5 days in Hospital - Horrible!

Aku ditahan di wad di Hospital sultanah Zahirah, Kuala Terengganu selama 5 hari sebab bleeding+ placenta previa.. package 5 hari yang sangatlah 'horrible' buat aku.. daripada tak sakit, boleh jadi sakit duduk kat hospital lama2. heh..

hari pertama aku dimasukkan ke wad bersalin.. ada ke patut doktor suruh aku puasa, aku pun puasa la.. sebenarnya aku langsung tak tahu menahu tentang kenapa aku kena puasa. jadi, tangan kanan aku kena masuk air, tangan kiri pula setiap 30minit, kena check darah. aku terbaring macam orang sakit parah je.rupanya aku mungkin akan kena bedah kalau aku bleeding lagi. aku kena injection di bahagian punggung sebanyak 2 kali bagi tujuan mematangkan paru2 bayi. rasanya Ya Allah, SAKITNYA! kesian baby aku, baru 27 minggu, kalau kena bedah waktu tu, mesti dia kecik lagi, bayangkan 900g je. tepung 1kg pun lagi berat dari baby aku. sampai hati doktor tu.. huhu..... :(

sebelum aku dimasukkan di wad bersalin, aku jadi bahan ujikaji doktor muda di situ. mereka buat ujian vagina ke atas ku. sumpah aku SANGAT MALU! ada bahan kena masuk dalam vagina ku. SAKITNYA Tuhan sahaja yang tahu. aku dipaksa2 menjalani ujian itu. sungguh aku marah dan malu di dalam hati.

hari kedua pula, ada doktor lelaki yang periksa aku. aku dipindahkan ke wad ibu mengandung yang menunggu masa untuk melahirkan. Sekali lagi aku terpaksa menjadi bahan ujikaji doktor lelaki muda. Suatu alat seperti scanner, (aku tak tahu scientific name dia apa) dimasukkan ke dalam vagina aku lagi. YA TUHAN, sungguh AKU MALU!.. Aku dengan selambanya marah doktor muda itu. Aku kata, kenapa doktor lelaki yang buat, doktor perempuan kan ada! Kemudian doktor perempuan yang memasukkan alat itu. kedudukan uri@ placenta aku ternyata masih di bawah. aku disahkan mengalami placenta previa type 2. doktor kata, masih minor dan aku seharusnya berehat di katil sahaja.

hari ketiga, aku ditukarkan ke wad kelas kedua, dan petang itu pula, aku ditukarkan pula ke wad kelas pertama. Satu bilik, 4 orang, layanan di situ jauh lebih baik berbanding di kelas ketiga. Dan yang paling penting, tandas amat berdekatan dengan katil aku. Sejak mengandung, aku mempunyai penyakit hendak ke tandas selalu. huhu... mujurla di wad yang baru ini tandasnya dekat. Aku tidak dibenarkan berjalan banyak2. Aku terpaksa duduk di katil sahaja. bosannya.. waktu melawat pula terhad. - 12.30pm-2pm & 4.30pm-7.00pm - hanya waktu ini saja aku boleh berjumpa suami, ibu dan keluarga yang lain.

hari keempat, berlalu dengan lambat. Kebiasaannya pukul 8pagi, 3ptg, 11mlm, dan 5pagi pasti ada nurse yang datang check denyutan jantung baby dan juga tekanan darah aku.Seharian di hospital, aku cuma berbual2 dengan pesakit2 lain, ada yang sedang mengerang kesakitan hendak bersalin, ada yang menunggu saat dibedah dan ada juga yang ditahan atas sebab penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Kadangkala aku habiskan masa membaca artikel mengenai placenta previa yang diberi oleh suami aku. thank you sayang, i love u so much! ;p

hari kelima, apabila doktor membuat pemeriksaan ke atasku, aku membuat muka ceria sahaja. Doktor tanya, "macam mana awak hari ini, ada keluar darah atau sakit perut?".. dan dengan seikhlasnya aku tersenyum dan menjawab, " saya sihat walafiat, boleh saya balik doktor?" dan kemudian, doktor membenarkan aku pulang dengan syarat aku tidak ke shopping mall or ke mana2. YES! dan aku rasa bebas.. bebas dari penjara hospital... tapi.. 12 feb ini aku kena check up semula untuk memastikan kedudukan uri aku. Semoga keajaiban terjadi dan uri aku naik ke atas semula semasa 12 feb ni. Doakan aku ya... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku dan anakku..

Comments

  1. isk3..byk ye dugaan org mengandung ni..citer la algi ek pglaman manis ni..share ye ..n do visit my blog.
    im new comer..b friend..:P
    http://hermyza.blogspot.com













    ]

    ReplyDelete
  2. aini..placenta previea tu mmg agak kerap berlaku..tp xpe wlaupun boleh jd threaten abortion tp kalo di jaga pregnancy tu boleh selamat..bykkan berehat dan yg paling penting mesti slalu peka bleeding dan cepat2 g hospital kalo ade sign n symptom tau..ingat..yg penting mesti rehat tau..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

Ceritera Mawar :Busy umi, busy year, Hello 2017.. its already April!