Monday, May 17, 2010

Breastfeeding comes naturally

Entri khas buat kawan2 yang bakal bersalin dan yang sudah berkahwin dan akan punyai anak nanti.. :)


Alhamduillah hampir setahun sebulan umur Embun dan Embun masih menyusu badan..
Pada mulanya, atau lebih tepat untuk saya katakan, sebelum bersalin, saya tidak punyai apa2 idea macam mana nak menyusukan anak, macam2 dalam fikiran saya..
"sakit ke?"
"malu la.."
"ada banyak ke susu?"
"macam mana kalau dia tak nak minum?"
"macam mana cara yang betul?"
"berapa lama harus saya menyusukannya?"
"bila baby ada gigi dia gigit ke?"


Semasa saya di hospital kerana Placenta Previa, kadangkala kakak2 yang sebilik dengan saya akan menasihatkan saya supaya nanti bagilah susu badan, banyak khasiatnya dan tak perlu takut2 sebab ianya datang dengan sendirinya..


Apa yang penting, sebelum nak menyusukan anak,
1. pastikan kita cukup makan dan minum air masak banyak
2. amalam memakan kurma semasa mengandung dan selepas bersalin amat membantu penghasilan susu.
3. jangan 'stress'
4. relax
5. enjoy the bonding between u and the baby
6. make sure tak berbunyi bila dia menyusu tu coz bila berbunyi tu maknanya tak betul cara latch on.


Semasa menyusu
1. kalau boleh jangan makan atau minum
2. enjoy
3. relax
4. jangan stress
5. usap bayi
6. tengok mata baby tu.. comellll sangat!!! :)
7. pastikan hidung bayi tak tertutup dan ada udara untuk dia bernafas


Selepas bersalin pastikan baby kite dapat minum susu badan walaupun kalau tetibe dia kena admit kat hospital sebab kuning ke, demam tinggi ke.. make sure perah dan bagi kat nurse kat hospital tu bg kat baby kite. Susu ibu yang mula2 tu lah paling banyak khasiatnya.


antara kelebihan menyusu badan
1. jimat sangat!! tak perlu beli susu tepung yang sangat mahal.. dan botol2 segala2
2. senang, bila tgh malam tak perlu pegi dapur buat susu anak!.. baring sebelah dia dan bagi je! :)
3. ada connection yang sukar diungkapkan.. cewah!
4. berat badan kita menurun! seriusly.. i was 70kg masa pregnantkan Embun..
Now, kembali normal.. 49kg.. :)
5. senang bila travel tak perlu angkut air panas, susu formula or wat so eva..
6. baby akan jarang dapat penyakit. Alhamdulillah, Embun tak pernah demam bila kena injection. berkat susu ibu yang Allah cipta.. :)


oh yea, jangan takut kalau masa mula2 bersalin tu tak banyak susu keluar sebab,
baby masih kecil, jadi Allah cipta susu tu sikit2 sesuai dengan keperluan bayi tu,
contoh kalau yg minum botol, mesti puting susu botol dia mula2, SS, pastu S, pastu M...
makin besar nanti dan bila dia kerap menyusu inshaAllah makin banyaklah nanti. Kalau kurang bagi tu yang kurang susu. Allah knows best! :)


ok for now,
later...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sy mmg nak breastfeeding baby even sy bekerja...sebab kat opis pon ramai jer yg EBM. tgk dorg tak susah pon sbb kat opis ade fridge, ade surau utk pump.kwn sy EBM anak dia sampai 2tahun lebih.mmg tak campur apa2 FM. bkn saje sbb jimat tapi susu ibu kan bnyk khasiat..awk lg sng baya sbb tak kerja so xyah pump2..heheh.sbb breast pump tu pon mahal giler tp invest dkt bnd yg baik ape slhnye..tapi nanti nadaa dh ade adik kena FM la ye?

    ReplyDelete
  3. mama's milk s the best ever...

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023