Friday, May 4, 2012

Salam Jumaat di bulan Mei tahun 2012….


Salam Jumaat di bulan Mei tahun 2012….

Sudah tiga bulan saya menetap di bandar Kluang. Sebuah tempat yang tak pernah terlintas di fikiran saya yang saya akan menetap di sini.
Alhamdulillah… segalanya berjalan lancar dengan izin-Nya. Saya dapat menyewa di sebuah rumah teres yang amat selesa sekali. Syukur..
dan kos sewa rumah yang affordable untuk kami sekeluarga.

Selama tiga bulan ini juga saya banyak belajar untuk berdikari sendiri. Ke mana-mana urusan rumah saya yang uruskan sendiri. Dari hal mencari rumah sewa sehingga urusan menguruskan pembantu rumah, segalanya saya harus lakukan sendiri dan saya melakukannya dengan bantuan sahabat2, saudara mara dan sokongan keluarga terdekat saya. Alhamdulillah… terima kasih, sayang korang semua! J

Rumah paip bocor, saya terpaksa cari jalan sendiri untuk cari plumber. Tombol pintu bilik terkunci yang dibuat oleh cik Embun, saya juga terpaksa bergegas mencari orang untuk menyelesaikannya. Lalang yang tumbuh panjang di belakang dan di depan rumah saya, saya juga harus mencari jalan untuk menebasnya. Saya membeli cangkul dan racun untuk menghalangnya daripada tumbuh sekali lagi dengan cepatnya. Kereta rosak, saya juga ke bengkel dengan sendiri tanpa ada orang rekemen. Perlukah saya mengikut kata orang untuk menentukan keputusan saya sendiri? Mungkin setengah hal, ya… dan setengah hal tidak perlu..

Mungkin bagi setengah orang, itu hanya perkara biasa, semua orang pun melakukannya.. tetapi bagi saya, ianya sesuatu yang baru, sesuatu yang tak pernah saya lakukan sebelum ini.

Dan sekarang, saya juga sudah mula lebih berani membawa kereta ke mana2. Syukur sekali lagi… terlalu byk nikmat Tuhan beri pada diri ini. Tetapi diri ini selalu saja leka dan alpa dengan pemberianNya. Terlalu sibuk menguruskan urusan rumah dan kerja di pejabat, buat badan saya letih sekali. Bila balik, menguruskan anak2 (wpun sudah ada pembantu) , makin lah diri ini bertambah letih dan penat.

Terlalu leka dengan urusan dunia, terlalu sibuk dengan urusan duniawi, saya jadi semakin malas bangun mengadapNya di tengah malam. Astagfirullah…
Solat menjadi tidak lagi kusyuk, terlalu banyak urusan dunia di fikiran saya.. Astaghfirullah…
Dan saya kini jadi semakin mudah merasa marah…

Sejenak, saya teringat kata seorang ustaz di dalam kuliah pagi yang saya pernah dengar,
Katanya, “ Ciri-ciri orang yang tidak solat atau solatnya tidak kusyuk, dia cepat marah-marah..”
Astagfirullah… patutlah diri ini cepat saja marah-marah… solat ku tidak kusyuk, fikiran entah ke mana-mana, memikirkan soal dunia yang tidak habis-habis..
Huhu…

Saya harus jadi seperti watak Delisha di dalam filem ‘hafalan solat Delisha’ ..
Solat itu harus kusyuk, hiraukan keadaan sekeliling, tumpuan hanya Satu…

Benarlah kalam Allah, ayat (ar-Ra’d)13:28 “orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.”

-reminder for myself… and others too-



17 comments:

  1. SALAM, MAWAR
    MEMANG BEGITU RASANYA BILA HANYA KITA SEORANG MENGEMUDIKAN KEHIDUPAN TANPA SUAMI DISISI. DENGAN SEMANGATNYA YANG TINGGAL KITA AKAN JADI LEBIH KUAT..PERCAYALAH AKAN MANIS AKHIRNYA, JIKA BERJAYA MENGHADAPI KESUKARAN2 INI SUATU HARI NANTI, INSYAALLAH..

