Wednesday, March 16, 2011

Buat yang mengerti

Lagu "dimanakah Abi" dicipta oleh abang sulungku Ahmad Romizi sewaktu aku masih di tahun awal di universiti..

mengisahkan tentang seorang ummi@ibu yang kehilangan suami atas syahid ke jalan Allah.
Anaknya masih kecil, umminya sedih namun hatinya ada Allah sebagai tempat mengadu..

Ummi resah untuk membesarkan anak yang masih kecil, belum mengerti apa yang berlaku, kelak anak itu mungkin akan bertanya,
"Di manakah abi?"...

perlukah ummi kisahkan apa yang berlaku??....
Abi mu syahid, mencari cinta yang Hakiki..
harapan si ummi agar anak membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi insan yang Allah sayang..



Dalam damai teratak sepi
menjelma pertanyaan menyentap hati
bermainlah pilu sang isteri
membelai pipi permata suci

ummi, dimanakah abi?
bergetarlah bibir mencari
perlukah kukisahkan apa yang terjadi
pada si kecil yang ingin mengerti
sayang abi kekasih ummi
pergi mencari cinta Illahi

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzhikir mendamaikan

Bangunmu esok
menjadi pejuang
Mujahid sepanjang zaman

11 comments:

  1. ingin sangat sangat melawat Embun dan Kekwa ...

    dan juga Mawar

    ReplyDelete
  2. sabar lah mawar....kamu harus kuat didepan permata hatimu...walaupun hatimu menangis pilu...

    ReplyDelete
  3. tell the kids nanti alang nyanyi utk dorang...

    ReplyDelete
  4. bagaimana keadaan embun dan kekwa? sihat2kah mereka? la tahzan, innallaha maana

    ReplyDelete
  5. baya..nak jumpa baya boleh tak...

    ReplyDelete
  6. http://ndakdapapayey.blogspot.com/2011/03/come-what-may-official-song-iium.html

    Lagu ini ntok Aini, supaya dapat menyuntik ketabahan. Ada gambar J dlm videonya jugak.

    Biar Selangit Resah
    Rintangan Yg Tiba
    Akan ku tempuhi
    Tanpa Bibit Gusar
    Tanpa Rasa Sukar...

    ReplyDelete
  7. sabar mawar..

    alfatihah utk nya..

    ReplyDelete
  8. salam jejak. takziah buat mawar. moga mawar dan anak2 tabah m'hadapi dugaan ini. ALLAH Maha Pengasih..sabar ye Mawar..

    ReplyDelete
  9. mawar,
    kamu wanita luar biasa yg dipilih olehNya untuk melalui ujian yg maha hebat ini kerana Dia tahu kamu mampu melalui ujianNya,,
    semoga kamu terus diberikan kekuatan dan ketabahan melalui hari-hari mendatang bersama 2 puteri kesayangan,,,

    fatima zahara

    ReplyDelete
  10. kak mawar sabar ya...xkan diberi ALLAH ujian yang xmampu kita tanggung...insyALLAH pngorbanan dan kesabaran kak mawar akan diberi pahala yang besar disisi-NYA. saya doakan kesejahteraan kak mawar dan anak-anak di dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023