete
  4. hahaha..kelaka la en suami awk tu baya..pinggan plastk jek..sorok la pinggan tuh..huhuhu

    ReplyDelete
  5. ha...ha....sama mcm mak aku..pinggan mangkuk gelas cawan kaca punye byk, bler minum cawan plastik jgak yg mak guna.kkdg pelik jgak..kot2 ada petua tertentu ke kan...hihi

    ReplyDelete
  6. mane nk dpt pnggan tembikar tak ada corak yea,biaser harga yer berapa

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023