Friday, February 12, 2016

Embun dan kekwa

melihat gambar anak anak sudah mula membesar hati terasa sebak...





zaman menyusu anak..menukar pampers anak...menyuap bubur dan membancuh susu...mengelap lantai bedak bertaburan...mengemop lantai yg melekit sebab nasi lauk kicap telur tertumpah..tidak tidur malam menjaga anak menangis malam.... tidak senang duduk di dalam rumah....menggoreng ikan sambil mendukung anak...tidur yg tidak lena kerana anak bangun bermain di tengah malam...esoknya kerja lagi...

mengurus anak ke taska... membawa kereta hanya bertemankan anak yg masih kecil...ke depan ke belakang mereka buat kereta mcm playground...

oh..zaman itu telah berlalu... rupanya penat itu ada manisnya...bila kini dikenang semula...indah sungguh pengalaman berharga itu....

sekarang pula...di era zaman anak mula bersekolah...mula pandai merajuk dan hendak dipujuk..anak sudah pandai menunjukkan emosi dan hendak dibelai... anak mula bertanya itu dan ini... masih banyak lagi yg perlu saya belajar...untuk mendidik anak anak syurga ini...

semoga Allah beri aku hidayah dan petunjuk serta ketabahan dalam mendidik mereka menjadi khalifah Allah....

#moodsebakplak
#ehemoplak
#makmaksangat


2 comments:

  1. semoga terus tabah dan kuat untuk membesarkan dan mendidik anak2 syurga, Mawar =) semoga semua Ibu diberi kekuatan, in shaa Allah

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..lamanya saya tak menjenguk..dah besar mereka...kali terakhir saya berblog semasa awak selesai berpantang..Semoga kehidupan awak sentiasa dirahmati..Cepatnya masa berlalu..

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023