Monday, April 5, 2010

Umrah dan Ziarah - 15/3/10 - 27/3/10

Alhamdulillah... terima kasih Allah kerana memberi rezeki kepada kami bertiga (en suami, embun dan mawar) ke tanah suci kota Madinah dan Mekah.. Berasa sangat syukur yang tak terhingga, sehingga aku dah tak tahu mahu minta apa lagi pada Tuhan..(macam ayat pokpi jek. hehee)

Penerbangan (Pakistan International Airlines) kami dari Islamabad terus ke Jeddah . Kami tidak mengikut mana2 agensi di Pakistan ini, booking tiket sendiri2, (pandai2 je! huhu.. ) Sesampai di Jeddah, kami menaiki teksi untuk ke terminal domestik, kami naik Saudi Airlines menuju ke Madinah. Embun kami bawa bersama walaupun ada sesetengah orang risau membawa anak kecil ke tanah suci. Apa la yang hendak dirisaukan, tempat suci begitu tentunya baik untuk didikan anak2 kecil. Alhamdulillah, Embun juga tidak banyak meragam. Bila solat waktu, aku letak Embun di dalam baby stroller dan solat bersama jemaah yang lain. (Erk, kadang2 meragam jugakla dia.. biasala budak.. ;p


Di Madinah, aku cuma berdoa semoga dikekalkan iman, diteguhkan Islam dalam hati aku dan sentiasa patuh padaNya.. Tidak ada apa lagi yang aku harus minta kerana telah banyak yang Dia kurniakan kepada kami sekeluarga. Kedatangan aku ke sana lebih kepada mengucapkan syukur yang tak terhingga padaNya dan menziarah kota Nabi Muhammad s.a.w. Aku sempat juga berdoa di *raudhah. Pada masa itu ramai sangat orang menunggu giliran untuk masuk ke sana. Disebabkan terlalu ramai orang, aku hanya sempat sujud syukur di Raudhah dan terus keluar bagi mengelakkan kesesakkan. Embun dijaga oleh ayahnya kerana aku risau dia rimas dgn kesesakkan jemaah yang berpusu2 mahu ke raudhah.(Kebanyakkan dari Turkey dan Indonesia).

Sebenarnya kami telah berpakat dengan keluarga mertua (ayah, che dan kak leha) untuk menunaikan umrah bersama2. Maka, hari kedua kami di Madinah, kami berjumpa dengan rombongan mereka. Dan dengan senang hati, travel agent mereka membenarkan kami mengikut sekali rombongan itu menziarah sekitar Madinah dan Makkah. Namun, rombongan mereka ke Makkah lebih awal dan kami menyusul dua hari kemudian ke sana.Dari Madinah ke Kota Makkah, kami menaiki bas VIP yang mana sangat selesa dan lebih murah berbanding menaiki teksi. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala perjalanan kami di sana.

Semasa dalam perjalanan ke Makkah, aku bermimpi adanya gempa bumi, dan tiada siapa pun terselamat, kami hampir terbenam di dalam tanah, dan mengucapkan "laillahailallah" dan tiba2 aku terjaga dan melihat kami sudah sampai ke kota Makkah. Subahanallah!. Mimpi itu sungguh indah dan sukar untuk ditafsirkan.. Alhamdulillah, kami dapat melakukan umrah dengan selesa walaupun en suami kadangkala terpaksa mendukung Embun( guna baby carrier) dan kadangkala juga dia menolak wheelchair ibunya yang aku panggil "Che". Che terpaksa menaiki kerusi roda kerana dia lumpuh separuh badan dan hanya boleh berjalan tetapi dengan perlahan dan berhati2. Dan sewaktu en suami menolak Che, aku pula la yang bergilir mendukung Embun. Sila baca
blog Embun untuk tahu lebih lanjut bagaimana Embun melakukan Umrah. =)


Sebelum berangkat pulang ke Islamabad, kami bermalam semalaman di Jeddah.Seronok dapat melihat kota orang, dan segala puji bagiNya kerana telah memberi kami nikmat melihat sebahagian dari dunia ciptaanNya.. MashaAllah. Semoga kami dapat ke tanah suci lagi bagi menunaikan haji. InshaAllah =)


Little notes to share:

*raudhah - salah satu kawasan dalam Masjid Nabawi iaitu ruang di antara rumah kediaman Siti Aishah dengan mimbar Rasulullah s.a.w

*umrah - berniat ihram, tawaf, Saie(ulangalik dari bukit Safa dan Marwah), tahalul atau bergunting.



3 comments:

  1. comeynye embun pakai abaya!!! :)))

    ReplyDelete
  2. tiba2 rasa tenang kali ni bc your blog..bilalah ada rezeki nak ke sana

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah, dimurahkan rzeki akan n family smpai ke sini..

    insyaAllah rezeki kta pula aminnn

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023