Sebenarnya saya berniat nak puasa pada hari tu, tapi tertewas dek terlalu penat bekerja time'peak hour',maklumlah 30 April.... balik kerja, terus ambil anak2 dan ajak mereka makan di restoran.
sedang sedap menikmati roti nan bersama ayam tandoori, tiba2 Embun berkata,
"ummi, kakak sakit perut, nak pegi tandas..."
alamak, embun tak pakai pampers, nak pergi tandas plak? nak tinggalkan adik sekejap siapa nak jaga?, makanan kalau dibiarkan nnt orang kedai kemas pula...akhirnya saya mengambil keputusan untuk bungkus sahaja makanan yang belum habis dinikmati itu.. sob sob... dan terus ke tandas bagi Embun menyelesaikan hajatnya.. dan adiknya Kekwa, ikut sekalilah! takkan nak tinggal dia sorang2 kan...
dan bila sampai je rumah, ummi buka makanan yang belum habis makan tadi, konon nak sambung makan balik, tgk kuah tidak dibungkus sekali, nampaknya kena makan kosong je la bersama ayam. Tengah nak suap makanan ke mulut, tiba, si kekwa pula,
"mi!! syuk!!"
alamak, adik pulak nak ke tandas...
berhenti lagi makan.............
dan ini hanyalah antara hari-hari saya dan anak-anak...
semoga hari esok lebih ceria dan gembira serta perjalanan hidup sentiasa dirahmatiNya...
nur...sekarang mmg terasa berat sangat apa yang ditanggung..tetapi selepas 10 tahun nnti nur akan tersenyum bila mengingati detik itu semula..ini akan menjadi kenangan yang manis buat nur ,embun dan kekwa..percayalah cakap kak zu..
ReplyDeletein shaa Allah...sbr lah dugaan ini..Allah tak pernah mungkir janji...
ReplyDeleteNur... sy faham perasaan Nur sbb sy melalui kehidupan yg sama, berseorangan menjaga anak2 (yg sebaya dgn anak2 Nur) cuma sy masih ada suami yg pulangnya 1-2 kali dlm sebulan utk 2 hari. Sy yg masih ada suami ni pon terasa dugaan berat yg Allah berikan, apatah lg Nur.
ReplyDeleteTerima kasih Nur kerana bercerita, kisah Nur bagi semangat utk sy teruskan hidup bersama anak2.
Salam nur,
ReplyDeleteNilah pengorbanan seorang ibu... Allah, kadang2 keperluan anak lbh penting dr keperluan sendirikan. Sabar byk2 kawan....
pengorbanan seorang ibu tiade bandingannye..
ReplyDelete