    "SEORANG TIDAK BOLEH MELAWAN ORANG YANG RAMAI, TETAPI SEMANGAT BOLEH MELAWAN SEMUA"-JGN MARAH2 TAU-

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...dibandar kluang...wah..tempat kakak saya bekerja dekat 7tahun..saya pergi kesana jua.teringin bertemu dengan mawar suatu hari nanti jika berpeluang...Allah memberi nikmat dan rahmatnya tanpa kita sedar disebalik suatu kejadian.

    ReplyDelete
  3. ujian yg berat utk orang yg kuat dan tabah seperti anda..

    moga beroleh keredhaan Allah swt...

    Allahumma ameen..

    ReplyDelete
  4. semoga kuat dan bertabah hati ye mawar...

    ReplyDelete
  5. salam nur..
    entry nur ni bt sy terasa utk diri sy sndr jg.. bila keadaan sudah mkin selesa utk dilalui..terasa makin jauh pula drNya..Astaghfirullah....kalu dl xhenti2 sy mengadu pd Dia.. kesibukan dunia mmg melalaikn..smg kita cepat sedar & xterus leka akn duniawi ini..sy jg mudah benar marah kini..sukarnya utk berubah.. Teringin jg berjalan ke johor lg..br beberapa kali sy ke sana,itu pun beberapa tahun yg lalu.. Mg nur n ank2 baik2 aja di sana:)

    shbt ssh,ina:)

    ReplyDelete
  6. As-Salam Nur..
    kita kena kuat demi anak2..tabahkan hati, kuatkan semangat dan panjangkan ZikruLLAH..inshaALLAH, ketenangan akan ditemui dan moga segalanya dipermudahkan..
    Perbanyakkan zikir YaHayyuYaQayyum (maksudnya: aku mohon bantuan dengan rahmatMu Ya ALLAH) inshaALLAH, bantuan ALLAH akan tiba dgn rahmatNYA disaat kita memerlukan..;-)

    ReplyDelete
  7. shahrina shahbudinMay 6, 2012 at 1:05 AM

    setiap kesukaran pasti ada kemudahan..yakinlah tuhan sentiasa bersama org yg mengigatinya..

    ReplyDelete
  8. semoga mawar dan anak2 terus dlm perlindunganNya

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum kaknur:)..

    alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian..mmg kene dush2 atas muka sy..hehe alhamdulillah juga, saat kita lalai, Allah bg kita kesedaran utk muhasabah semula..

    kaknur, i'm proud of u!! stay strong okay..sungguh, ujian itu pahit, kerana syurga itu manis..

    Allahumma 'inni 'ala dzikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik("Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."

    p/s: sabar itu perlu, syukur mesti selalu..=)

    ReplyDelete
  10. maaf, salah! tertinggal 1 huruf...the correct one is:

    "Allahumma a`inni `ala dzikrika wa syukrika wa husni `ibadatik".

    moga2 ada manfaat~~wallahu'alam...

    ReplyDelete
  11. Semoga Nur dan anak2 dilimpahi rahmat Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  12. nice reminder....untuk saya yang membaca :)

    ReplyDelete
  13. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga Mawar sentiasa tabah mengharungi kehidupan ini.

    ReplyDelete
  14. salam mawar..
    lama saya tak singgah di sini dan rupanya dah 3 bulan awak di Kluang. Moga sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup..

    ReplyDelete
  15. terima kasih mawar...entry ni mengingatkan saya sedikit kealpaan kita selama ni...

    saya pon sama macam mawar... walaupun suami ada lagi, tp kami jumpa sebulan sekali saja... jadi urusan rumahtangga tu sepenuhnya sy uruskan

    letih....mesti rasa nak marah-marah kan? thanks mawar tolong ingatkan sy bersama :)

    ReplyDelete
  16. Smoga Allah kan terus berikan kekuatan dan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akherat..

    ReplyDelete
  17. cubalah w/pun sedikit..kerana...biarpun sedikit namun ianya lebih baik daripada hanya mengingati sahaja....semoga allah sentiasa memberi kamu kelapangan waktu dan kesihatan yang baik....

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023