Demam slot akasia- setia hujung nyawa

ehem...
dah lama tak berjiwang tgk movie segala... tiber terlekat kat citer TV3, pukul 7.. Setia Hujung Nyawa.. astagfirullah, napelah disiarkan waktu2 magrib camtu? dugaan sungguh... time jadi angel mula la solat awal waktu.. time tanduk kat blakang muncul.. kalah, lepas habis citer baru nak solat.. haish.... tv3 boleh tak siarkan slot akasia tu 6.30 ke.. tak ganggu waktu solat... huwaaaaa... alasan diri sendiri kan? dah malas tu malas je la cik nur.. hish.......

apa pun syok tgk lakonan ersalina dan zain tu.. real je..
"lakonan mestilah real"
heh...

semalam saya tidur smp pukul 3 pagi melayan tonton citer tu dari episode 1 hingga episode 7.... sebab saya tak tengok lagi episode yang mula-mula tu.. baru follow citer tu start episod belas belas apa ntah... hihi....
seronok... sbb mengingatkan saya kisah cinta saya dan ahmad.. cewah!

******************************************************************

 -flashback mode-

1st year of marriage...
lots of things to learn and to struggle...
mencari titik persamaan antara dua orang yang berbeza cara hidup..
ahmad dibesarkan dengan cara konservatif dan kekurangan..
dan saya pula dibesarkan dengan cara moden dan serba mewah..

perbezaan itulah yang melengkapkan sesebuah hubungan tu...
bila gaduh2 sikit... mula la nak merajuk..
nak jeles.. nak marah... nak mencebik..
nak meradang...
apa pun.. tiap kali selisih faham itu berlaku... ahmad selalu cakap,
"no matter what happen, marriage must sustain!"

ayat tu memujuk hati kami yang masih muda masa waktu mula2 kawin dulu
saya dengan sifat kebudakan, dia pun lebih kurang juga...
masing2 belajar untuk tolak ansur.. belajar untuk terima seadanya...
belajar untuk menerima perbezaan..
seronok, bila kita dah menjadi yang halal buat suami kita..

yup, semua tu kenangan indah..
sampai ke syurga, inshaAllah..amin.. amin.. amin (Allah , perkenankanlah)
bukan sampai hujung nyawa! ;p
hehehe

Gambar slot akasia mawarnafastari disiarkan dibawah ini:  ^_^


Destinasi bulan madu~ tahun 2008


snorkling time...


gadis kampungan dan lelaki bandar pujaan hati ;p




Comments

  1. melihat gambar, terasa ahmad masih ada

    ReplyDelete
  2. cinta yang halal dan diredhai Allah, pasti sampai ke syurga...

    ReplyDelete
  3. Ehem.....sweet sangat...suka tengok....
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Ingatkan Slot Zehra...kekeluargaan sikit, hihi - Nurul Narumi

    ReplyDelete
  5. Seronok bila layan zaman bercinta kan. Suka tgk Ahmad dan Nur~

    ReplyDelete
  6. indahnya waktu tu kan Mawar... masih terasa-rasa dia ada disisi.....walaupun kini hanya cintanya yang tinggal....Allahu akbar!

    ReplyDelete
  7. maaf bertanya..ahmad dh tiada??semoga diperkenankan cinta nur dan ahmad bawa ke syurga..InsyaALLAH. AMIN. Semoga dia juga tenang di sana..menjalani kehidupan yang lebih abadi..

    ReplyDelete
  8. jrg tgk sbb masa sgt x sesuai ;(

    ReplyDelete
  9. mcm terbalik "gadis kampung dan jejaka bandar tu" hehehe...insyaAllah mawar akan terus bahagia wlu dia di sana..

    ReplyDelete
  10. Sy doakan agar cinta nur & ahmad hingga ke syurga. Bila sy tatap gambar ahmad terasa cptnya dia diambil Ilahi. Tp mmg segalanya milik Allah. Dia berhak utk memimjam serta berhak utk mengambilnya. Kdg sy terfikir andai suami sy tiada kuatkah sy utk membesarkn anak2 sendiri spt nur? Moga nur kuat & tabah melayani zuriat ahmad..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

Ceritera Mawar :Busy umi, busy year, Hello 2017.. its already April!