Sunday, January 11, 2009

Cita-cita Saya

Kalau dulu masa sekolah cikgu selalu tanya, "apa awak nak jadi bila dah besar nanti?".. em, ni senarai cita-cita yang pernah aku tulis masa sekolah dulu:-

1. pramugari ( haha! skang tidak lagi... )
2. pensyarah (hm..terer tak, kecik2 lagi dah tinggi cita2!)
3. company secretary
4. akauntan

em.. sebenarnya cita2 aku tak banyak masa sekolah dulu.. aku cuma focus nak jadi apa yang aku nak jadi.. contohnya, masa sekolah rendah, cita-cita aku, aku nak jadi pramugari, jadi aku selalu la duk berangan depan cermin tengok muke sendiri. heh.. malu je bila teringat balik zaman budak2 dulu.. keje nak berangan je... huhauauahua

masa sekolah menengah aku dah mula berfikir utk masa depan aku.. ceceh.. aku dah letakkan target nak jadi 'company secretary'.. bukan setiausaha bos tu ye.. setiausaha syarikat yang kerjanya memastikan syarikat mematuhi all the companies act, contract act, MASB, semua2 rules yang berkaitan dengan syarikat. Masa tu aku cuma tahu, aku perlu amik jurusan akaun utk aku capai impian aku nak jadi company secretary..

kemudian, aku dpat tahu, nak jadi company secretary ni kena amik law degree plus accounting degree.. tapi disebabkan aku rasa degree sylibbus yang aku dah blaja banyak juga merangkumi akta2 syarikat, jadi aku rasa dah cukup strong untuk aku amik degree in accounting sahaja.. dan alhamdulillah, i've completed my study.

dan sekarang.. aku rasa, aku tak lagi punya cita-cita.. semua cita2 tu terkubur disebabkan peluang pekerjaan yang semakin sengit.. sekarang, aku cuma tahu, aku nak kerja!!!!! tapi rasanya tunggu after i deliver my baby.. insyaAllah..

3 comments:

  1. Aku pun sama pernah ada cita2 jd pramugari. Masa aku gi airport..aku siap ukur2 kakak2 stewardess tu pny tinggi. Aku igt dulu tinggi da cukup nak jd pramugari..hahaha! Lama2 bru la aku sedar...aku x la cun mana nak jadi pramugari.. Naseb aku sedar. Hahaha!

    ReplyDelete
  2. Mawar,
    Rasa-rasanya kalu nak jadi company secretary kat KL lagi banyak peluang kerja kut...
    Kalu dapat masuk company BERHAD jangan terkejut kalu asyik kena prepare board meeting.

    ReplyDelete
  3. yep, kak aisyah.. i know already about that.. cuz penah praktikal buat keje setiausaha syarikat. kena attend meeting sume2.. em, keje kat KL? well, got to ask Pa to transfer 1st la... huhu..

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023