Tertulislah kisah tentang bunga mawar, di tengah belukar yang penuh dengan duri...
Thursday, March 17, 2011
La Tahzan, Mawar
Sungguh aku amat rindukan dia..
tapi dia milikMu..
sungguh aku amat sayangkan dia..
tapi dia lebih disayangi olehMu...
Aku bertemu dia keranaMu
Aku berpisah dengannya keranaMu
KeranaMU, aku disini
KeranaMu, aku akan ke Sana
Oh, hati ini tidak seharusnya berduka
kerana Dia telah memberikan aku bahagia
Bahagia bersama dia
Bahagia bersama puteri2 comel
Bahagia bersama keluarga
Kenapa aku harus terus berduka
sedangkan telah banyak nikmat yang diberiNya
syukurlah aku atas segala nikmatNya
nikmat kebahagiaan bersama dia
walau hanya sementara
Sungguh benarlah bahagia dunia ini sementara
bahagia akhirat itu pasti..
inshaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Dari ayah kepada Kekwa (semasa kelahiran Kekwa) Allahyarham W Ahmad Fadzil Alhamdulillah! Selamat datang, wahai anak. Inilah dunia. Ingat,...
-
Main pasir bukan kat pantai je... kat rumah pun boleh... DIY.. Do it Yourself 1cup of baby oil 8cu...
Insyallah... suami isteri yg beriman di dunia akan kekal menjadi suami isteri di dalam syurga.. =)
ReplyDeletebe strong mawar. walaupun x kenal. saya dpt rasakan anda seorang wanita yang sangat kuat.
ReplyDeletesesungguhnya DIA x kan menguji seseorang itu jika DIA tahu kita tak mampu menghadapinya..
saya dan suami sama-sama satu batch dengan arwah. masa di uia juga dah perasan wajah arwah sebab dia tinggi. semasa pertama kali berkursus ptd pac di INTIM juga satu bas dengan dia. mula bertegur sapa semasa kursus 6 bulan di intan. dia panggil saya "kakak". sejak mendapat berita kemalangan arwah, saya mula membaca coretan di blog nya dan anda. tak tahu bagaimana nk menenangkan hati anda sebab membayangkan diri saya di tempat anda, subhanallah..alangkah hebatnya dugaan..tapi pasti, Allah mengatur yang terbaik buat hambaNya dan saya serta suami mendoakan anda diberi segala kekuatan di dunia untuk menghadapi hari mendatang..
ReplyDeleteKak Sue tak mengenali Mawar secara dkt tp ikatan ukhuwah di blog seakan amat bermakna dan selepas membaca tentang dugaan yg Mawar lalui, Ksue amat yakin Mawar seorang yg tabah..
ReplyDeleteK sue juga baru kehilangan bonda tercinta..yang dipanggil pulang pd 4hb Feb baru ni..
InsyaAllah Mawar akan dipertemukan semula dgn Arwah di syurga nanti..
semoga Nur terus tabah & tabah.....
ReplyDeletearwah pasti bangga dengan Mawar..saya pun berbangga dan kagum dengan kekuatan Mawar...insyaAllah anda berdua kekal menjadi suami isteri di syurga kelak..
ReplyDelete-linda-
Hati syadu lidah terkelu.Semoga mawar kuat menghadapi dugaan yg amat berat.Saya dpt merasakan peritnya perpisahan ini, apatah lagi empunya diri. Tabahkan hati
ReplyDeletela tahzan....
ReplyDelete